Friday 29 June 2012

KARUT : IKHWANUL MUSLIMIN SAMA MACAM PR, ANWAR SAMA MACAM MORSI?


Kemenangan Parti FJP yang meletakkan calon dari Ikhwan Muslimin, Dr. Mohamed Morsi dilihat oleh Pakatan Rakyat sebagai insipirasi. Menurut Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim, seperti yang dilaporkan oleh sisipan akhbar Harakah, iaitu Fikrah, kemenangan Dr. Morsi dan perubahan yang berlaku dalam negara Arab hari ini boleh merebak kepada Malaysia dengan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat hari ini.

Secara tidak langsung, Anwar juga membuktikan apa yang dituduh ke atasnya iaitu beliau sememangnya berniat untuk menggulingkan kerajaan dengan cara keganasan sepertimana yang dilakukan oleh rakyat Mesir.

Kerana terlalu ingin menjadi Perdana Menteri Anwar sering berangan-angan membayangkan dirinya seperti tokoh-tokoh pembebasan lain seperti Aung Suu Kyi, Ghandi dan sebagainya. Dan apabila Mesir mengalami pemberontakan serta Morsi diangkat menjadi Presiden, Anwar pantas menyamakan dirinya dengan Morsi, dan partinya, Pakatan Rakyat, umpama Ikhwan Muslimin pula.

Sedangkan Morsi dan Anwar adalah jauh panggang dari api. Dan Parti FJP dengan Pakatan Rakyat adalah bagai langit dengan bumi. Manakala PKR, malah PAS juga, iaitu parti yang kononnya 'paling Islamik' dalam PR, langsung tidak menyamai Ikhwan Muslimin.

Pertamanya, dalam era pemerintahan Mubarak, calon dari parti Ikhwan Muslimin hanya boleh bertanding atas tiket bebas kerana pertubuhan itu tidak diiktiraf. Sedangkan Anwar dan apa saja nama parti yang ditubuh atau digabungkannya tidak pernah dinafikan hak untuk bertanding atas tiket parti.

Walaupun Ikhwan Muslimin membawa imej Islam konservatif tetapi ia tidak pula menyamai PAS. Ikhwan Muslimin tidak menggadaikan prinsip perjuangan mereka hanya kerana ingin memenangi pilihanraya. Ia kekal meletakkan Islam sebagai platform tetapi dengan pendekatan lebih terbuka. Jika dulu parti ini membelakangkan terus peranan wanita, hari ini Ikhwan Muslimin hanya menghadkan kedudukan wanita dalam politik dan tidak membolehkan mereka menjadi calon tetapi mereka dibenarkan untuk menjadi anggota kabinet.

Justeru, menjadikan parti ini jauh lebih berbeza dengan PKR yang meletakkan Wan Azizah, isteri Anwar sendiri sebagai Presiden.

Oleh kerana platform Ikhwan Muslimin adalah Islam, maka parti tersebut tidak membawa aspirasi terbuka dan liberal sepertimana PKR yang mengambil sikap 'mesra' dengan golongan songsang dan mengiktiraf perjuangan golongan ini di bawah hak asasi manusia.

Morsi, Presiden baru Mesir adalah seorang pemimpin yang berkaliber dan mempunyai keperibadian baik, yang mana amat jauh berbeza dengan Anwar yang telah terbukti meliwat dan menyalahguna kuasa. Morsi juga tidak mempunyai skandal dengan pelacur seperti Anwar.

Oleh itu, bagi Anwar untuk meletakkan diri dan partinya menyamai Morsi dan Ikhwan Muslimin adalah satu penghinaan kepada Morsi dan Ikhwan Muslimin.

Rakyat Mesir memberontak akibat dari tekanan ekonomi. Itupun, keadaan hidup rakyat selepas pemberontakan adalah jauh lebih buruk dari sebelumnya. Pada awal tahun ini, rizab matawang asing negara tersebut hanya tinggal USD10 billion daripada USD36 billion sebelum pemberontakan. Pelaburan asing juga terhenti terus dan jumlah pelancong menurun secara drastik.

Akibatnya, subsidi terpaksa ditarik balik dan harga makanan dan kemudahan asas di Mesir menjulang tinggi sehingga dua kali ganda. Penarikan subsidi juga menjejaskan harga minyak sekali gus semua harga barangan lain. Kadar pengangguran pula berada di tahap 12 – 24 peratus berbanding 9 – 12 peratus sebelum pemberontakan.

Rakyat Malaysia tidak mengalami semua masalah ini. Malah kehidupan rakyat Malaysia adalah antara yang termewah di rantau ini. Justeru, untuk kita memberontak dan meletakkan diri kita dalam keadaan yang lebih buruk dari ini sepertimana yang dilakukan oleh rakyat Mesir, semata-mata untuk meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri adalah sesuatu yang amat bodoh sekali.

Pun begitu, belum ada kepastian bahawa Morsi mampu menerajui Mesir dengan lebih baik dari Mubarak. Jika dilihat dari 4 langkah pertama yang diumumkan akan dilakukannya sebagai Presiden, kita akan dapati bahawa beliau tidak mempunyai visi yang jauh.

4 langkah tersebut ialah:

1. Menyumbangkan wang gajinya untuk kebajikan rakyat

2. Melarang penggantungan gambarnya di bangunan kerajaan dan melarang menerbitkan apa-apa iklan ucapan tahniah di dalam akhbar.

3. Berjanji untuk menghukum mereka yang membunuh para peserta perhimpunan dengan mendakwa semula bekas Presiden dan Menteri Dalam Negeri.

4. Mengarahkan pihak keselamatan mengurangkan kenderaan pengiring Presiden agar tidak berlaku kesesakan lalulintas.

Ini adalah gambaran awal pemikiran Morsi dan jika gambaran ini boleh dijadikan ukuran gaya pemerintahannya maka nampaknya Mesir akan berada dalam keadaan yang statik untuk beberapa lama sebelum merosot perlahan-lahan dan tidak mustahil akan mencetuskan satu lagi pemberontakan.

Justeru, rakyat Malaysia wajar berfikir beratus kali sebelum memperjudikan nasib dan nyawa sendiri dengan menyahut seruan Anwar agar mengikut jejak langkah Mesir.



Sent from Samsung tablet

MANUSIA YANG RABUN



Sebahagian besar manusia, rabun jauh… hanya nampak kehidupan dunia. Akhirat seolah-olah tidak ada. Memburu kenikmatan dan kesenangan dunia tanpa memikirkan soal halal dan haram. Menipu, rasuah dan mengambil hak orang lain dengan penuh kelicikan dan tipu daya. Undang-undang dan peraturan dunia dimanupulasi dan dieksploitasi dengan bijaknya. Mengumpul harta sebanyak-banyaknya seolah-olah ingin hidup selama-lamanya di dunia.

Mereka lupa bahawa memburu dunia dengan melupakan akhirat hanya meninggikan tempat jatuh. Semakin banyak kuantiti harta yang mereka dapat, semakin banyak banyak kualiti jiwa yang mereka hilang. Ketamakan, kerakusan, kekejaman dan kepura-puraan akan melanda hidup mereka. Mereka akan ‘diburu’ oleh apa yang mereka buru. Harta adalah hamba yang paling baik tetapi tuan yang sangat kejam!

Ada pula golongan manusia yang punya hati rabun dekat. Mereka tidak mampu melihat dunia ini sebagai kebun akhirat. Dunia ini dirasakan bangkai yang busuk dan menjijikan. Lalu mereka menjauh dan membenci dunia. Kononnya hati mereka di akhirat tetapi terlupa bahawa kakinya masih menjejak dunia. Mereka ingin menyeberang tanpa jembatan, memburu matlamat tanpa alat… ingin memancing ikan tanpa umpan!

Mana mungkin kita memberi tanpa memiliki? Mana mungkin kita memiliki tanpa mencari? Mencari, memiliki dan memberi adalah tiga langkah yang perlu untuk memberi manfaat kepada orang lain. Orang beriman mesti mencari dunia… kemudian memilikinya dan akhirnya memberinya. Malangnya, golongan ‘rabun dekat’ ini menghindari dunia dan membencinya… lalu apakah yang hendak mereka berikan?

