Saturday 28 July 2012

ANWAR CUBA MEMPERBAHARUI IMEJ ISLAMNYA SEMPENA PRU 13

Baru-baru ini, Anwar Ibrahim direkodkan berkata bahawa diskriminasi terhadap golongan homoseksual adalah tepat. Dalam jawapannya kepada peguam Firoz Hussein jika Malaysia wajar mendiskriminasi homoseksual, Anwar menjawab, "ya". "Kita tidak memberi tempat kepada homoseksual."

Timbalan Pengarah Human Rights Watch (Asia), Phil Robertson, menuduh Anwar bermain politik dengan kepentingan awam. "Anwar adalah salah secara asasnya apabila beliau menyatakan bahawa ia adalah tidak salah untuk mendiskriminasi golongan homoseksual."

Respon Human Rights Watch's (HRW) terhadap pendirian baru Anwar mengenai hak homoseksual ini telah pun dijangka oleh kebanyakan pemerhati politik. Tetapi sama ada ini hanyalah satu permainan politik yang dimainkan oleh Anwar, kekal menjadi tandatanya.

Phil Robertson juga tidak mengenepikan ide ini dan berkata, "Walaupun ini adalah strategi yang baik untuk mendapat undi di beberapa bahagian di Malaysia, kenyataannya adalah memalukan dan bertentangan dengan prinsip tiada diskriminasi di dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa."

Walaubagaimanapun, ramai rakyat Malaysia bersetuju bahawa Anwar hanya memancing undi bila berkata beliau bersetuju untuk mendiskriminasi golongan seperti dirinya (homoseksual), tetapi sama ada 'tuannya' di barat, termasuk Phil Robertson sendiri bermain permainan yang sama dengan mengecam dan menghentam Anwar semata-mata untuk memastikan Anwar dapat meraih undi orang Islam dalam PRU yang akan datang, tidak dapat dipastikan.

Laman anwaraidc mendedahkan bahawa Phil Robertson diketahui mempunyai hubungan rapat dengan PKR melalui peguam-peguam hak asasinya, seperti, Surendran, Latheefa Koya dan Fadiah Nadwa. Yang paling akrab dengannya ialah Fadiah di mana dikatakan mampu menimbulkan kesangsian orang yang melihat.

Tempat mesyuarat yang digemari oleh para peguam ini ialah di Bangsar Village. Phil telah mengunjungi Ibu Pejabat PKR beberapa kali mengadakan bengkel dan latihan tentang bagaimana untuk menggunakan isu hak asasi untuk menundukkan kerajaan.

Phil juga lantang dalam isu ISA di Malaysia yang mana dijuarai oleh SUARAM. Seperti juga Phil, SUARAM juga begitu sibuk memburukkan imej kerajaan Malaysia terutamanya dalam isu pembelian kapal selam scorpene.

Justeru, kita tidak mungkin tersilap jika mengandaikan bahawa HRW, PKR, SUARAM semuanya bekerja sebagai satu pasukan.

Pasukan ini tentunya telah menyedari bahawa mereka berada di pihak yang kalah bila Anwar menerima tamparan hebat kerana menyatakan pendirian yang kabur dalam isu homoseksual apabila disoal media sejurus selepas dibebaskan dari kes liwatnya. Ini, ditambah dengan siri-siri pembohongan SUARAM yang terkantoi menyebabkan PKR/PR ketandusan isu. Maka Awnar perlu mencari cara lain bagi menguatkan kedudukannya di mata rakyat, terutamanya, di kalangan majorti Melayu Islam.

Kenyataan yang kabur mengenai hak homoseksual sebelum ini ternyata memakan diri. Apa lagi dengan kenyataan tidak popularnya di Wall Street Journal mengenai melindungi hak Zionis di Palestin. Ramai penyokong Islam meninggalkan Anwar sejurus selepas kedua isu ini berbangkit.

