Wednesday 17 July 2013

UNDI BN TEMPAH TIKET KE NERAKA

Pasti ramai yang masih ingat mengenai fatwa terbaru penghibur agama yang di angkat sebagai penceramah tersohor Azhar Idrus yang mengatakan 'Siapa Yang Memberi Undi Menjatuhkan Kerajaan Islam Maka Di Menempah Tiket Ke Neraka' di dalam akhbar Sinar Harian tidak berapa lama dahulu.


Sebelum kita ulas secara panjang lebar ada baiknya kita melihat sudut pandang ulamna terdahulu mengenai takrifan negara Islam. Antaranya penegasan oleh Imam Abu Bakar al-Isma'ili rahimahullah (wafat: 371H).


"Dan mereka (Ahlus Sunnah wal-Jama'ah) mengimani (mengakui) bahawa sesebuah negara (daar) adalah negara Islam bukan negara kafir, apabila masih terdapat seruan (azan) untuk solat dan solat didirikan dengan zahir (terang-terangan) dan ahlinya (rakyatnya) pula sentiasa bebas mendirikannya dalam suasana aman." (Rujuk: Abu Bakr al-Isma'ili, I'tiqad A'immatul Hadis, ms. 31, Bab: Daar al-Islam - Maktabah Syamilah)


Bahkan majoriti ulama Ahli Sunnah wal Jamaah seperti Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah, Imam Nawawi, Syeikh Nashiruddin al-Albani dan beratus-ratus lagi ulama salafi dahulu dan kini memberi kesimpulan berkenaan ciri-ciri sesebuah negara Islam di dalam kitab-kitab mereka melalui hadis-hadis Nabi SAW berkenaan kepimpinan dan negara.


Mereka telah menggariskan kriteria dan ciri-ciri utama sesebuah negara Islam itu ialah pemimpin utamanya seorang muslim dan majoriti rakyatnya beragama Islam, dilaungkan azan, didirikan solat jemaah dua Hari Raya setiap tahun dan solat Jumaat setiap minggu. Sekiranya ciri-ciri ini sudah terpenuhi maka wilayah atau negara tersebut adalah negara Islam.


Seterusnya mari kita lihat ungkapan pemimpin dunia yang pernah mengeluarkan kenyataan memuji Malaysia sebagai salah sebuah negara Islam malah ada yang pernah mengatakan modul yang digunakan oleh kerajaan adalah yang terbaik.


Imam Masjid Nabawi, Madinah, Shaikh Solah Mohammed al-Budair ketika berada di negara ini tidak lama dahulu pernah memberikan pengiktirafan ke atas Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Menurut Shaikh Solah, kejayaan Malaysia sebagai negara Islam harus terus menjadi contoh dan teladan bagi umat Islam di negara-negara Islam yang lain.


Seterusnya Naib Mursyidul Am, Ikhwan Muslimin, Ir Khayrat Syater juga pernah mengatakan, modul negara Malaysia, adalah modul negara Islam pertama yang berjaya mencapai tahap negara maju.


Menteri Kesihatan Hamas Dr Mufid El Mukhalalati turut merasakan Malaysia patut dijadikan contoh oleh negara Islam di seluruh dunia sambil menyanjung tinggi kemurahan hati Malaysia dalam membantu rakyat Palestin sejak beberapa dekad lepas, Dr Mufid menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang perlu dicontohi dari segi kemajuan penyelidikan saintifik dan pembangunan.


Malaysia juga pernah mendapat pengiktirafan sebagai model negara Islam yang baik untuk dijadikan ikutan terutama oleh negara Islam lain, yang sebahagiannya kini sedang menghadapi bantahan rakyat. Ini adalah kesimpulan yang dibuat pada Persidangan Pergerakan Sedunia Untuk Keadilan, Keamanan dan Kemuliaan Insan tidak berapa lama dahulu.


Selain dari itu ramai dikalangan pelawat luar yang ditemui seperti dari Palestin, Somalia dan Afghanistan, turut mengakui dan mengagumi kepimpinan Islam di Malaysia di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang gigih membina transformasi.


Malah negara kita juga pernah diiktiraf oleh negara barat seperti Amerika Syarikat dan Eropah sebagai negara Islam contoh kerana berjaya mengurus tadbir semua bidang termasuk perpaduan dalam kalangan semua masyarakat. Mereka juga turut

kagum dengan kestabilan Malaysia di sebalik masyarakatnya yang berbilang kaum dan agama.


Presiden Guinea, Alpha Conde ketika seisi lawatan rasminya ke Malaysia juga pernah menyifatkan Malaysia sebagai contoh negara Islam yang berjaya dan patut diteladani. Selain dari itu, beliau turut berhasrat untuk mencari pengetahuan dan belajar daripada Malaysia serta mahu mengamalkan dan mengguna pakai pelajaran yang terdapat di negara ini.


Semua komen dan pandangan yang diberikan itu adalah merupakan salah satu dari manifestasi pengakuan pemimpin dan tokoh-tokoh Islam di negara lain tentang apa yang telah berjaya dilakukan oleh pemimpin negara ini.