Jika tidak ada harta, mana mungkin ada pahala sedekah dan zakat? Jika tidak ada senjata, mana mungkin ada perjuangan dan jihad? Tanpa harta Sayidina Abu Bakar ra, Bilal akan terus menjadi hamba. Tanpa infak harta oleh Sayidina Utman ra, kaum Ansar dan Mujahirin tidak akan ada sumber air di Negara Islam Madinah. Justeru, jadilah tangan yang di atas… dengan mencari, memiliki dan memberi harta. Milikilah hati yang celik… dengan mencintai syurga tanpa meminggirkan dunia!

BOLEH ATAU TIDAK KAFIR MENGGUNAKAN AL QURAN DAN HADITH?



Apakah didalam Islam dibolehkan untuk orang kafir membaca Quran atau membaca hadis Nabi saw? Banyak ulamak-ulamak terdahulu termasuklah dikalangan ulamak Mahzab Syafie sendiri bersetuju bahawa orang kafir tidak ditegah untuk membaca Quran diatas alasan, mereka itu tak tahu akan kehormatan kitab Allah tersebut.

Seorang bekas Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar juga mengatakan bahawa , golongan bukan Islam tidak ditaklifkan dengan syariat dan hukum-hakam Islam kerana asal syariat itu tidak terdapat di sisinya. Maka mereka tiadalah halangan untuk membaca, membawa dan menyentuh al-Quran al-Karim walaupun tanpa wudhuk.

Manakala sebahagian ulama lagi berpendapat, Golongan bukan Islam turut ditaklifkan dengan hukum-hakam dan permasalahannya. Mereka juga akan dihisab oleh Allah Taala di atas pentaklifan syariat ini. Maka mereka tidak dibolehkan untuk membaca, menyentuh atau membawa al-Quran al-Karim jika tidak berada di dalam keadaan bersuci.
Tetapi jangan pula kita salah faham dan salah tafsir. Semua perbuatan yang dibenarkan oleh para cendikiawan Islam dan para ulamak terdahulu itu tadi hanyalah tertakluk kepada orang kafir yang berminat dengan agama Islam dan berniat untuk mempelajarinya dengan lebih mendalam lagi. Jika hanya mahu membaca sekadar untuk mencari modal politik atau mendapatkan kepentingan dari perbuatan tersebut, ianya tetap salah dan tak dibenarkan.
Ini bermakna, pemimpin-pemimpin politik kafir didalam negara ini tak seharusnya menggunakan ayat Quran ataupun hadis didalam hujah mereka kerana sudah jelas tujuan mereka hanya mahu mendapatkan kepentingan dari ayat serta hadis tersebut. Selain itu, mereka menghafal ayat kitab dan hadis bukanlah kerana mereka benar-benar mahu mendalami islam, tetapi mereka hanya mahu mempergunakan agama Islam sahaja.

Bukankah semua ini menunjukkan penghinaan mereka terhadap agama Islam? Apabila agama Islam secara terang dipergunakan oleh orang kafir didalam menjuarai hujah politik mereka, adakah kita boleh kategorikan itu sebagai satu kejayaan umat Islam berdakwah kepada orang bukan Islam? Sejak bila pula penghinaan terhadap agama ditafsirkan sebagai penghormatan bagi kerja-kerja dakwah? Ini adalah satu pengertian yang amat salah!

Kita harus menyedari bahawa prinsip Islam itu sangat jelas didalam menangani penghinaan terhadap agama. Sebenarnya, tiada tolak ansur langsung ke atas setiap usaha yang dilihat menjadi penghinaan kepada Quran dan Sunnah baginda Rasul. Umat Islam dituntut supaya mempertahankan kemuliaan agamanya daripada dirosakkan oleh para kafir laknatullah.

Umat Islam keseluruhannya diwajibkan untuk mempertahankan kesucian ayat kitab dan hadis daripada dihina. Tak kiralah penghinaan itu datangnya dari umat Islam sendiri apatah lagi dari pihak kafir. Jadi apakah kita semua sanggup bertoleransi apabila ada pihak yang mempunyai kepentingan didalam politik mempersendakan agama dan juga membenarkan kafir menghina Islam?

Umat Islam dipertanggung jawabkan untuk memperkenalkan Islam kepada orang kafir, bukannya membenarkan mereka menjadikan Islam itu sebagai modal politik mereka. Jika ada parti politik yang katanya mahu berdakwah kepada orang-orang kafir didalam satu parti lain, Al Quran dan Sunnah perlu diperjelaskan dan diterangkan sehabis baik. Bukannya sekadar membiarkan kafir-kafir itu menafsirkan agama Islam dengan pengetahuan mereka sendiri sahaja.

Inilah yang sebenarnya gagal di dilakukan oleh pihak-pihak yang kononnya mahu berdakwah didalam negara. Islam menjadi bahan mainan golongan kafir akibat dari kegagalan mereka yang berjubah dan berserban ini menunaikan tanggung jawab dakwah yang sebenar.

Tuesday 26 June 2012

REFORM FAILED TO CHANGE INDONESIA! WHY FOLLOW?

An official research made by Indo Barometer back in April 25 to May 4, 2011 had given answers which was too hard to swallow for Indonesian reformists who were involved during the street reform that was done in 1998. According to the study which was done in 33 districts which runs on the policy during President Suharto's era, showed that it was better than the aftermath of 1998 reform. As much as 28.2 percent respondents from 1,200 people stated that the aftermath of the reform had deteriorate their lifestyle. Meanwhile another 27.2 percent described that everything was as same and only 22.8 percent agreed that the aftermath of reform is better to be compared to the time of Suharto. 

The result of the research was actually gained a few years ago, back in May 20, 2008 where thousands of students and Indonesians made a protest on the aftermath of the reform which failed to change the life in Indonesia. If 10 years back, they assembled on streets, demanding Suharto to withdraw himself as President, in May 20, 2008, they seemed to have regretted their move. As for economic move, obviously there has been no changes at all even though the leadership of the country had been changed multiple times after the reform. Indonesia remain as the biggest contributor in housemaid sector to other countries. The only success they had from the reform was freedom, which obviously had brought even more trouble in terms of relationship between races and religions. It has been 14 years since the 1998 reform and within the period, many have died due to conflict between race and religion. 1998 reform had proven that it had failed to change the fate of people, and it is coming to the reality where the people seemed to have missed Suharto's strictness in leading their country. If that is the fact, then why would us Malaysians would want to follow the same method? 

Everyone realize that the history of Malaysian reform was mostly led by Anwar Ibrahim, which he fully copied everything from Indonesia. The moment when Indonesia began their reform in May 1998, Anwar followed the same method a month later on June 18, 1998 when he yelled out the reform theory with the hope that rakyat would support him to help him get to the top. After losing the Deputy Prime Minister post, by September 2, 1998, Anwar fully manipulated the Indonesian reform which shown Kuala Lumpur filled with street demonstrations. Shopping complexes and government offices had to be closed, riots and chaos triggered around Kuala Lumpur. At the time, a huge number of students who were influenced with the slogan of anti KKN (Corruption, Cronyism and Nepotism) was chanted by Anwar and those who were on the streets. Meanwhile, Malaysian Chinese had take the safe step, considering that the dark history of Indonesian reform had caused mass murder of Chinese at the country. 

However, seeing Kuala Lumpur being almost as same as what had happened in Indonesia, they then totally rejected such violence which was imported from the neighboring country. They realize that if such movement would lead to violence where innocent lives were killed, girls were raped and murdered, why would they want to take such path. Not just that, Indonesian reform also showed that it would disrupt the economy and lives of rakyat. Majority of Malaysians, Malay, Chinese, Indian and others then decided that such measure is not the answer. Especially when it is brought up a politician who is selfish and would sacrifice the nation for his own interest. Thus, it is clear that the political culture which is brought by Anwar is a failure and it is not suitable to be used in this country. There are no reason for us to follow any of it. Street demonstrations are not the way for us to develop our country. Only sensible transformation and competitive leadership would move our nation forward.