Dengan sikap sesumpahnya yang semakin menyerlah, Anwar perlu memilih hanya satu karaktor atau imej sahaja untuk menghadapi PRU. Nampaknya, beliau memilih untuk menunjukkan yang beliau masih seorang Muslim sejati yang menolak dengan tegasnya agama baru yang dipromosi barat, iaitu Hak Asasi. Sebagai seorang Muslim yang baik, beliau tidak mungkin akan menimbangkan langsung hak homoseksual, lesbian atau transeksual.

Beliau juga harus meyakinkan rakyat bahawa beliau tidak menerima sokongan barat seperti yang didakwa oleh musuhnya. Beliau wajib memadamkan imej 'boneka barat' yang telah tertepek di mukanya. Jadi, kita mungkin akan mendengar lebih banyak kutukan yang dilemparkan oleh pihak barat terhadapnya selepas ini.

Jangan terkejut jika dalam masa beberapa hari lagi, kita mungkin akan mendengar Anwar menolak dan mengutuk liberalisme dan pluralisme agama walaupun kita tahu yang beliau hidup berdasarkan prinsip kedua-duanya.

Justeru, untuk semua rakyat Malaysia, penulis hanya mampu berpesan: bersedialah untuk menyaksikan Anwar yang baru walaupun penulis tidak dapat menjanjikan tempoh beliau akan membawa watak baru ini.




Sent from Samsung tablet

Saturday 21 July 2012

PAS TERDIAM SERIBU BAHASA DI TEGUR MURSYIDUL AM DAP

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi berkenaan hubungan PAS dengan DAP yang mana beliau menegaskan bahawa Pas tidak pernah bersekongkol dengan DAP kerana ia adalah tahaluf siasi. Tetapi, beliau mengakui bahawa PAS bekerjasama dengan DAP kerana politik.

Kita faham bahawa Nasrudin bercakap atas kapasiti beliau sebagai ahli politik dan bukannya agamawan dan kerana itu beliau merasa selesa bermain dengan kata-kata tanpa menghiraukan maknanya. Dengan menggunakan perkataan 'bekerjasama' dan bukan 'bersekongkol', maka Nasrudin menyangka yang PAS akan terlepas dari dikaitkan dengan agenda DAP.

Perkataan-perkataan seperti bersekongkol, berkomplot, berkonspirasi sebenarnya membawa kepada perlaksanaan yang serupa dengan bekerjasama.

Beza kedua-dua perkataan ini hanyalah dari segi 'niat' di mana 'sekongkol' merujuk kepada satu pakatan yang berniat jahat dan 'kerjasama' pula merujuk kepada satu-satu pakatan secara umum.

Oleh itu, kedua-dua perkataan membawa pengertian yang sama iaitu 'berpakat, berganding-bahu, bertoleransi dan saling bantu-membantu untuk mencapai matlamat masing-masing'.

Dalam konteks politik PAS dan DAP, dan seperti yang diakui oleh Nasrudin, adalah jelas bahawa matlamat masing-masing hanyalah untuk menang pilihanraya. Pastinya kerana PAS dan DAP ingin mencatur semula politik Malaysia mengikut acuan mereka.

Maka di sinilah terletaknya masalah dalam penjelasan atau 'tafsiran' Nasrudin mengenai hubungan PAS-DAP. Iaitu, walaupun matlamat kedua-dua parti adalah sama tetapi acuan mereka amat bertentangan. Malah Nasrudin sendiri enggan atau tidak sanggup mengaku yang PAS berkongsi agenda yang sama atau 'bersekongkol' dengan DAP.

Kita sedia maklum bahawa acuan DAP adalah Malaysian Malaysia di mana ia menjulang kesamarataan total (ala DAP). Ini bermakna, semua agama adalah sama dan Islam tidak harus menjadi agama rasmi sekali gus persoalan mengenai undang-undang Islam, cara hidup Islam, hudud dan sebagainya adalah tidak relevan sama sekali. Selain itu, DAP juga diketahui mengambil sikap memperlekeh dan menentang Institusi Raja-raja Melayu.

Bagaimanapun, atas dasar kerjasama seperti yang diakui Nasrudin, kedua-dua parti ini tetap saling bantu membantu untuk memenangkan masing-masing dalam pilihanraya walaupun matlamat mereka bertentangan.