Kesimpulannya, ahli dan penyokong Pas seharusnya akur dan tunduk dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Azhar Idrus yang terkenal dengan jolokan ustaz kemah-keming. Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara Islam yang telah diiktiraf maka, sebarang percubaan untuk menjatuhkan Kerajaan Islam ini, akan menyebabkan mereka menempah ke Neraka.


Kepada para pengundi di Kuala Besut, pastikan 24 Julai ini anda tetap dengan pendirian untuk memangkah calon dari Barisan Nasional

KENYATAAN AKHBAR SEKOLAH SATU ALIRAN


KENYATAAN AKHBAR
SEKOLAH SATU ALIRAN
09 Ramadhan 1434 bersamaan 18 Julai 2013

Akhir-akhir ini, terlalu banyak gejala negatif berlaku yang boleh merosakkan perpaduan dan keharmonian agama, bangsa dan budaya di negara kita. Salah satu dari faktor yang menyebabkan perkara tersebut berlaku ialah kerana sistem pendidikan kita yang pelbagai aliran, pelbagai bentuk dan pelbagai kurikulum. Sistem pendidikan yang pelbagai ini yang sedang berjalan di negara kita, adalah bercanggah serta tersasar jauh dari Dasar Pendidikan Negara seperti yang termaktub dalam Laporan Razak dan Rahman Talib bahkan ia tidak bersifat konstitusional. Akibat dari sistem yang pelbagai ini, maka ia tidak menjurus kepada perpaduan nasional bahkan semakin merosakkannya.

Ekoran dari gejala negatif yang semakin serius itu, telah banyak pemikir sosial, pemikir pendidikan, aktivis masyarakat, ahli politik serta orang ramai yang prihatin, telah memberi pandangan bahkan mengesyorkan supaya kerajaan Malaysia bertindak segera mengujudkan hanya satu sahaja aliran persekolahan di negara ini. Aliran ini akan menggunakan satu premis tempat belajar di mana semua pelajar dari pelbagai bangsa dan agama akan belajar bersama-sama dan dengan demikian mereka akan dapat berinteraksi dengan kerap dan akrab. Aliran ini ialah aliran kebangsaan yang menggunakan sepenuhnya Bahasa Melayu sebagai medium pembelajaran dan semua sekolah-sekolah ini wajib menggunakan kurikulum yang disedia oleh Kementerian Pendidikan. Pendidikan bukan sahaja bertujuan untuk mencapai matlamat ekonomi tetapi juga bertujuan untuk mencapai perpaduan dan keharmonian lebih-lebih lagi seperti negara Malaysia yang kosmopolitan sifatnya ini. Apa guna kemakmuran ekonomi jika negara dilanda persengketaan.

Dasar Pendidikan sesebuah negara tidak boleh dijadikan komoditi politik dengan tawar-menawar murahan sebagai harganya. Hasilnya nanti akan merugikan bahkan menghancurkan negara. Pendidikan adalah suatu mekanisme penting dan merupakan instrumen berkesan dalam membina tamadun negara berteraskan keharmonian. Sekolah satu aliran bukan perkara asing di dunia ini. Negara-negara Barat bahkan Indonesia, Thailand dan Singapura sejak lama dulu telah pun melaksanakan sekolah satu aliran sahaja.

Atas kesedaran untuk mencapai keharmonian dan perpaduan nasional di negara ini melalui sistem pendidikan satu aliran, maka Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia atau MUAFAKAT meminta kerajaan mengujudkan sistem pendidikan satu aliran sahaja di negara ini dengan secepat mungkin. Dan untuk tujuan tersebut MUAFAKAT telah menubuhkan satu panel peneliti untuk mengkaji dan membuat cadangan bagi dikemukakan kepada kerajaan dalam masa terdekat.

Ismail Mina Ahmad
Presiden
Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia
MUAFAKAT

Sent from Samsung Mobile

MACAM-MACAM HAL

55 pelajar Cina dgn CGPA 4 tak dapat masuk IPTA.....tempat terhad. Kan banyak pilihan...Newcastle , Monash, UCSI, Manipal , IMU, UTAR , Cyberjaya dan banyak lagi private medical schools. Lagi pun depa ada beratus Yayasan yg sedia membantu !

MCA GESA BAGI BIASISWA PELAJAR CINA YANG TIDAK DAPAT MASUK IPTA

Chua gesa kerajaan bagi biasiswa pada pelajar yg tak dapat masuk IPTA supaya masuk IPTS. Berpuluh IPTS dengan puluhan ribu pelajar mereka di taja oleh ratusan Yayasan Pendidikan - Lee Foundation, Kuok Foundation, Jeffrey Cheah Foundation, IOI Foundation, Public Bank Foundation, Kojadi, Community Chesat Foundation......biasiswa apa lagi yg depa mau. Dah lah tak sokong BN !