Sent from Samsung tablet

Monday 25 June 2012

PAS TINGGALKAN MELAYU DEMI CINTA KEPADA DAP

Sejak PAS dan DAP tidur sebantal dengan diwalikan oleh PKR, watak, sikap, prinsip dan dasar parti Islam itu semakin menyamai parti cauvinis Cina tersebut.

Sedang DAP bijak mengatur langkah dan strategi untuk menawan hati orang Melayu, PAS pula bertindak sebaliknya.

Umpamanya DAP menggula-gulakan orang Melayu kononnya parti itulah pejuang yang ikhlas terhadap agenda Melayu di Pulau Pinang.

DAP merasuah orang Melayu dengan memberi peruntukan lebih tinggi kepada majlis agama negeri dan projek-projek kecil sementara projek pembangunan yang besar dan bernilai tinggi pula isapu oleh pemimpin dan kroni DAP berbangsa Cina.

Melihat kepada betapa baiknya sikap DAP kepada orang Melayu di Pulau Pinang, PAS pun termakan dengan umpan tersebut dan terus memuji-muji dan menyanjung parti yang pernah dilabelnya sebagai kafir harbi dan pengkhianat Melayu.

Setelah menjadi tiga serangkai dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, semua yang pernah dilabelkan haram dan jijik oleh PAS kepada parti rasis Cina itu menjadi halal, bersih dan bebas dari dosa.

Malah PAS pula kini menjadi pembela terbesar DAP dan mempertahankan tindak tanduk serta dasar parti itu.

Tidak cukup dengan itu PAS sanggup menukar dasar dan perjuangannya menuntut sebuah negara Islam kepada yang satu konsep yang lebih lunak dan tidak merbahaya kepada DAP iaitu 'negara berkebajikan'.

Semua ini dilakukan untuk menjaga hati rakankongsi baru PAS dalam politik tetapi yang menyedihkan parti itu membelakangkan agenda Melayu yang kononnya selamanya ini dipertahankan.

Kenyataan biadap Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Nizar Jamaluddin berhubung isu pembelian plat WWW 1 oleh Sultan Johor menjadi bukti jelas.

Nizar dengan celupar mempertikaikan tindakan Tuanku dalam isu itu tanpa memperdulikan samada perbuatannya itu boleh mencemar dan memalukan institusi raja yang selama ini menjadi payung pelindung kepada bangsa Melayu sejak berzaman.

Apa yang disebut oleh Nizar dalam twitternya senada dengan sikap anti-Melayu dan raja yang ditunjukkan oleh DAP.

Lupakah orang Melayu Perak khususnya akan episod 'sembah derhaka' Nizar kepada Sultan Azlan Shah apabila enggan meletak jawatan apabila dititah berbuat demikian pada awal 2009?

Menurut sumber dalaman PAS Perak sendiri, keceluparan Nizar dan sikap anti-raja yang ditunjukkan beliau dalam isu kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan insiden terbaru membabitkan Sultan Johor adalah kerana beliau mempunyai pertalian darah dengan dua pemimpin DAP Perak iaitu Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.

Ngeh dan Nga adalah sepupu sementara Nizar pula menjadi sepupu kepada kedua-duanya dari sebelah ibunya yang berbangsa Cina.

Jadi bak kata pepatah Melayu, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi; sikap menentang institusi raja yang dizahirkan oleh Nizar telah sediada mengalir dalam tubuh badannya secara semulajadi.

Maka tidak hairanlah setiap kali Nizar mengadakan sidang akhbar semasa menjawat Menteri Besar Perak dahulu, beliau akan diapit oleh Ngeh dan Nga.

Setiap kalimat dari mulu Nizar akan dikawal ketat oleh kedua-dua pemimpin DAP itu dan tidak boleh dilafazkan tanpa persetujuan mereka.

Malah amat jelas pada mana-mana sidang media, Nizar akan menoleh kepada Ngeh dan Nga terlebih dahulu sebelum menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan terutamanya soalan yang berkaitan dengan dasar Melayu.

Pernah Nizar dilihat bertindak secara spontan seperti robot dengan menoleh kepada Ngeh dan Nga untuk mendapat ilham apakah jawapan paling selamat dan sesuai apabila ditanya mengenai isu pemberian tanah pajakan selama 999 tahun kepada penduduk Cina.

Ini hanyalah sekelumit daripada rentetan insiden yang membabitkan pemimpin PAS dengan institusi raja.

Sejak bersekongkol dengan DAP, PAS tidak lagi menghormati raja-raja Melayu bahkan selalu menimbulkan kontroversi yang mencemar kemuliaan institusi itu.

Bagi PAS, ia lebih rela menggorbankan agenda Islam dan membelakangkan bangsa Melayu sekiranya ini dapat membantu parti itu membolot kuasa politik, daripada berpisah dengan kekasihnya DAP yang tidak seagama dan tidak juga sebangsa.

ends




Sent from Samsung tablet

Sunday 24 June 2012

PR ANIAYA SEKOLAH AGAMA RAKYAT

Awang bersimpati dengan nasib para pelajar Sekolah Agama Rakyat (SAR) Ar-Rahmaniah Taman Desa, Ipoh. Ibu bapa dan para pelajar di situ sudah lama memerlukan bangunan baru kerana sekolah sedia ada tidak lagi dapat menampung jumlah pelajar.

Ketika harapan mula memutik ekoran persetujuan dan peruntukkan kerajaan negeri bagi projek bangunan baru, mereka tersentak apabila projek tersebut dibantah oleh Ahli Parlimen Gopeng (PKR) Dr. Lee Boon Chye dan kelompok tertentu. Lebih mengejutkan apabila gerakan bantahan itu kemudiannya dapat mempengaruhi Pas untuk menolak projek tersebut.

Bantahan dibuat atas alasan bangunan baru itu akan dibina di atas padang awam, yang kononnya akan menjejaskan kepentingan penduduk.

Bagaimanapun berdasarkan kenyataan pihak SAR Ar-Rahman, tapak bagi bangunan itu hanya melibatkan kawasan yang kecil iaitu 0.3 hektar daripada 1.6 hektar keseluruhan padang. ''Ia tidak akan mengganggu sebarang aktiviti padang berkenaan,'' kata Guru Besar SAR Ar-Rahmaniah Taman Desa, Jamaludin Peraid yang kecewa dengan bantahan tersebut.

Perkara itu itu turut ditegaskan oleh ibu bapa dan para penduduk setempat terutama orang Islam namun Pas dan Boon Chye tetap membantah.

Awang hairan, apa sudah jadi khususnya dengan Pas. Perkiraan politik lebih utama daripada kepentingan Islam dan pendidikan untuk para pelajar. Sehingga hari ini Pas pusat tutup mulut, yang dilihat sebagai restu kepada bantahan tersebut.

Ketika Pas mendiamkan sahaja projek ladang khinzir, aktiviti banyak pusat urut di negeri pemerintahan pakatan dan gerakan murtad, mengapa SAR pula yang menjadi sasaran. Sepatutnya Pas lebih komited membantu SAR dan bukan bertindak sebaliknya.

Pada Awang, ia hanya mencerminkan kebodohan politik orang Islam itu sendiri. Ketika parti lain berpolitik secara bijaksana dengan hari demi hari memperkukuhkan kepentingan agama dan pendidikan kaum masing-masing, Pas bertindak songsang. Malulah.

- AWANG SELAMAT (Mingguan Malaysia)


Ulasan :

Inilah bukti bahawa demokrasi, kebebasan dan hak asasi sudah meresap sebagai agama baru kepada sebilangan orang Melayu. Ramai orang Melayu sekarang sudah hilang sensitiviti terhadap agama Islam berbanding masyarakat Melayu dulu.

Ini berlaku ketika semakin banyak surau, masjid, institusi pendidikan Islam (tadika, sekolah, kolej dan universiti) dibangunkan. Malah di TV sekarang sudah ada beberapa saluran khas Islam. Kenapa boleh jadi begini? Anehnya yang ramai menyertai Bersih 3.0 ialah para penyokong dan ahli sebuah parti yang menggunakan nama Islam. Mereka jugalah yang enggan menyertai Perhimpunan Sejuta Umat dulu.