Ini bermakna, PAS membantu DAP menang, DAP membantu PAS menang, kemenangan PAS adalah kemenangan DAP dan mengundi PAS adalah sama ertinya dengan mengundi DAP.

Dalam ertikata lain, PAS bertanggungjawab membantu DAP membentuk negara ini mengikut acuan DAP.

Benar, ada kemungkinan DAP tidak mampu membentuk negara ini mengikut acuannya dan sebaliknya PAS yang berjaya memaksa acuan mereka ke atas DAP.

Tetapi, ini hanyalah satu kemungkinan kecil.

Jika dilihat dari segi kebarangkalian matematik, jumlah PAS mengalah kepada DAP dalam isu-isu di mana mereka bertelagah pendapat adalah jauh lebih besar dari jumlah DAP mengalah kepada PAS.

Antaranya, hudud, Negara Islam, isu judi, arak, rumah urut dan murtad, keputusannya ialah DAP-5, PAS-0,. Di kala PAS sanggup menggadaikan Negara Islam, DAP pula sanggup 'berjihad' dan mati menentangnya. Hakikatnya, DAP tidak pernah mengalah atau berundur walau se-inci pun dalam 'semangat' kerjasamanya dengan PAS.

Justeru, adalah hampir mustahil yang DAP akan akur kepada agenda PAS andainya Pakatan Rakyat berjaya memenangi pilihanraya.

Kesimpulannya, 'kerjasama' atau 'persekongkolan' atau 'pakatan' atau apa saja perkataan yang digunakan oleh Nasrudin untuk menjelaskan hubungan PAS-DAP, hanya akan menguntungkan DAP.

Dengan itu, Nasrudin harus sedar, bahawa PAS tidak akan berjaya menghapuskan imej parti itu sebagai balaci, barua dan anjing suruhan DAP hanya dengan menggunakan perkataan berbeza tetapi mempunyai maksud perlaksanaan yang sama, dalam menerangkan hubungan mereka.




Sent from Samsung tablet

Tuesday 17 July 2012

MB KEDAH BUKTIKAN FELDA RUGI HANYA FITNAH PEMBANGKANG

Maka benarlah bahawa Pakatan Rakyat itu tidak sepakat. Bukan sahaja tidak sepakat sesama parti sekutu tetapi juga di dalam parti sendiri. PKR sudah lama diketahui mempunyai masalah dalaman antara kumpulan penyokong Azmin dengan penyokong Khalid Ibrahim. Dan PAS pula antara Anwarinas dengan pro-Ulama.

Tetapi, akhir-akhir ini semakin terserlah satu lagi kumpulan atau individu di dalam PAS yang tidak pro sesiapa, tidak terlibat dengan apa-apa perancangan, aspirasi atau strategi parti tetapi hanya mengikut kepala sendiri, iaitu Ustaz Azizan Razak, Menteri Besar Kedah.

Sebelum ini, Ustaz Azizan telah mencipta masalah kepada PAS dan PR dalam isu-isu agama dengan 'menyinggung' perasaan DAP, serta isu pentadbiran negeri sehingga beberapa EXCO bertindak biadap dengan menolak kepimpinannya secara terang-terangan. Akibatnya, beliau diletakkan di bawah 'seliaan' Jawatankuasa Pemandu untuk memastikan beliau tidak 'memandu' Kedah ke arah yang berlainan dari destinasi yang ditetapkan oleh PR.

Di kalangan rakyat pula, Ustaz Azizan dilihat sebagai Menteri Besar yang tidak tahu apa-apa. Tiada satu projek pun yang dapat dijayakan di bawah pemerintahannya. Malah segala masalah dalam negeri seperti balak yang sudah sampai di tahap kronik, perobohan madrasah, krisis dalaman KUIN, dan pembaziran yang berleluasa di Kulim Hi-Tech Park diketepikan saja oleh Ustaz Azizan sebagai 'serangan tidak berasas UMNO' terhadapnya.