REVOLUSI JIWA


Profesor Dr. Hamka, "Nabi Muhammad berjaya melakukan satu revolusi jiwa yang hebat dalam sejarah manusia."

Rasulullah s.a.w. berjaya mengubah sikap manusia kerana Baginda berjaya melakukan revolusi hati. Walaupun umat Arab Jahiliah ketika itu sedang berdepan dengan kegawatan politik (mereka sentiasa berbalah sesama sendiri), kegawatan ekonomi (ekonomi mereka dimonopoli oleh orang Yahudi) dan kegawatan sosial (perzinaan, perogolan, minum arak dan membunuh anak perempuan menjadi tradisi), tetapi Rasulullah s.a.w. tidak mengubat "penyakit-penyakit" itu pada akibat-akibatnya tetapi terus kepada puncanya – yakni hati. Baginda yakin kegawatan-kegawatan yang bersifat lahiriah itu ialah hasil daripada "sakitnya" hati.

Sent from Samsung Mobile

Thursday 9 May 2013

PERPADUAN SUPAYA GENERASI MASA DEPAN TIDAK PERLU MERAYU UNTUK DAPATKAN HAK MEREKA

Dengan 'Tsunami Cina' yang semakin besar, parti politik berteraskan Melayu-Islam perlu mempertimbangkan untuk bersatu supaya bangsa Melayu dan agama Islam masih menjadi teras utama di negara ini. PAS dan Umno seharusnya mempertimbangkan saranan banyak pihak supaya kedua-dua parti itu membentuk kerajaan perpaduan bagi membolehkan Melayu tidak terpinggir sekaligus menggemis di tanah air sendiri.  Hanya dengan penggabungan kedua-dua parti itu, Malaysia akan terselamat daripada anasir asing, serta pertempuran politik perkauman sempit yang menjurus kepada kehancuran pembinaan bangsa Malaysia yang sekian lama disemai di tanah air ini.  Penggabungan antara PAS dan Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP nyata tidak berjaya apabila Melayu, Islam dalam PAS bersedia untuk memilih wakil DAP sebagai pemimpin mereka, sedangkan kominiti Cina masih lagi tetap dengan "Cina untuk Cina" mereka.  Ia terbukti apabila Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Mazlan Aliman tewas di kerusi DUN di Kulai, manakala Salahuddin Ayub tewas di kerusi DUN Nusajaya, yang mana kedua-dua kawasan itu, mempunyai wakil rakyat Parlimen DAP. Kawasan yang ditandingi mereka juga berada dalam kelompok majoriti Cina, yang secara lagiknya, tiada masalah untuk dimenangi mereka.  Namun amat menyedihkan apabila hanya calon Parlimen dan DUN berbangsa Cina menang di kerusi majoruti Cina, tetapi calon Melayu PAS tersungkur kerana pengundi Cina tidak mengundi mereka. Tanpa gandingan kukuh PAS dan Umno, Melayu akan terus terpecah sehingga mengakibatkan generasi akan datang terpaksa merayu untuk mendapatkan hak mereka.  Lebih malang lagi, pemimpin Melayu PKR sebaliknya tidak memperdulikan nasib bangsa sendiri apabila sanggup memperjudikan nasib keturunan sendiri semata-mata mengejar undi kaum lain. Kemerosotan PAS dalam Pilihan Raya Umum 13 seharusnya menjadi iktibar bahawasanya mereka tidak sesuai bekerjasama dengan parti yang melupakan asal keturunan dan ketuanan Melayu di negara ini.  Sebelum nasi menjadi bubur, dan Melayu terus terpinggir dek perpecahan dan perbezaan ideologi politik, sedangkan seharusnya politik itu menjadi asbab Melayu untuk bersatu. Menunding jari dan menyalahkan pihak ketiga bukanlah caranya mencari penyelesaian, sebaliknya perpaduan amat diperlukan hari ini demi mengekang Tsunami Cina ini daripada berleluasa ke sektor lain selepas ekonomi dan politik.  Bukti sudah jelas, PAS tidak serasi bersama PR, selain digunakan untuk menarik undi Melayu bagi menyokong Cina, sedangkan masyarakat Cina sendiri tidak bersedia menyokong PAS. Melalui kerajaan perpaduan PAS dan Umno, bukan sahaja Melayu Islam akan terselamat, bahkan juga keamanan, kestabilan, dan kedudukan institusi kerajaan yang dipimpin oleh sistem beraja dan perdana menteri Melayu juga tidak akan terhapus.