Kenapa boleh jadi begini? Jawapannya adalah kegilaan berpolitik sudah mengatasi kecintaan sebenar kepada agama Islam. Mereka bercakap kononnya kepentingan agama mengatasi kepentingan politik. Tetapi hakikatnya tindak-tanduk mereka membuktikan bahawa kepentingan politik melebihi kepentingan agama. Malah agama tidak lebih hanyalah kuda tunggangan joki-joki politik yang mahu menuju ke garisan penamat bernama Putrajaya.

Yang penting adalah memeluk trofi kemenangan di Putrajaya? Kenapa boleh jadi begini?

"Yang demikian itu, kerana sesungguhnya kamu menjadikan ayat-ayat Allah sebagai olok-olokan dan kamu telah ditipu oleh kehidupan dunia, maka pada hari ini (di akhirat) mereka tidak dikeluarkan dari neraka dan tidak pula mereka diberi kesempatan untuk bertaubat," - Al Jaatsiyah 45: 35.

Kehidupan di dunia pada hari ini yang diatur oleh 'agama baru' bernama demokrasi telah mendorong manusia berlumba-lumba untuk merebut kuasa. Kononnya dengan kuasa inilah mereka akan melakukan yang terbaik untuk umat manusia. Bagaimana mungkin dengan kuasa ini mereka akan melakukan yang terbaik sesama manusia sedangkan ketika berebut kuasa mereka sudah melakukan pelbagai kemunafikan dan kemungkaran?

Rasulullah SAW dalam perjuangan menegakkan iman dan Islam tidak pernah menjadikan kuasa sebagai matlamat atau alat. Baginda hanya berdakwah dan terus berdakwah supaya manusia beriman kepada Tuhan Yang Esa dan mentaati-Nya. Baginda dan umat Islam hanya berperang setelah Allah memerintahkan mereka mempertahankan diri dan agama setelah diancam dan dianiaya berterusan oleh kaum musyrikin.

Baginda pernah ditawarkan kuasa dan kekayaan oleh kaum Quraish supaya menghentikan dakwahnya, tetapi baginda menolak keras. Pada hari ini kita hanya berdakwah secara cebisan dan sambilan, tetapi menjadikan usaha merebut kuasa sebagai kerja sepenuh masa.

Wahai orang Melayu, sedarlah bahawa kekuatan Islam di Malaysia terletak di tangan kita semua. Malaysia dipandang tinggi oleh negara-negara Islam lain kerana ada sesuatu pada kita yang tiada pada orang lain. Jangan nampak kuman di seberang laut, tetapi buta kepada gajah di depan mata.



Sent from Samsung tablet

Saturday 23 June 2012

HAK PEMERINTAH UNTUK DITAATI

Ketika satu demi satu negara Islam di dunia semakin lemah atau hancur dek kerana rakyatnya telah tersilap pertimbangan akibat terlalu mengikut emosi sehingga termakan hasutan musuh, Malaysia masih berdiri teguh dan bertahan dari mengikut jejak langkah mereka.

Memetik kisah yang disampaikan oleh Y.Bhg. Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady, Felo Amat Utama, International Institute of Islamic Thought & Civilization (ISTAC), UIAM, pembentang kertaskerja ke 7; ketika beliau berbual dengan seorang Ulama dari Turki, Dr. Ramadhan, kalau tak silap penulis, telah berkata bahawa "Malaysia adalah negara yang dijadikan seperti neraka – iaitu dengan terlalu berbilang kaum dan agama seolah-olah ditakdirkan untuk sentiasa berada dalam kacau-bilau, tetapi pemimpin Malaysia berjaya menjadikannya sebuah syurga," - iaitu makmur dan aman.

Hakikat ini, telah terlebih dahulu ditegaskan oleh hampir semua pembentang kertaskerja sebelumnya yang mengiktiraf Malaysia sebagai Negara Islam yang dilimpahi nikmat Allah S.W.T. Malah pembentang ke 3, iaitu Dr. Hamed Mohamed Abdel Rahman, Mantan Dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Azhar Mesir juga menyatakan nama beberapa tokoh ilmuan Islam, antaranya, Dr. Hamza Hassan dan beberapa nama lagi yang penulis tidak sempat catitkan, yang semuanya mengangkat Malaysia sebagai negara yang mampu menjadi peneraju semua negara Islam di dunia.

Keamanan dan kemakmuran adalah nikmat nyata yang tidak harus dinafikan. Sikap umat yang kufur nikmat mampu mengundang bala kepada negara. Tidak ada sesiapa yang lebih layak menilai nikmat yang dikecapi oleh umat Islam di Malaysia melainkan para Ulama tersohor dari Negara-negara Arab yang telah menyaksikan kemusnahan di negara mereka.

Sesungguhnya, pekerjaan, makanan, kemudahan, keselesaan, keamanan, kesejahteraan, kegembiraan yang kita lalui dalam kehidupan adalah nikmat dan menafikan hakikat ini, adalah sifat orang-orang yang kufur.

Tidak mungkin rakyat akan mampu merasai segala nikmat ini sekiranya pemimpin kita bukan seorang yang layak iaitu adil, cekap, bijak dan prihatin. Yakinlah bahawa sekiranya pemimpin yang ada bukanlah seorang yang layak berada di tempatnya, maka negara ini sudah pasti hancur melihat dari keadaan lanskapnya yang begitu rapuh iaitu berbilang bangsa, agama dan budaya.

Jika kita meletakkan sesuatu di tempat yang tidak layak untuknya, maka tunggulah saat kehancurannya.

Berdasarkan fakta ini, semua Ulama yang membentangkan kertaskerja sepakat bahawa pemimpin yang sedemikian wajib ditaati.

Pembentang pertama, iaitu Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour, Mantan Timbalan Syeikhul Azhar, Mesir juga menyatakan bahawa bukan hanya rakyat yang mempunyai hak, tetapi pemimpin juga mempunyai haknya. Antara hak pemimpin ialah untuk ditaati dan dihormati. Jika tidak, negara mampu menjadi huru-hara dan tidak akan maju ke hadapan. Lalu, rakyat juga yang akan susah dan menderita.

Justeru, mentaati pemimpin adalah wajib menurut Islam. Selagi pemimpin tersebut menunaikan solat dan tidak menyuruh kepada kemungkaran.

"Barangsiapa melepaskan ketaatan dari pemimpin, dia akan berjumpa dengan Allah pada hari kiamat tanpa mempunyai hujjah (alasan)". (Hadis Riwayat Muslim. Kitabul Imarah, syarah Nawawi 12/240)

Syeikhul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah berkata:

"Taat kepada Allah dan Rasul-Nya wajib bagi setiap Muslim, taat kepada penguasa merupakan penguat ketaatan kepada Allah. Barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasulnya dengan menjalankan ketaatan kepada penguasanya, pahalanya dijamin oleh Allah. Tetapi kalau taat kepada penguasa dalam hal-hal yang menguntungkan sahaja, bila diberi hal yang memenuhi kepentingannya ia taat dan sebaliknnya jika tidak diberi dia tidak akan taat, orang yang seperti itu pada hari akhirat tidak punya bahagian (pahala)". (Majmu' al-Fatawa. 35/16-17. Ibnu Taimiyah)

Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam mengajar umatnya agar sentiasa memuliakan penguasa, pemerintah atau pemimpin. Baginda bersabda:

"Barangsiapa yang memuliakan penguasa (kerana) Allah (di atas bumi), maka Allah akan memuliakannya pada Hari Kiamat". (Hadis Riwayat Ibnu Abi Asim dalam as-Sunnah. Hlm. 275).

Umat yang tidak mentaati pemimpin pastinya akan berpecah belah. Umat yang berpecah belah pastinya lemah di mana musuh akan mudah menghancurkan mereka. Lebih buruk lagi, mereka juga akan menghancurkan sesama sendiri dengan kebencian yang meluap-luap, hasad dengki, iri hati dan dendam kesumat yang tidak berasas sama sekali. Untuk menghancurkan sesama sendiri pula mereka akan menyebarkan fitnah, mencaci dan menipu orang ramai bagi mencapai matlamat mereka.

Kehancuran sesebuah negara hampir semuanya berpunca dari tindakan sebahagian rakyat yang menentang pemimpin atau keluar dari jemaah.