Masalah-masalah lain seperti isu air dan sampah pula ditepisnya sebagai berpunca dari kerajaan terdahulu. Pendek kata, mudah sungguh menjadi Menteri Besar di negeri Kedah di mana semua masalah akan diabaikan saja dengan kenyataan, "tiada masalah" atau "semua sudah selesai".

Kenapa terjadi begini ialah kerana Ustaz Azizan tidak mengambil pusing terhadap apa yang dilaporkan di media sama ada media pro-kerajaan mahupun pembangkang. Beliau juga buta IT selain angkuh dan enggan mendengar kata atau nasihat orang. Beliau 'menguruskan' negeri serta 'menyiasat' sebarang masalah dengan cara mendengar laporan dari orang-orang kelilingnya sahaja. Jika orang yang melapor itu menipu, maka penipuan itulah yang akan dipercayainya.

Justeru, tidak mustahil Ustaz Azizan sebenarnya tidak tahu menahu mengenai pendirian PAS yang menentang penyenaraian Felda selama ini. Malah, beliau juga mungkin tidak tahu menahu mengenai 'seruan rasmi' kerahan kepada ahli-ahli PAS agar meramaikan Himpunan Oren.

Oleh itu, apabila Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Datuk Abdul Rahman Ibrahim menyuarakan hasrat untuk melabur sejumlah RM2,275,000 atau 500,000 unit ke dalam saham Felda, Ustaz Azizan langsung mengiakannya kerana baginya ia pastilah sesuatu yang baik.

Apatah lagi apabila dijelaskan yang PKNK mampu mendapat keuntungan pantas sebanyak RM47,500 apabila menjual 50,000 unit pada harga RM5.50 seunit berbanding harga belian RM4.55 seunit.

Akibat dari sikap tidak ambil tahu Ustaz Azizan ini, PKNK telah membuat untung, tetapi PAS telah rugi dari segi modal politik. Ustaz Azizan telah secara 'tidak sengaja' memalukan PAS dan membuktikan kepada penyokong dan ahli PAS bahawa pendirian parti PAS adalah salah, sekali gus keputusan kerajaan untuk menyenaraikan Felda adalah bijak.

Beberapa pemimpin PAS telah pun menyuarakan rasa marah dan tidak puas hati dengan Ustaz Azizan. Tetapi kita percaya, selagi tiada media yang bertanyakan perkara tersebut kepadanya, Ustaz Azizan tidak akan tahu apa-apa. Dan apabila beliau tersedar kesilapannya, beliau hanya akan berlagak selamba sahaja.

Kini, yang pastinya PKNK telah pun berbuat keuntungan dari penyeneraian itu dan apapun alasan Ustaz Azizan kerana bertindak bertentangan dengan pendirian parti, tidak akan mengubah hakikat ini iaitu bahawa penyenaraian FGVH membawa banyak kebaikan dan keuntungan kepada banyak pihak, termasuk negeri yang ditadbir oleh PAS. Justeru, penentangan PAS terhadap penyenaraian FGVH adalah tidak berasas dan berupa cerminan sikap hasad dengki semata-mata.




Sent from Samsung tablet

Saturday 14 July 2012

HIMPUNAN OREN HANYA SATU PUBLISITI MURAHAN

Pada Perhimpunan BERSIH 3.0 yang lepas, pihak pembangkang hanya berjaya mendapatkan sekitar 25,000 peserta iaitu jauh tersasar dari jumlah sasaran seramai 500,000 orang. Mungkin kerana tidak puas hati, dan ingin 'test power' memandangkan Pilihanraya semakin hampir maka satu lagi percubaan untuk menggerakkan seramai mungkin penyokong mereka melalui demonstrasi, diadakan pada siang tadi. Kali ini, dengan memakai nama Himpunan Oren pula yang bertujuan kononnya untuk 'menyelamatkan Felda'.