PR LOST: ANWAR FAILED TO EXPLAIN WHY

Anwar is famous for his hobby in playing with numbers. As a graduate who barely passed Malay studies, his ability to randomly point out numbers has raised his image as a smart person.
 However, Anwar fail to realize that numbers cannot be picked out just like that because numbers are facts which cannot be manipulated just like that. Picking out wrong numbers actually reflects that Anwar is not that smart. Few of the numbers he picked include,"Within two weeks, the problem in Kampung Buah Pala will be resolved", "in 2 weeks, the problems in Padang Kota will be gone", or "by September 16, I will become Prime Minister".
 All of those numbers are just lies, not facts. And prior to GE13, Anwar picked out these numbers: 45,000 immigrants will be brought from Sabah Sarawak to vote for BN.
 Even more specific, he even presented 'evidence' in form of a document which somewhat showed that 4,500 immigrants enter KLIA daily. And 40,500 of them are already in Malaysia through 16 daily flights which began from April 25, 2013.
 Sadly, after the election, Anwar no longer play with specific numbers. Instead, he randomly make allegations, claiming that a few blackouts happened in a few areas during the process of counting votes. However, he failed to mention which place and how long. He claimed, after the blackouts, number of ballot boxes increased. He claimed that many Bangladesh citizens were registered as voters by giving them fake identity cards. However, he did not mention the exact numbers of those involved nor the places they voted. Those who 'caught' the Bangladeshi with 'fake IC' also failed to bring even a single evidence and witness to strengthen their allegation.
 All of the sudden, after GE13, 'numbers' or 'facts' no longer play any part in Anwar's ceramah or speeches. Back then, whenever Anwar want to protest to anything, he would first present facts and numbers against all the allegations made against EC.
 And that was what his supporters wanted to hear during the Himpunan Bantah PRU-13 in Kelana Jaya yesterday. However, despite of his 'success' in lying to his supporters before the election, it is clear that Anwar failed to explain why he still fail to drive Pakatan Rakyat to Putrajaya. This is because, other than claiming that EC cheated, worked alongside BN and that PR should have win based on popular votes, Anawr could not develop a strong 'case' on all the allegations he made.
 Only thing he could do is just urge his supporters to keep on joining the demonstration in Ipoh and Penang on this coming Saturday and Sunday to keep on protesting. A few grumblings were heard among those who attended the event last night. They somehow question that "what is the reason behind this protest?" "what is the basis?" However, those questions never really got out there as those who are still dreaming are busy cheering. Thus, those supporters went back home in confusion, disappointed and mad. Those who are dreaming begin to realize that they have been fools.