Dalam bahasa mudahnya, apa yang boleh disimpulkan dari isu 'taat kepada pemimpin' yang dibentangkan oleh para Ulama di dalam program tersebut ialah: Pemimpin Malaysia hari ini adalah orang Islam, yang syahadahnya masih kukuh, solatnya juga terjaga. Beliau juga tidak pernah menyuruh sesiapa berbuat maksiat atau melakukan kemungkaran. Jika beliau punya kelemahan dan jika beliau ada melakukan dosa itu adalah soal dirinya dengan Allah S.W.T. Selagi beliau mampu mentadbir negara dengan baik sehingga penduduknya aman damai, makmur dan mampu menyediakan kemudahan asas terutamanya pendidikan, maka menentang beliau adalah satu tindakan yang bertentangan dengan tuntutan Islam.

Dengan berkat doa para Ulama tersohor dunia, harapan kita agar Umat Islam di Malaysia kembali bersatu dan menolak seruan golongan Ulama jahat akhir zaman yang ingin kita semua terus berpecah belah demi kepentingan diri dan politik kepartian.




Sent from Samsung tablet

Sepina : Bukti SUARAM Penipu No Wahid

Sepina: Suaram Penipu Nombor 1 Di Malaysia

SETELAH penipuan Penyelaras SUARAM (sebut PKR), Cynthia Gabriel pada 15 Jun 2012 berhubung pengeluaran satu sepina oleh Mahkamah Perancis berhubung dengan skandal pembelian kapal selam Scorpene terbongkar, Malaysiakini semalam memetik sumber dari sekratariat NGO tersebut yang terus mempertahankan kenyataan Cynthia dengan memberi alasan yang penulis petik, ""Penghantaran sepina sedang dibuat dan akan mengambil masa beberapa hari. Kami tiada maklumat lanjut bilakah tempoh waktu sebenar untuk proses ini"

Masuk akalkah, dari 15 Jun sehingga sekarang (22 Jun), sejak Cynthia membuat kenyataan tersebut, sepina itu masih tidak sampai kepada penerimanya di sini yang dikenali sebagai Jasbir Singh Chahl?

Kita tidak bercakap tentang zaman-zaman dahulu bila mana serba serbinya berbentuk manual. Zaman hari ini, semuanya semudah menekan butang di keyboard. Oleh itu, sangat-sangat mustahil sepina yang disebut Cynthia "dalam perjalanan" pada 15 Jun itu masih tidak tiba sehingga sekarang!!

Orang yang dinamakan dalam sepina tersebut pun sudah menafikan ada menerima sebarang sepina dari Perancis. Kalau itu tidak cukup, wakil Kedutaan Perancis di Malaysia, Laurent Lemarchand (Penolong Ketua Misi) sendiri telah menafikan bahawa Mahkamah di negaranya ada mengeluarkan sepina ke atas Jasbir seperti yang di dakwa Cynthia.

Bukan setakat Jasbir, malah tidak ada sepina dikeluarkan kepada mana-mana rakyat negara ini berhubung dengan kes tersebut.

Untuk pengetahuan semua, peranan kedutaan Perancis dalam hal ini sangat penting kerana prosedur kehakiman Perancis yang berbeza dengan Malaysia. Kalau benarlah seperti dakwaan Cynthia ada sepina yang dikeluarkan, kedutaan Perancis akan menjadi pihak yang pertama di negara ini tahu mengenainya, sebelum Kementerian Luar dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ini kerana mengikut prosedur perundangan di Perancis, mereka tidak memerlukan saksi tersebut hadir di Mahkamah dalam tempoh siasatan, sebaliknya hanya menjawab soalan-soalan yang telah disediakan.

Ya, siasatan, kerana seperti dimaklum SUARAM sendiri di Bangkok pada 30 Mei, siasatan kes ini oleh Mahkamah Perancis masih berjalan dan mungkin mengambil masa antara 2 hingga 3 tahun. Itu yang pelik bagaimana pada 30 Mei mereka sendiri menerangkan yang siasatan masih berjalan (di Bangkok), pada 15 Jun mereka memaklumkan sepina sedang dalam perjalanan.

Sepina apa kalau perbicaraan pun tidak ada?

Ini yang kita katakan SUARAM ini sebagai penipu nombor satu selain membayangkan kecelaruan ketara yang berlaku dalam Pakatan Rakyat. Dikalangan mereka sendiri pun sering bercakap perkara yang bercanggah antara satu sama lain. Tujuannya untuk membodoh-bodohkan rakyat selain mencipta sensasi untuk menjual meja (SUARAM mengadakan majlis makan malam mengutip derma pada 15 Jun) bagi mendapatkan dana, kononnya untuk membiayai Ops Scorpene 2.0.

Ini tidak jauh beza dengan Anwar mengumumkan kononnya ada beberapa ahli Parlimen dan bekas pemimpin UMNO Sabah yang akan melompat parti dalam kunjungannya ke negeri tersebut pada 10 Jun 2012. Sama seperti kes SUARAM ini juga, pada malam itu juga diadakan majlis sama untuk mengutip derma bagi tujuan persediaan pilihanraya PKR Sabah.

Ini bukan kali pertama berlaku, peristiwa 16 September 2008 dan beberapa kes-kes kecil selepas itu menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat adalah pertubuhan haram politik yang gemar mencipta sensasi untuk membodohkan rakyat. Kita semua tidak lupa bagaimana galaknya Anwar bercakap tentang penipuan dalam pilihanraya sehingga mencetus Bersih 1, 2 dan 3 tapi dalam masa yang sama dia menyatakan keyakinan yang pembangkang akan menang sekian-sekian kerusi dan memperolehi kemenangan selesa.

Disitu pun dah nampak tak betul, bagaimana kata UMNO/BN menipu dalam pilihanraya tapi kemudiannya mendakwa Pakatan boleh menang?

Semua ini sepatutnya memberi alasan kepada rakyat kenapa BN perlu dipertahankan. BN mungkin bukan kerajaan yang sempurna (siapa yang sempurna pun), tapi BN tidaklah bersandiwara sebegini hebat, dan dalam masa yang sama cuba membodoh-bodohkan rakyat




Sent from Samsung tablet

Sufi Di Dalam Diri

Setiap yang dilahirkan oleh manusia sama ada fikiran dan tindakannya adalah berpunca dari hati. Kalau baik hati, maka baiklah seluruh perbuatan dan pertuturan. Begitulah sebaliknya kalau hati jahat, maka jahatlah seluruh anggota badan.

Kedatangan Rasulullah SAW untuk memperbaiki akhlak manusia mendapat kejayaan kerana baginda berjaya mendidik hati manusia.

Sebab itu, kalau kita mahu berjaya dalam melahirkan peribadi yang baik sama ada pada diri atau dalam masyarakat kita, maka pendidikan hati hendaklah difikirkan dahulu.

 Tetapi bukan semua manusia faham dan nampak bagaimana dan apa kesan hati kepada perlakuan manusia. Sebab itu manusia masih gagal membina hidup aman damai kerana gagal memahami bagaimana untuk mendidik hati supaya menjadi baik. Manusia juga gagal untuk mengubat penyakit hati yang telah merosakkan seluruh perbuatan zahir seseorang.

 Oleh kerana itu manusia cukup sensitif dengan penyakit zahir tetapi tidak ambil pusing dengan penyakit batin. Penyakit bati yang dimaksudkan ini bukanlah penyakit jantung atau barah tetapi adalah penyakit mazmumah seperti riak, angkuh, dengki, ego, tamak, pemarah dan lain-lain lagi. Tidak ada alat x-ray yang dapat mengesan penyakit mazmumah kecuali ilmu tasawuf dan didikan dari seorang guru sufi.

 Sebab itu kepentingan ilmu tasawuf dan pendidikan sufi  amat penting sekali demi menjamin kebahagiaan hidup manusia. Jadi, orang yang bercita-cita dan berazam untuk membersihkan hatinya dengan mengikut panduan ilmu dan didikan guru tasawuf, sebenarnya sedang menempuh jalan tasawuf.