Menurut mereka, para peserta adalah terdiri dari anak-anak Felda tetapi kita mendapat tahu bahawa ada pekeliling yang dikeluarkan oleh PAS untuk mengerahkan ahli-ahli mereka turun beramai-ramai menyertainya. Perlu diingatkan bahawa tiada pula pekeliling yang sama dikeluarkan oleh DAP, bukan hanya kerana DAP tidak cukup bodoh untuk menyertai balaci mereka di dalam PAS untuk berbuat sesuatu yang sia-sia, tetapi juga kerana DAP tidak berminat dengan isu ini memandangkan Felda adalah isu orang Melayu.

Dari laporan laman-laman web pro-pembangkang, Himpunan Oren dikatakan mencapai sasaran iaitu disertai oleh 20,000 orang. Namun, mengikut laporan rasmi akhbar-akhbar utama, ianya hanya berjaya mengumpul sekitar 2,000 – 3,000 orang.

Jika dilihat dari gambar-gambar yang dipaparkan oleh kedua-dua belah pihak dan dibandingkan dengan gambar-gambar dari BERSIH 3.0 yang disertai oleh 25,000 orang, nampaknya jumlah peserta Himpunan Oren adalah tidak sampai separuh pun dari BERSIH 3.0.

Dan penulis percaya, majoriti peserta-peserta adalah orang-orang yang sama yang menyertai demonstrasi BERSIH sebelum ini, dan juga demonstrasi Hijau, demonstrasi PTPTN dan entah apa-apa demonstrasi lagi yang didalangi pembangkang.

Pendek kata, apapun demonstrasi yang diadakan oleh pembangkang, jumlah maksima peserta yang mampu dicapai ialah sekitar 20,000 sahaja. Dan selalunya jauh tersasar. Jika pembangkang boleh berbangga dengan angka ini, jelaslah mereka benar-benar berada dalam keadaan yang amat kronik.

Apapun, sekali lagi kita mengucapkan tahniah kepada pembangkang kerana berjaya melakukan satu lagi kerja sia-sia dan kerana berjaya memperbodohkan orang-orang Melayu.

Hakikatnya, FGV telah disenaraikan dengan jayanya pada 28 Jun lalu. Ia mendapat perhatian meluas dari pelabur di seluruh dunia sekali gus menunjukkan keyakinan mereka. Kita pasti, suatu hari nanti Felda akan berjaya menjadi sebuah konglomerat global.

Semua ini mampu dicapai tanpa se-inci pun tanah peneroka tergadai.

Malah, peneroka telah pun mendapat manfaat darinya dalam bentuk 'durian runtuh RM15,000' dan bakal mendapat lebih banyak lagi dari segi dividen, bonus dan berbagai-bagai lagi, terutamanya dalam jangka masa panjang dan tidak semestinya dalam bentuk wang tunai.

Justeru, sikap pembangkang yang memperdaya segelintir anak-anak Felda untuk membantah sesuatu yang baik untuk mereka amatlah tidak bertanggungjawab.

Sedangkan, pembangkang cukup maklum bahawa kerja mereka hari ini adalah sia-sia kerana penyenaraian telah pun dilakukan dan majoriti peneroka tidak ada masalah dengannya. Memorandum yang mereka serah tidak ada nilai sama sekali. Lebih dari itu, analisis yang dilakukan oleh pemerhati politik menunjukkan bahawa sokongan terhadap BN semakin meningkat di kalangan warga Felda.

Kita tahu bahawa apa yang pembangkang ingin capai hari ini bukanlah untuk membatalkan penyenaraian atau apa-apa yang berkaitan dengannya kerana mereka tahu itu adalah mustahil.

Tujuan pembangkang hanyalah untuk meraih publisiti, selain beberapa orang kroni mereka ingin membuat sedikit wang dengan membuka gerai menjual T.Shirt, air mineral dan beberapa barangan lain.

Jelas sekali yang pembangkang sudah ketandusan isu dalam menuju pilihanraya. Maka, kerana ketiadaan isu, mereka akan melakukan apa saja semata-mata untuk memastikan rakyat tidak lupakan mereka




Sent from Samsung tablet

Friday 13 July 2012

CHE HASNAH SHOULD BE GRATEFUL ON HER POLITICAL DIVORCE ISSUE

Even though many feel sorry on the matter that Che Hasnah Che Ahmad and her husband had a divorce on the excuse of different political opinion, but writer feels that she should be congratulated. I believe that what happened to her is actually for the best because a person Yahaya Ibrahim do not deserve to be a husband. Actually, husbands such as Yahaya Ibrahim are actually all around Malaysia, especially in PAS. 