Wednesday 24 April 2013

SUARAM : SATU LAGI KONSPIRASI

Kes skandal rasuah berkenaan Scorpene yang sering dimainkan Pakatan Rakyat telah dibuktikan sebagai satu penipuan apabila Mahkamah Perancis mengesahkan bahawa aduan yang dibuat SUARAM telah ditolak kerana tidak berasas. SUARAM juga didapati menipu tentang nama-nama mereka yang menerima sepina, dokumen-dokumen serta penglibatan 'penterjemah' dalam beberapa rundingan pembelian kapal selam tersebut. Malah, polis Perancis juga mengesahkan bahawa tiada siapa yang bernama Altantuya Sharibuu pernah memasuki Perancis ketika tempoh rundingan tersebut sedang berjalan.
 Apabila penipuan mereka terbongkar, fakta dicampurkan di sana sini yang menjadikan 'cerita' mereka tidak konsisten, terbuktilah SUARAM membuat-buat cerita. Yang membawa kepada satu persoalan: Memandangkan kematian Altantuya adalah satu-satunya perkara yang terjadi dan selainnya hanyalah penipuan semata-mata, adakah SUARAM yang terlibat dalam kes bunuh tersebut? Persoalan tersebut masih lagi tidak terjawab...
 Namun, tiada persoalan lagi bahawa segala penipuan yang dibuat SUARAM telah terbongkar dan perkara ini memaksa NGO tersebut untuk 'bersembunyi' seketika. Walaupun bersembunyi, terbongkar lagi rahsia SUARAM dimana pertubuhan tersebut mempunyai hubungan dengan George Soros, melalui pertubuhan-pertubuhan yang terlibat dengan misi pertukaran rejim di seluruh dunia. SUARAM telah dibiayai sepenuhnya oleh  Soros melalui pertubuhan yang mempunyai hubungan dengan beliau.
 Baru-baru ini, satu lagi dokumen yang dikeluarkan oleh SUARAM kepada pemimpin tinggi PKR pada 22 Mei 2011 telah tersebar luas di internet. Dokumen tersebut mengandungi agenda yang membuktikan bahawa penipuan 'scorpene-Altantuya' adalah benar. dimana, untuk menunjukkan satu 'rompakan Malaysia terbesar', yang boleh membantu PR untuk menang pada PRU-13 dan untuk memaksa kerajaan supaya mendedahkan semua penjual dan pembekal bagi Kementerian Pertahanan.
 Tidak syak lagi bahawa SUARAM bukanlah sebuah pertubuhan bebas, SUARAM hanyalah senjata PR yang mempunyai hubungan dengan pihak luar. Walaupun rahsia mereka kini dibongkar, SUARAM masih tidak mahu mengaku kalah kerana misi mereka masih belum selesai.
 Dengan itu, SUARAM telah mengadakan sidang akhbar semalam, 23 April 2013, untuk menghidupkan semula kes scorpene dan Altantuya. Perkara ini tidak mengejutkan memandangkan pilihan raya akan dijalankan tidak lama lagi.
 Apa yang mungkin akan mengejutkan SUARAM adalah, tuan mereka di Barat bukanlah satu-satunya yang mampu 'mengorek' maklumat rahsia. Melalui emel SUARAM sendiri yang 'bocor', segala kesangsian terhadap hubungan SUARAM dengan Soros, serta Neo-Con Zionis kini telah disahkan. Dengan itu, sahlah bahawa PKR atau PR benar-benar mempunyai hubungan bersama Zionis-zionis tersebut. Emel yang 'bocor' tersebut pada mulanya didedahkan oleh Free Malaysia Today, menyatakan bahawa syarikat yang dikenali sebagai Orion Strategies didapati telah mengaturkan perjumpaan antara Kongres serta Senator Amerika bersama Pengarah SUARAM, Cynthia Gabriel. Syarikat tersebut dikatakan telah memberikan penerangan kepada ahli-ahli politik Amerika terhadap keadaan keganasan selepas pilihan raya serta masalah di Malaysia.
 Orion Strategies diketuai oleh bekas Penasihat Setiausaha Pertahanan AS, Randy Scheunemann, yang banyak mewakili ahli politik haluan kanan di AS serta antara pemimpin yang banyak membela kerajaan Israel. Kumpulan ini terkenal dengan sikap mereka yang gemar mengadakan kempen untuk memburuk-burukkan ahli politik AS dan mereka merupakan aset penting bagi Israel. Scheunemann 'diiktiraf' apabila beliau membantu untuk menubuhkan Jawatankuasa bagi Pembebasan Iraq (Committee for the Liberation of Iraq), yang membawa kepada perang media AS sebelum serangan dilakukan ke atas Iraq pada tahun 2003 - perang yang membawa kepada kematian 120,000 umat Islam yang tidak bersalah. Kemudian, Scheunemann membantu menubuhkan Jawatankuasa Kecemasan untuk Israel (Emergency Committee for Israel), sebuah organisasi yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel serta Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu.
 Naib Presiden Orion, Michael Goldfarb pula telah melancarkan kempen bagi memburuk-burukkan Presiden Barack Obama ketika pilihan raya AS yang lalu, dengan menuduh Presiden Obama bahawa beliau mempunyai hubungan dengan musuh Israel. Cynthia semestinya tidak menyangka bahawa beliau akan diserang dengan soalan terhadap aturan yang dibuat oleh Orion bagi perjumpaan beliau di Washington pada bulan Mac, jelas, bagi misi untuk melobi seperti yang dinyatakan dalam emel tersebut. Beliau dikatakan berjumpa dengan pihak AS bersama Ibrahim Suffian dari Merdeka Centre. Ini membuktikan bahawa Merdeka Centre juga merupakan senjata bagi puak pembangkang, seperti yang telah dijangka.
 'Lawatan' tersebut bagaimanapun, telah ditangguhkan. Cynthia mungkin panik dan tertanya-tanya bagaimana maklumat tersebut tersebar walaupun beliau telah memastikan bahawa blogger serta webmaster tidak mendedahkan perkara ini kepada wartawan yang menghadiri sidang akhbar tersebut. 
 Kita tidak perlu melihat jauh untuk mengagak apa yang akan dilakukan seterusnya oleh SUARAM ataupun pembangkang. 'Prospek keganasan selepas pilihan raya dan masalah' yang dinyatakan dalam emel SUARAM sudah cukup untuk menunjukkan bahawa BERSIH akan bertindak untuk memulakan 'keganasan dan kekacauan' jika PR kalah dalam PRU-13.
 Jadi, pesanan buat SUARAM, segalanya sudah tamat. SUARAM mungkin boleh menipu Soros kononnya misi ini masih lagi berjalan, namun SUARAM tidak boleh menipu rakyat. Mengaku kalah sahaja, tidak perlu lawan lagi.