 Sekarang kita paparkan beberapa kisah ahli sufi yang jika kita ingin mengikut jejak ahli sufi maka ikutilah mereka. Kalau hendak menjadi seorang sufi jadilah seperti Nabi Musa yang memakai pakaian yang sederhana tetapi berani berhadapan dengan Firaun yang memakai pakaian maharaja. Atau jadilah seperti Nabi Sulaiman yang menjadi raja besar dengan segala kemewahan dan kekuasaan tetapi makanan hariannya cuma roti kering.

 Satu ketika Nabi Sulaiman sedang melayang di atas tikar terbang diiringi oleh pengawalnya dari kaum jin. Datang peringatan dalam hatinya.  Jika dalam hatinya ada sebutir debu dari rasa takbur nescaya dia akan dibenamkan ke dasar bumi sedalam tingginya dia terbang di udara. Malah pernah Nabi Sulaiman berkata: "Satu kalimah Subhanallah lebih berharga bagiku dari segala dunia dan isinya."

 Menjadi orang sufi ertinya sanggup memikul tugas besar seperti Nabi Yusuf yang telah menjadi menteri Perbendaharaan. Baginda menyimpan makanan yang cukup selama tujuh tahun untuk berdepan dengan musim kemarau. Bukanlah dipanggil orang sufi jika menjadi masalah kepada masyarakat dan hidup dengan meminta belas kasihan dari orang ramai.

 Seorang sufi bukanlah orang yang memutuskan nafsunya seperti seorang sami Buddha tetapi dia sanggup mengawalnya seperti Nabi Yusuf ketika berhadapan dengan godaan Zulaikha. Seorang sufi juga mesti sanggup menahan rasa sakit sepertimana Nabi Ayub, menahan penderitaan walaupun hanya tinggal hati dan lidahnya sahaja yang masih tidak dijangkit penyakit.

 Apabila ditanya orang mengapa baginda tidak berdoa meminta sihat sedangkan baginda seorang Nabi yang makbul doanya. Lantas baginda berkata: "Aku malu untuk berdoa  pada Allah kerana aku baru ditimpa sakit selama dua tahun sedangkan Allah memberi aku sihat selama enam puluh tahun."

 Seorang sufi bukanlah orang yang lari daripada kemungkaran masyarakatnya tetapi dia adalah orang yag berjuang menegakkan makruf di tengah banjir kemungkaran. Kalaupun mereka lari, adalah dengan niat untuk membina kekuatan sebagai persediaan untuk kembali ke tengah gelanggang perjuangan. Seorang sufi adalah orang yang sanggup menurut jejak Nabi Ibrahim.

 Baginda sanggup dibakar kerana meruntuhkan berhala pujaan Namrud dan rakyatnya. Jadilah pemimpin yang mempunyai jiwa sufi seperti Nabi Zulkifli yang tahan berhadapan dengan karenah pengikutnya. Atau milikilah kehebatan seperti Nabi Isa  A.S. yang sanggup berbantalkan lengan ketika tidur di malam hari.

 Itulah hidup sufi yang dituntut oleh Allah pada kita untuk dimiliki. Syukur berhadapan dengan nikmat, sabar berhadapan dengan ujian, berani berhadapan dengan kezaliman, tawadhuk bila berhadapan dengan kebenaran dan dalam apa juga keadaan sekalipun hati tetap sama dan tenang tanpa cacat atau berubah.

 Menjadi seorang sufi bukanlah mengalah pada semua  suasana dalam berhadapan dengan kekufuran, tetapi sufi sebenar sanggup berperang seperti peribadi Nabi Muhammad SAW yang ada kalanya berbicara dengan pedang apabila kata-kata gagal menahan serangan fizikal orang-orang Musyrikin.

 Seorang sufi juga bukan orang yang lari daripada harta ketika diperlukan untuk mengendalikannya tetapi menjadi seperti Abdul Rahman bin Auf yang bertindak sebagai "bank" kepada masyarakat Islam. Namun jangan sampai ditawan oleh dunia seperti Tsa'labah. Seorang sufi juga adalah orang yang licin mengintip musuh seperti Abu Huzaifah ataupun mempunyai kepakaran strategi peperangan seperi Salman Al Farisi yang menjadi "master-mind" dalam Peperangan Khandak.

 Nah, itulah peribadi contoh jika kita hendak mengikut jalan-jalan sufi. Bukan seperti sangkaan orang sekarang yang meletakkan hidup sufi sebagai hidup yang hina.  Pada sangkaan setengah orang, sufi menjadikan seseorang lepas bebas dari masyarakat sekelilingnya. Bila disebut sufi orang akan membayangkan seorang yang berjanggut dengan pakaian yang  buruk duduk tersepuk di mihrab-mihrab masjid menggetil tasbih.

 Makanannya disedekahkan orang, sementara dia duduk sendirian mencari Tuhannya dalam 'khalwat' dan zikirnya. Bukan itu cara hidup sufi, kerana bukan seperti itu hidup para Rasul, Nabi dan para sahabat zaman dahulu!

 Bukan itu yang dinamakan sufi. Kerana bukan itu cara hidup tokoh-tokoh sufi yang telah kita paparkan tadi. Walaupun tangan orang sufi selalu menggetil tasbih tetapi tangan itu juga sanggup memegang cangkul untuk bertani, tangan itu sanggup memegang pena untuk memerangi kebatilan dan ada masanya tangan itu juga sanggup memikul senjata memerangi kekufuran.

 Semudah memetik biji-biji tasbih di dalam zikirnya, maka semudah itu jugalah ia mentadbir dunia ayang diamanahkan padanya. Kerana apa? Kerana hati yang berpaut pada Allah boleh mengendalikan apa sahaja dengan mudah dan berjaya

 Rasulullah SAW sebelum berjaya menegakkan Islam telah melalui banyak ujian dan segala ujian itu sebenarnya menyuburkan jiwa sufi baginda. Rasulullah diuji menggembala kambing sebelum berjaya memimpin manusia. Rasulullah tetap sujud ketika dilonggokkan dengan perut unta yang busuk sebelum berjaya meruntuhkan berhala-berhala di sekeliling Kaabah.

 Bermula dari dua buah gua iaitu gua Hira' dan gua Thur maka bangkitlah satu kekuatan Islam yang menguasai dua pertiga dunia. Mana pejuang-pejuang sufi seperti peribadi mereka itu kini? Mana lambang pusat latihan kerohanian (gua-gua) yang tegak di zaman moden kini? Mana sekolah-sekolah latihan sufi yang sanggup mencabar sistem pendidikan sekular (penyambung lidah penjajah)? InsyaAllah, semuanya mula kelihatan mercup tumbuh sekarang.

 Sesungguhnya kita memerlukan jiwa sufi yang dapat menggunakan kemodenan zaman ini untuk Islam. Orang-orang sufi mesti bangun menggunakan jentera-jentera moden, komputer, alat-alat elektronik dan segala gajet teknologi yang "sophisticated" untuk memperjuangkan Islam.

 Pertahankanlah peribadi sufi yang kukuh pendirian, hidup berdisiplin dan boleh berada dalam kemewahan sedangkan hati sedikit pun tidak terpaut dengannya. Boleh menanggung derita tetapi jiwanya tidak keluh kesah. Maka jika kita mahu jadi orang sufi jadilah seperti mereka itu.





Sent from Samsung tablet

Thursday 21 June 2012

FIQH Mentaati Pemimpin : Bukti Islam Bukan Milik PAS

Program Fiqh Mentaati Pemimpin yang diadakan pada 16-17 Jun lalu amat bertepatan sekali di saat-saat umat Islam sering bertelagah sesama sendiri. Jika semua umat Islam menghayati apa yang diseru oleh para Ulama dalam program tersebut, pastinya kita akan kembali bersatu dan semakin kuat.

Kesimpulan yang paling penting yang didapati dari program ini ialah: masalah hudud dan masalah dosa pahala pemimpin tidak harus dijadikan penyebab untuk umat untuk berpecah dari kumpulan. Pemimpin wajib ditaat agar negara boleh menjadi kuat dan tidak memberi ruang kepada musuh untuk masuk dan menghancurkan segala nikmat.