Their attitudes are typical where their ego is big especially around their wives and they would always look down upon women. They are usually uneducated and even if they do, they might only have degrees on religious courses where their job opportunity would not be as vast as others. Some would become ustaz at schools, some would work in pasar malam etc. But, the breadwinner of the family would often be the wife. Even if husbands run businesses, their wives would be the ones who would work harder to keep business running. Those who are 'smarter' would take women who have stable jobs so that husbands could just 'be on holidays' anytime they want, either for fun or to join PAS's political activities. Despite that, these husbands still refuse to respect their wives even though they are just burden in forms of finance, physical, emotional and mental to the wife. In short, they do not even bring any benefit to the family. Things get worse when the husband's attitudes are followed by the children, so the chain of trash generation continues. 

In most cases like this, I found that after divorce, the life of the family gets a lot better especially for wife and children. That is why I think that Che Hasnah should be congratulated. It is true that Islam asks for women to respect husbands. But Allah created women with different emotions and different way of thinking to complete the way how men think, just one way. According to Emeritus Professor of Psychiatry at Washington University School of Medicine in St. Louis, George E. Murphy, M.D., men only think of logic but women thinks in an overall manner, considering the surroundings, other people etc before coming to any decision. That is why men often come to a dead end whenever they miss a step in making decision. And women would always be careful before coming to any decision. That is why men and women complete one another. Real men would understand this concept and they would never disrespect women. This is what our society need to understand that real man do not just come with epic body tone, but it depends on the way he thinks. Real men would not feel threatened just for respecting women because they should know that as man and wife, they complete one another. 

That is why Che Hasnah should not weep over the divorce. Yahaya's excuse on having the divorce only because Che Hasnah did not care for him when she wore the red attire is enough to show what kind of man he is. Especially when he said that Che Hasnah is lost, only because he is too much into PAS that he thinks PAS is religion. It is clear that Yahaya is confused because he cannot think that far. The proof, he could not answer question on what did his wife do until he says that she is lost and at the same time failing to justify the fact that the reason of the divorce is because of politics.




Sent from Samsung tablet

Tuesday 10 July 2012

BUKAN SETAKAT ANWAR JER!!! BUBARKAN SEKALI PAS & PKR

Belum lagi pilihan raya umum, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, sudah mengangkat bendera putih.

Katanya mahu bersara daripada dunia politik sekiranya Pakatan Rakyat tewas menawan Putrajaya pada PRU-13 kelak.

Ada dua kemungkinan dalam senario ini - Anwar menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat akan kalah dan kenyataannya itu berupa satu amaran agar Pakatan Rakyat bekerja lebih keras atau ia satu lagi taktik Anwar untuk menarik simpati rakyat.

Apapun, anak beliau, Nurul Izzah, seperti yang dijangka mendesak agar ayahnya meneruskan perjuangan kerana PKR dan blok pembangkang masih memerlukan kepimpinannya.

Ini kerana tanpa Anwar, masa depan Nurul Izzah juga turut malap kerana kedudukannya sebagai Ahli Parlimen dan Naib Presiden PKR banyak bergantung kepada pengaruh ayah, bukan kebolehannya sebagai politikus.

Rakan kongsi PKR, PAS pula dilihat sebagai menangguk ikan di air keruh dengan membayangkan seolah-olah ia rela melepaskan Anwar daripada menerajui pakatan pembangkang dan menggantikan daripada kalangannya.

Bagi PAS (kecuali Nik Aziz), inilah peluang keemasan yang ditunggu bagi meletakkan parti itu sebagai penggerak utama Pakatan Rakyat setelah disisihkan oleh PKR dan DAP.