Thursday 4 April 2013

CALON-CALON PAS SEDIA CERAI ISTERI

Gelanggang pertarungan PRU 13 secara umumnya telah bermula sebaik sahaja Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman pembubaran Dewan Rakyat setelah mendapat perkenan Yang Di Pertuan Agong.  Tika ini tumpuan umum beralih pula kepada SPR menantikan pengumuman bilakah pula jatuhnya tarikh penamaan calon dan hari pengundian, namun di sebalik semua itu ada pihak yang di ambang kecelaruan fikiran menantikan saat tersebut.  Pihak yang dimaksudkan itu bukannya bakal calon malah bukan juga pimpinan politik parti tetapi mereka adalah sekumpulan kaum hawa berstatus isteri dan ibu kepada anak-anaknya.  Mereka dilanda gelisah, debaran tak keruan dan kebimbangan kerana inilah saat paling sukar bila mana terpaksa menerima hakikat suami masing-masing yang mewakili PAS dalam PRU 13 kelak akan mengangkat sumpah baiah talak tiga.  Setiap calon PAS wajib mengikuti syarat ini demi mengikat kesetiaan mereka kepada parti sekaligus kelak di kemudian hari tiada seorang pun akan melompat keluar dari PAS.  Baiah talak tiga maksudnya jika sumpah dilanggar maka terputuslah hubungan suami isteri di dunia dan akhirat, si isteri akan menjanda dan anak-anak pula bakal kesedihan dilanda duka hilang sebuah keluarga bahagia.  Bertahun-tahun menjalin hubungan mesra suami isteri dikurniakan anak-anak yang lincah bergurau senda bagaikan sia-sia sebaik sahaja sumpah baiah talak tiga jaminan kesetiaan kepada PAS dilafazkan.  Ia satu bentuk paksaan dalam rela tapi itulah hakikat syaratnya jika mahu menjadi calon PAS dalam pilihan raya. Andai tidak sanggup menerima syarat bersedia menceraikan isteri dengan talak tiga, jangan sesekali berangan untuk menjadi calon PAS.  Demikian murahnya kesetiaan seorang isteri kepada suami pada nilaian PAS sehingga sanggup dijadikan pertaruhan demi keutamaan parti.   Baiah talak tiga ini bukannya lagi satu rahsia dalam PAS setelah ianya diakui sendiri oleh pemimpin PAS mengenai kewujudannya demi menjaga kepentingan politik kepartian PAS meskipun hubungan suami isteri dijadikan sandaran & gadaiannya.  Bagi PAS soal parti lebih utama, hukum hakam agama boleh sahaja mereka manipulasi untuk kepentingan parti, sama seperti mana para pimpinannya sering memanipulasi soal pahala dan dosa, syurga dan neraka untuk mengumpan sokongan keduniaan.  Sedangkan kesucian kalimah Allah S.W.T PAS sanggup biarkan tergadai demi memenuhi tuntutan DAP sebagaimana dipersetujui secara bersama oleh PR, apa sangatlah menggadaikan hubungan suami isteri para calonnya demi kepentingan PAS, bukan begitu?

Tuesday 5 March 2013

Wan Azizah Claimed Reuters And Manila Times Lied, Reporters Paid By BN   Anwar Ibrahim's love of threatening, intimidating and insulting reporters when he failed to respond to their questions, is beginning to become a joke among Malaysians.
 Now, Anwar is threatening to sue the reporter who asked why he refuse to sue Reuters and Manila Times for stating his involvement in the crisis in Sabah, instead, he just want to sue TV3 and Utusan Malaysia which only showed the reports made by those two foreign media. As expected, Anwar did not answer the question. Instead, he humiliated the reporter and 'closes' the issue from being discussed.
 At the same time, Wan Azizah decided to say that the reports regarding Anwar being the 'mastermind' behind Sabah crisis, as a wild accusation. She said,"I read the reports, it did not mention any names and nothing was said on Anwar." Wan Azizah even described as if the reporters were paid by Barisan Nasional.  She said, she is not surprised when the matter was raised because there were times when reporters are paid by Barisan Nasional government to write anti-Anwar stories.
 It seems like Wan Azizah is accusing Reuters and Manila Times as liars. Not just that, she even indirectly claimed that reporters for both the news agencies are paid by Barisan Nasional. 
 Thus, those reporters would explain themselves before they and their agencies suffer negative image for reporting false news. It is not wrong for them to sue Wan Azizah in order to clear their image.
 Perhaps this is the only way for us to get the truth considering that Anwar refuses to sue the ones who made the original reports, but decides to sue the ones who only cited the reports.
 For those who are rational, Anwar's refusal to sue Reuters and Manila Times is enough to prove whether he is really involved or not in the crisis in Sabah.  Reuters is an international news agency while Manila Times is Philippines media. There is no reason for such international news agency which is often 'Anwar-friendly' would put him in a tough spot. And why would Barisan Nasional pay Manila Times to tarnish Anwar when his name is already dirty? How can this benefit BN? The only benefit from this issue would fall to the opposition, as they managed to find another issue to go against the government.
 Moreover, Anwar is celebrating the bloodshed in Sabah as he failed to do the same thing in the Peninsular, just like the tragedy in Tahrir Square. And Anwar is very exited waiting for foreign intervention which was applied by Sulu, after he failed to invite America and Australia to do so.
 That is why there is no other way for Anwar to clear his name other than suing Reuters and Manila Times which Wan Azizah described as liars! Or, Reuters and Manila Times should sue Wan Azizah for accusing them as liars...

Tuesday 5 February 2013

Layakkah Kak Wan Disamakan Dengan Saiyiditina Khadijah

Tidak cukup dengan perbuatan PAS menghina sahabat Rasululullah SAW dengan menyamakan Lim Guan Eng si kafir harbi, manusia rasis, angkuh dan penipu yang digelar 'Tokong' oleh bangsanya sendiri dengan Khalifah Umar Al-Aziz, kini ABIM pula menghina isteri Rasulullah SAW dengan menganugerahkan Wan Azizah dengan 'Anugerah Khas Saiyyidatina Khadijah' pada Himpunan Helwa Kebangsaan (HKK) 2013, 2 Februari lalu.