Selain dari pengajaran dari kertas-kerja yang dibentang, satu pengajaran tidak langsung yang mungkin ramai peserta terlepas pandang ialah bagaimana kita menilai Ulama.

Ulama-ulama yang hadir di program tersebut adalah Ulama-ulama tersohor termasuk Syeikhul Universiti Al-Azhar sendiri. Penyampaian kertaskerja mereka adalah berdasarkan kajian mendalam selama berbelas atau berpuluh tahun. Mereka juga bercakap mengenai pengalaman sendiri dengan melihat perpecahan yang berlaku di negara-negara Asia Barat.

Namun, walaupun mereka semua terdiri dari pakar agama yang dihormati, mereka sentiasa berpesan di akhir pembentangan bahawa mereka mengalu-alukan perbezaan pendapat agar dapat diperbincangkan.

Selain itu, dari segi keperibadian juga, mereka semuanya bersikap merendah diri, sentiasa bercakap dalam tonasi lembut, mengajak kepada perpaduan, kebaikan dan keamanan. Pendek kata, para hadirin dapat merasa ketenangan yang dibawa oleh Islam di akhir setiap pembentangan.

Jika kita seorang yang gemar memerhati dan belajar dari persekitaran, kita akan mendapati bahawa semua ciri-ciri ini tiada dalam diri Ulama-ulama PAS yang sering mendabik dada sebagai 'pemilik mutlak' agama Islam.

Dengan itu, penulis meminta agar para penganut PAS bertanya kepada diri sendiri, apakah Nik Aziz layak untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Ulama-ulama tersebut? Apakah Hadi Awang layak berbincang bersama mereka?

Kita tahu, jauh di sudut hati para penganut PAS mereka terpaksa jua mengaku yang Tok Guru dan Tuan Guru mereka itu bagaikan langit dengan bumi kedudukannya dari segi ilmu dan akhlak berbanding Ulama-ulama tersohor tersebut.

Selama kita mendengar ceramah-ceramah Nik Aziz atau Hadi Awang atau mana-mana Ustaz PAS, tiada ilmu yang kita dapat melainkan mendengar bagaimana mereka memuji diri sendiri dan menghentam semua orang lain yang tidak bersetuju dengan mereka. Selain dari memetik hadith dan ayat-ayat Al-Quran yang menepati kepentingan mereka, tidak ada kajian mendalam mengenai ayat-ayat terbabit yang mampu dihuraikan mereka dengan sebaiknya tanpa berbunyi politik kepartian.

Mungkin dalam menjunjung semangat perpaduan dalam soal perbezaan pendapat, Nik Aziz telah menolak pendapat para Ulama di dalam program Fiqh tersebut yang sepakat bahawa politik tidak seharusnya mempengaruhi niat untuk mengerjakan ibadah haji. Tetapi, malangnya, Nik Aziz tidak mampu menghuraikan pendapatnya dengan menggunakan hujah-hujah ilmiah yang terperinci dengan rujukan-rujukan yang pasti. Sebaliknya pendapat Nik Aziz hanya berasaskan fikiran dan emosi sendiri.

Kita pasti, para penganut PAS yang membaca dan memerhati akan dapat mengenalpasti kesilapan ataupun lebih tepat, kesesatan yang dibawa oleh Nik Aziz. Cumanya, kita tidak tahu berapa ramai di antara yang sedar itu yang akan kembali ke pangkal jalan. Kita tidak tahu berapa ramai yang lebih rela berpegang kepada kebencian terhadap UMNO yang ditanam oleh Nik Aziz, berbanding berpegang kepada tuntutan Islam untuk bersatu padu dan mentaati pemerintah.

Kerana itu, di harap program seperti ini diadakan lagi untuk kebaikan umat Islam di Malaysia. Untuk itu, eloklah dijemput Nik Aziz, Hadi Awang, Hasan Ali malah, Pak Sheikh Anwar Ibrahim juga, untuk duduk bersama-sama berforum dengan Syeikh Uthman AlMuhammady serta para Syeikh dari Tanah Arab dari program Fiqh ini, demi mencari titik penyatuan. Dengan program seperti ini, kita akan dapat menilai sendiri, mana Ulama sebenar, mana Ulama jahat dan mana satu peliwat




Sent from Samsung tablet
Wacana Pemikiran & Peradaban Ummah Ke-4
Tema: "ANCAMAN PASCA MODERNISME dan KEKELIRUAN PERENIALISME"

Anjuran Bersama: Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) Jabatan Aqidah & Pemikiran Islam – Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Tarikh: 30 Jun 2012 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang.
Tempat: Balai Ilmu, Tingkatan 1 Blok A,
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya

Aturcara:
08:00 pagi Pendaftaran dan sarapan
09:00 pagi Bacaan Doa
09:10 pagi Ucapan Aluan Presiden MUAFAKAT (TG Haji Ismail Mina Ahmad)
09:30 pagi Pembentangan kertas-kerja:

1. "Ancaman Pasca Modernisme Terhadap Aqidah, Akhlak dan Kesejahteraan Negara" oleh Ustaz Muhd `Uthman El-Muhammady (ISTAC – UIA)

2. "Kekeliruan Perenialis Terhadap Konsep Nasakh" oleh Dr Wan Adli Wan Ramli (Jabatan Aqidah & Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam UM)

12:00 tgh Sesi soaljawab
01:00 ptg Makan tengahari, solat dan bersurai.




Sent from Samsung tablet

ALIM ULAMA' RABBANI.

Berikut adalah senarai 40 & 75 Alim Ulama' Rabbani yang telah diangkat dan diperakuikan dalam Majlis Rasulullah di Madrasah Ahbabul Mustapha, Tumpat, Kelantan pada 5hb Mei 2012....

ULAMA NUSANTARA
1. Syeikh Muhd Fuad Bin Kamaludin Al-Maliki
2. Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady
3. Prof. Datuk Dr. Syed Muhd Naquib Bin Ali Al-Attas
4. Prof. Dato' Dr. Muhammad Afifi Al-Akiti
5. Tuan Guru Salleh Bin Musa
6. Tuan Guru Hassan Bangkok
7. Tuan Guru Abdul Hamid Bin Salleh (Gunung)
8. Tuan Guru Abdullah Bin Sama’ah
9. Maulana Hussin Bin Abdul Qadir
10. Maulana Dato’ Abdullah Bin Bukhari
11. Maulana Wan Muhd Majduddin Bin Abdullah
12. Maulana Abdul Hamid Bin Chin
13. Dato’ Mohamad Fuad Bin Omar
14. Ustaz Ismail Mina Bin Ahmad
15. Tokku Ibrahim Bin Mohammad
16. Ustaz Abu Aswad Bin Yah Al-Kubra
17. Sheikh Mohd Faizal Bin Abdul Manaf
18. Sheikh Dato’ Mohd Murtadza Bin Ahmad
19. Tuan Abdul Hamid Bin Ismail (Bukit Tembaga)
20. Sheikh Ahmad Al-Hadi Al-Hassani
21. Sheikh Dr. Muhd Abdul Latif Al-Farfour Al-Hassani
22. Sheikh Dr. Yusuf Muhyiddin Riq El-Bakhur Al-Hassani
23. Sheikh Afeefuddin Al-Jailani Al-Hassani
24. Habib Umar Bin Muhammad Bin Hafidz
25. Habib Ali Zainal Abidin Bin Abdurrahman Al-Jufri
26. Prof. Dr. Habib Abdullah Bin Muhammad Baharun
27. Habib Zain Bin Ibrahim Bin Sumait
28. Baba Yusuf Paku Al-Fathani Al-Makki
29. Habib Hamid Bin Alwi Al-Kaaf Al-Banjari Al-Makki
30. Syeikh Hassan Bin Toyyib Al-Malazi Al-Makki
31. Baba Wan Abdul Aziz Bin Wan Shafie Al-Fathani Al-Makki
32. Habib Hasan Bin Muhammad Al-Attas
33. Baba Ismail (Pak Da Eil), Pondok Krasak
34. Baba Ismail Bin Omar (Baba Eil Sepanjang)
35. Kiai Syarif Hidayatullah Bin Nasir
36. Sheikh Dr. Ahmad Dabbagh
37. Sheikh Muhammad Bin Yahya Al-Ninowy
38. Syekh Abdul Qadir As-Sufi
39. Sheikh Imran Nazar Hosein
40. Sheikh Dr. Muhammad Tahir ul-Qadri