Parti rasis DAP pula tetap mahu Anwar mengepalai agenda 'Tawan Putrajaya' kerana mereka tahu beliau popular dengan pengundi Cina dan tanpanya parti itu akan kehilangan sokongan daripada kaum itu.

Jadi boleh disimpulkan, PAS dan DAP sebenarnya bukanlah rakan kongsi yang ikhlas menyokong Anwar kerana masing-masing mempunyai kepentingan dan agenda tersembunyi.

Sebenarnya, PAS dan DAP melihat sebagai tokoh yang tidak lagi relevan dalam arus politik negara yang semakin berubah.

Mereka hanya akan menyokong Anwar selagi beliau boleh menyumbang kepada sokongan tambahan serta meningkatkan populariti parti masing-masing.

Jika Anwar dianggap memperkudakan PAS dan DAP, tetapi sebaliknya kedua-dua parti itulah yang mempergunakan ia selama ini.

Mungkin juga kenyataan persaraan Anwar adalah satu lagi pembohongan besarnya kepada rakyat sebagaimana ia telah lakukan dalam isu 16 September 2008.

Anwar menyebabkan rakyat berasa gusar dan bimbang, malah pelabur juga merasa ragu-ragu disebabkan khabar angin bahawa akan berlaku peralihan kerajaan.

Akhirnya tembelang Anwar pecah dan episod yang memalukan itu telah menghakis kepercayaan dan keyakinan rakat terhadap pembangkang.

Pembangkang kini dianggap sebagai 'Pakatan Penipu' yang pandai memainkan emosi rakyat, mrnabur janji palsu serta memutar belitkan fakta.

Jika diikutkan, bukan sahaja Anwar yang patut bersara, malah isterinya Wan Azizah, termasuk juga Azmin Ali, Nik Aziz, Abdul Hadi wajib bersara daripada pentas politik.

Ini kerana kehadiran mereka dalam arena siasah tidak langsung menyumbang kepada pembangunan negara terutamanay perpaduan bangsa Melayu dan umat Islam.

Bangsa Melayu kini berpecah tiga angkara PAS dan PKR, dan apabila ini berlaku, kekuatan Melayu akan bertambah luntur dan pihak yang menggaut keuntungan ialah DAP.

Cukuplah 14 tahun Anwar menghuru harakan politik negara dan menggugat agenda 'Ketuanan Melayu'.

Apakah rakyat telah lupa, Anwar telah mengarahkan Wan Azizah sebagai Presiden PKR untuk menghapuskan Ketuanan Melayu dalam ucapannya pada konvensyen 2010 parti itu?

Inilah rancangan sebenar Anwar untuk menghapuskan kekuatan bangsa Melayu dengan melenyapkan institusi raja-raja serta kedudukan utama Islam dan membuka ruang seluas-luasnya kepada DAP untuk melaksanakan program Malaysian Malaysia mengikut acuan Singapura.

Oleh sebab itu bubar sahaja PAS dan PKR, baru kekuatan Melayu akan pulih dan Umno akan benar-benar dapat menumpukan fokus membela nasib agama, bangsa dan negara.

ends




Sent from Samsung tablet

Thursday 5 July 2012

ISU KUIN BUKTI MENTADBIR PERLU KECEKAPAN PENGURUSAN BUKAN SEKADAR RETORIK AIR LIUR SAHAJA

Apa yang terjadi di KUIN sehingga kakitangannya terpaksa mengangkat sepanduk berdemonstrasi di hadapan pejabat Rektor di Alor Setar semalam membuktikan bahawa Universiti itu sememangnya menghadapi masalah besar.

Sebelum ini, kepimpinan PAS Kedah cuba menutup atau meremehkan masalah yang sedang melanda KUIN tetapi ternyata bangkai gajah tidak boleh ditutup selama-lamanya.

Ia mungkin remeh bagi kepimpinan negeri tetapi soal gaji tidak dibayar adalah soal besar bagi rakyat marhaen kerana ia adalah soal kehidupan seharian. Begitu juga jika gaji Menteri Besar tidak dibayar, Menteri Besar juga pasti tidur dengan mata terbuka.