Anugerah yang disampaikan oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Dr Siddiq Fadzil kepada Wan Azizah di di Auditorium Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) itu dikatakan sebagai menghargai 'keberanian Wan Azizah menegakkan keadilan, kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan'. Tidak mungkin ABIM, atau nama penuhnya, Angkatan Belia Islam Malaysia, tidak tahu asal-usul, sejarah, sifat dan sikap serta perjuangan Saiyidatina Khadijah yang jauh amat bertentangan dengan Wan Azizah.

Saiyidatina Khadijah binti Khuwailid RA adalah simbol Wanita Pertama. Saiyiditina Khadijah adalah wanita dengan keperibadian hebat dan punya pemikiran yang bijak, matang, serta tidak bergantung kepada status suami atau keluarga, tetapi mempunyai status sendiri. Beliau lahir dalam keluarga bangsawan yang disegani dan kerana kecerdasannya beliau telah diamanahkan untuk mengurus perniagaan keluarga. Sebagai seorang usahawan yang berjaya, Saiyidatina Khadijah begitu terkenal di kalangan masyarakat Quraisy. Pekertinya yang mulia, menyebabkan beliau amat disegani sehingga diberi gelaran ath-Thahirah (wanita suci).

Pendek kata, beliau memiliki pakej lengkap, iaitu mulia, bijak dan juga kaya yang mana membuatkan ramai yang menaruh hati padanya walaupun setelah bergelar janda. Namun, hatinya tidak terbuka sungguhpun yang menaruh hati padanya itu bukan sahaja pemuda dan pembesar Quraisy, tetapi juga dari raja-raja yang memerintah negara. Allah SWT telah mentakdirkan yang hatinya hanya terbuka kepada Rasulullah SAW yang 25 tahun lebih muda darinya dan beliau mengambil langkah pertama merisik khabar melalui teman dan saudara untuk menyampaikan perkara itu kepada Rasulullah SAW. Hanya apabila mengetahui isi hati beliau dan bahawa Rasulullah SAW juga membuka hati kepadanya, barulah pihak keluarga Rasulullah SAW menghantar peminangan.

Perkahwinan Saiyidatina Khadijah dengan Rasulullah SAW penuh dengan kasih sayang dan hormat menghormati. Rasulullah SAW senang meminta pandangan dan nasihat isterinya dan begitu juga sebaliknya. Saiyidatina Khadijah adalah pendorong semangat, penenang ketika gusar dan pembantu yang setia kepada Rasulullah SAW. Allah SWT telah memberikan kekuatan melalui Saiyidatina Khadijah bukan sahaja kepada Rasulullah SAW untuk menghadapi segala cabaran, tetapi juga kepada pengikut baginda di mana Saiyidatina Khadijah sentiasa bersedia mendermakan hartanya bagi memastikan mereka tidak mudah diperguna atau didera oleh musuh Islam.

Kesimpulannya, Saiyidatina Khadijah bukan sahaja simbol isteri, ibu dan pejuang Islam, tetapi juga simbol wanita Islam yang sebenar, iaitu bijak, terhormat, berani dan punya pemikiran dan status tersendiri. Untuk itu, beliau telah dijanjikan syurga dan Rasulullah SAW sendiri mengiktirafnya dengan sabda "Sebaik-baik wanita di dunia ini ada empat orang iaitulah Maryam binti 'Imran, Asiyah puteri Muzahim (isteri Firaun), Khadijah binti Khuwailid dan Fatimah binti Muhammad." Berdasarkan hakikat ini, apakah yang melayakkan Wan Azizah menerima anugerah sempena wanita paling mulia ini?

Alasan ABIM bahawa anugerah tersebut adalah bagi mengiktiraf keberanian Azizah 'menegakkan keadilan, kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan' amatlah melucukan kerana kalaupun Azizah punya keberanian, keberanian itu tiada kena mengena dengan keadilan, kebenaran atau Islam dan perubahan. Malah, ia adalah seratus-peratus bertentangan. Benar Wan Azizah berani, tetapi berani untuk membela peliwat, berani bersubahat untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Islam untuk diganti dengan pemimpin berfahaman plural, berani menipu, memfitnah dan menuduh pemimpin yang berjasa dan tidak bersalah sebagai zalim, berani bersekongkol dengan sesiapa sahaja termasuk musuh Islam untuk membawa perubahan ke arah liberalisasi. Anak kandung yang dididiknya sendiri juga terang-terangan mengiktiraf pluralisme agama dan turut berjuang bersama bapa peliwatnya dengan Wan Azizah setia membantu, menyokong dan membela mereka pada bila-bila masa dan dalam apa jua keadaan.

Walaupun setia kepada suami adalah sesuatu yang mulia, tetapi setia membuta tuli adalah tindakan yang bodoh dan jahil iaitu amat bertentangan dengan ciri-ciri wanita Islam sejati yang diteladankan oleh Saiyidatina Khadijah. Wan Azizah bukan pejuang Islam, tetapi pejuang liberalisasi, pluralisme and LGBT selaras dengan pendirian suaminya. Oleh itu, walaupun beliau mungkin setia kepada suaminya sepertimana Saiyidatina Khadijah, tetapi beliau tidak wajar menerima sebarang penghargaan apatah lagi dalam bentuk anugerah atas nama tokoh yang mulia tersebut. Justeru, ABIM wajar menarik balik anugerah tersebut dari Wan Azizah kerana beliau jelas telah memilih untuk taat kepada suami melebihi taat kepada dari ajaran Islam. Kepada ABIM, jangan dihina wanita Islam ke tahap sebegitu rendah, dan jangan dihina Islam sehingga begitu sekali dengan meletakkan sesuatu anugerah yang begitu mulia, kepada wanita yang menjadi talibarut pengkhianat agama, bangsa dan negara. Dan lebih-lebih lagi jangan dihina Saiyidatina Khadijah dengan mengaitkan beliau walaupun dengan hujung rambut atau hujung jari Wan Azizah.

Ba'am Al-Assad

LGE Risau Dengan Servis Kuda PSY

Gangnam Style: Kenapa Pakatan Rakyat Takut Pada Psy? Tanggal 11 Februari 2013 sememangnya agak dinantikan oleh golongan muda memandangkan pada tarikh itu penyanyi Korea yang sedang menjadi kegilaan ramai, Park Jae-Sang ataupun Psy akan turut hadir memeriahkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang. Majlis yang akan dilangsung di padang Sekolah Tinggi Han Chiang, Pulau Pinang itu dijangkakan akan disertai oleh lebih 60,000 orang. Turut serta ialah Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan para pemimpin BN Negeri dan Pusat.

Kehadiran Psy ke Malaysia yang julung kalinya ini tentunya memberi impak positif yang tersendiri terutama sekali dalam meningkatkan profil negara dalam menyuntik nilai tambah bagi industri perlancongan. Kesediaan penyanyi popular Korea itu menyertai majlis yang dianjurkan BN itu bagaimanapun tidak disenangi ramai pemimpin PR khususnya dari DAP yang menimbulkan persoalan mengenai kos perbelanjaan yang kononnya terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Pusat untuk dibayar kepada artis K-Pop itu.

Mereka melemparkan tuduhan kononnya kedatangan superstar dari Korea itu telah menyebabkan sejumlah RM3 juta wang rakyat lebur begitu sahaja semata-mata untuk satu lagu Oppa Gangnam Style. Satu tuduhan yang agak jauh tersasar, bermotif politik dan berniat untuk mengelirukan orang ramai. Walhal realiti sebenarnya samada Kerajaan Pusat ataupun BN sendiri tidak menggunakan wang rakyat untuk dibayar kepada Psy. Sebaliknya segala kos perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat swasta, Mega Ultimate termasuklah bayaran RM2.3 juta bayaran kepada penyanyi terkemuka itu untuk tampil memeriahkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina.

Jika penampilan Psy memeriahkan rumah terbuka Tahun Baru Cina ini dikatakan satu pembaziran, kenapa tidak para pemimpin PR mencemuh tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang pada akhir tahun lepas yang terang-terangan membelanjakan sejumlah RM3 juta wang rakyat untuk menjayakan konsert hiburan di Batu Feringgi? Malah dalam konsert hiburan anjuran kerajaan DAP Pulau Pinang itu yang menampilkan beberapa orang artis Korea juga turut mendapat kerjasama syarikat arak, peliknya tiada pula walau seorang pun pimpinan PR berani mempersoalkannya. Hatta dikalangan penyokong dan pemimpin PAS sendiri tidak pula sibuk mahu bercakap soal moral dan akhlak muda-mudi sekalipun tahu konsert anjuran Kerajaan DAP Pulau Pinang itu turut dijayakan oleh syarikat arak. Double standard agaknya.

Persoalan penting untuk dijawab oleh PR, mengapa kelihatan begitu takut dengan kesediaan Psy menyertai majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina itu? Atau PR terlalu bimbang kehadiran ramai muda mudi keturunan Cina kelak bakal menjejaskan pengaruh DAP di negeri itu? Sepatutnya pemimpin PR tidak perlu berasa cuak atau takut dengan kemunculan Psy di majlis tersebut, lebih-lebih lagi di saat masyarakat Cina bakal meraikan perayaan Tahun Baru Cina. Kecuali, PR terutama sekali DAP sedang dilanda kebimbangan yang artis popular Korea itu akan membuat pengumuman penting yakni menyaman mereka gara-gara tindakan mengubah suai lagu Oppa Gangnam Style tanpa kebenaran untuk tujuan kempen politik parti itu. Sekiranya itu sebabnya, memang ada asaslah untuk pemimpin DAP dan PR berasa gundah gelana dan kita rakyat jelata pun boleh tumpang memahaminya.

Al-Assad