Masalah kakitangan KUIN ialah bukan sahaja gaji tidak dibayar tetapi bayaran terus melalui potongan gaji juga tertunggak sehingga berbulan-bulan walaupun potongan dibuat di dalam slip gaji. Ini pastinya akan dikenakan faedah dan silap haribulan ada yang muflis. Soalnya, jika ia tetap dipotong, ke manakah wang mereka pergi?

Mengikut kronologi, kakitangan KUIN telah pun berjumpa, berunding, menulis surat, menghantar memorandum kepada pihak pengurusan, pihak Lembaga Pengarah, Ahli Majlis Tertinggi KUIN serta Exco dan Menteri Besar Kedah melalui beberapa siri sejak awal Mei lalu.

Namun, segala usaha mereka telah dipersetankan. Malah, wakil kakitangan, iaitu Mohamad Azki Hafizi Ibrahim yang mengadakan pertemuan dengan Rektor KUIN, Prof. Datuk Dr. Jamil Osman telah ditukarkan terus ke Kuala Ketil, mungkin sebagai 'hukuman' kerana mengkritik Rektor.

Bukankah ini kezaliman yang nyata?

Kerana tidak tahan dengan kezaliman yang berlaku, maka demonstrasi yang diadakan oleh kakitangan KUIN semalam adalah bertujuan utama untuk mendesak Rektor, iaitu Datuk Dr. Jamil meletak jawatan atau dipecat. Selain itu, kakitangan juga memohon agar hutang mereka dilangsaikan.

Persoalan besar di sini ialah kenapakah sejak Mei sehingga sekarang, setelah EXCO dan Menteri Besar sendiri maklum mengenai masalah ini, masih tiada penyelesaian?

Jika EXCO dan MB juga tidak mahu ambil tahu, ke manakah lagi yang perlu para kakitangan ini mengadu? Kepada DYMM Sultan atau YDP Agong? Atau Perdana Menteri dan Presiden UMNO?

Apakah lagi yang perlu mereka lakukan untuk memastikan nasib mereka dibela oleh pengurusan KUIN dan kerajaan Negeri yang bertanggungjawab terhadap Universiti ini? Merusuh seperti peserta BERSIH?

Kita tidak faham apakah yang ditunggu oleh Menteri Besar sebelum mengambil tindakan? Untuk menyatakan yang beliau tidak tahu apa-apa tidak mungkin sama sekali, kerana wakil beliau telah pun bertemu dengan kakitangan KUIN dan beliau sendiri telah menerima memorandum dari kakitangan KUIN sejak awal krisis ini. Nampaknya, bukannya beliau tidak tahu apa-apa tetapi beliau sekadar tidak tahu nak buat apa.

Inilah masalahnya apabila meletakkan seseorang bukan di tempat yang hak. Menurut Islam, jika seseorang itu diletakkan di tempat yang bukan haknya iaitu yang tidak layak baginya, maka ia adalah satu ketidakadilan. Dan ketidakadilan pasti membawa kepada kehancuran.

Sudah jelas kini bahawa Rektor KUIN itu adalah tidak berhak berada di tempatnya, beliau tidak mampu mengurus KUIN dan telah bertindak zalim sehingga kakitangan tidak sanggup lagi berada di bawahnya.

Lebih dari itu, Exco dan Menteri Besar Kedah juga adalah tidak berhak berada di tempat mereka kerana mereka tidak mampu menjalankan tugas mereka dengan baik untuk membela rakyat dan menjana pendapatan negeri sehingga Universiti yang dibawah naungan negeri mengalami masalah kewangan sedemikian buruk sekali.

Mengaku atau tidak, masalah sebegini tidak mungkin dibiarkan berlarutan jika Kedah berada di bawah Barisan Nasional. Dan ini adalah hakikat, yang walaupun pahit untuk ditelan oleh para penyokong PAS tegar, tetapi ia adalah kebenaran. Manusia yang tidak sanggup menerima kebenaran adalah manusia yang sakit jiwanya




Sent from Samsung tablet