IMAM BA’ ALAWI
1. Syed Umar Bin Salim Al-Muhdor
2. Syed Mohd Mahayaddin Anuar Al-Haddad
3. Syed Hassan Bin Ahmad Al-Attas
4. Syed Abdul Rahman Bin Abdullah Al-Habsyi
5. Syed Ahmad Bin Abdullah Al-Idrus
6. Syed Ali Bin Ibrahim Al-Tahir
7. Syed Noor Muhammad Bin Jamal Benyahya
8. Syed Agil Bin Abdul Rahman Benyahya
9. Syed Suhaimi Bin Syed Hassan Al-Hadi
10. Syed Zainol Abidin Al-Idrus
11. Syed Muhammad Bin Alwi Al-Attas
12. Syed Abdul Kadir Bin Hussin Al-Joofre
13. Dato’ Syed Omar Bin Abdullah As-Syatirie

IKHWAN SUFIAH
14. Sheikh Mohd Sabri Bin Ghazali
15. Sheikh Fisol Bin Taib
16. Sheikh Ahmad Bin Ibrahim
17. Sheikh Hafiz Bin Selamat Asy-Syazili
18. Prof. Dr. Wan Suhaimi Bin Wan Abdullah Al-Ahmadi
19. Dr. Abdul Manam Bin Mohamad Qadiri Wa Naqsyabandi
20. Ustaz Abdul Raof Bin Nurin Al-Ahmadi An-Naqsyabani
21. Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Bin Raja Jamaludin As-Syazili
22. Ustaz Mohd Fadhil Bin Ariffin Ad-Dusuki Al-Muhammadiyah
23. Ustaz Muhd Rajab Akmal Bin Abdul Halim Al-Ahmadi

ULAMA PONDOK
25. Tuan Guru Abdul Hamid Bin Abdul Rahman Al-Jarumi
26. Tuan Guru Wan Ahmad Bin Wan Muhammad Nor
27. Tuan Guru Izzudin Bin Ibrahim
28. Tuan Guru Sobri bin Osman
29. Tuan Guru Ahmad Zahari Bin Yusuf
30. Tuan Guru Abdul Rahman Bin Siram
31. Tuan Guru Mat Lundang Paku
32. Tuan Guru Abdul Rahim Bin Omar
33. Tuan Guru Wan Muhammad Bin Wan Osman
34. Tuan Guru Abdul Qadir Jailani Bin Yusuf (Pak Su Musa)

PENDAKWAH BEBAS
35. Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
36. Ustaz Abdul Rauf Bin Ismail Al-Madani
37. Ustaz Mohd Kazim Bin Elias Al-Hafiz
38. Ustaz Zamihan Bin Mat Zain Al-Ghori
39. Ustaz Mahfuz Bin Muhammad @ Khalil
40. Ustaz Mohd Rasyiq Bin Mohd Alwi
41. Ustaz Abdullah Zaidi Bin Hassan
42. Ustaz Ahmad Shukri Bin Ghazali
43. Ustaz Mohd Zaidi Bin Abdullah

MAJMUK HAWARI
44. Dato’ Dr. Syed Mohamad Salleh Bin Yusof Al-Zawawi
45. Dato' Md Saleh Bin Md @ Hj Ahmad
46. Prof. Emiritus Datuk Osman Bin Bakar
47. Prof. Dr. Wan Mohd Nor Bin Wan Daud
48. Dr. Abdul Rahman Bin Mahmood
49. Dr. Ismail Bin Mahmud
50. Dr. Sulaiman Bin Ibrahim Al-Baruhi
51. Ustaz Mohd Fadhil Bin Musbah
52. Ustaz Mustapha Kamal Bin Hamzah
53. Ustaz Md Nasir Bin Othman
54. Ustaz Zamzuri Bin Harun

SIASAH SYARI’YYAH
55. YAB Dato’ Seri Azizan Bin Abdul Razak
56. YB Senator Dato’ Seri Jamil Khir Bin Baharom
57. YB Dato’ Taib Azamudden Bin Md Taib
58. YB Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad
59. YB Dato’ Hasan bin Mohamed Ali
60. YB Dato’ Zulkifli Bin Noordin
61. YB Nasaruddin Bin Mat Isa
62. Ustaz Mohamed Hafiz Bin Nordin
63. Ustaz Zulkifli Bin Ismail
64. Ustaz Shahul Hamid Bin Seeni Md
65. Ustaz Azhar Bin Idrus

PENDAKWAH LUAR
66. Prof. Dato' Dr. Sayyid Muhd Aqiel Bin Ali Al-Mahdaly
67. Habib Omar Bin Abdul Aziz As-Saqaf
68. Habib Hamid Bin Umar Al-Habsyi
69. Habib Ali Bin Muhamad Al-Jufri
70. Habib Ghazi Bin Ahmad BinSyahab
71. Tuan Guru Muhammad Nuruddin Bin Marbu Abdullah
72. Tuan Guru Ahmad Fahmi Bin Zam-zam An-Nadwi Al-Maliki
73. Syed Isa Bin Mohamed Bin Semait
74. Dr. Sayyed Abd Hamid Al-Mahdaly
75. Dr. Awang Abdul Aziz Bin Juned.

Singapore Is Rude

Singapore Is Getting Rude


If we are to see Singapore as a human, then it would be the worst human in the world. The history of the country began when they got out of Malaysia, showing that the country was formed on the base of treachery, arrogance, racist and selfish. Due to that, Singapore often gets paranoid when it comes to matters that has to do with Malaysia.

This paranoia is one of the reasons why they often trespass through Malaysian airspace. Not that we do not know that their agents are often around getting information and observing movements and activities about this country. Even though Malaysia often welcome them to work together and show tolerance in handling both of these nations' issues such as water supply, airspace or even the issue of crooked bridge, but Malaysia's good intention often ended up with Singapore kicking back at us.
Now, Singapore is getting even more rude when they began to show interest in the political issues in this country. This is done by sneaking into activities that are done by the opposition in hoping to bring down the government. Few of them include sending their representatives to Bersih 3.0, and Himpunan Hijau which objects Lynas. Their agents did not go to those places to watch, but they join the demonstrations to tarnish our image and to sabotage this nation's economy.

The worst pare is when few of the agents that were to sent to these demonstration were not regular people, they were diplomats of Singapore such as :
1. Regina LOW Kay Yin (regina_low@mfa.gov.sg), First Secretary (Political) who actually wore the Bersih 3.0 official t-shirt
2. Philomena AW Li Fen (philomena_aw@mfa.gov.sg), First Secretary (Political).
3. Ariel Eunice TAN Hwi Tiang (ariel_tan@mfa.gov.sg), Deputy High Commissioner and Counsellor.
For a country that describes itself as a developed nation, this uncivilized manner, not respecting their neighbor really showed how rude they are.
So, there is no surprise why Singapore is called as the Asian Jew because of their attitude. If we are to see why Jews were pushed out for more than 70 times around the globe, you would find out that generally, (although not all) are famous with the attitude of being rude, arrogant and selfish.

Lee Kwan Yew in his book "From Third World to First: The Singapore Story 1965-2000" mentioned that Singapore's military system was formed by Israeli troops. He wrote,"Israel's military mission that was led by Yaakov (Jack) Elazari, as the Colonel back then, then appointed as Brigadier General. After leaving the army, he became the Advisor for Singapore Army."

The close relationship between Singapore and Israel somewhat explained why Singapore is never pleased with Malaysia as an Islamic nation that is constantly moving forward, to be its neighbor.

Recently, it was leaked that Singapore wants to 'intervine' with the election process of this country. This is done by training a few of their representatives to join the election for the purpose of bringing the government down to be led by their trainees which is DAP, with the help from two of their mules, PAS and PKR.
As a nemesis, it is not impossible that Singapore has a much bigger plan for Malaysia. Joining demonstrations and elections would be their Plan A. Thus, let's not put aside the fact that they might have drawn their Plan B to keep on trying to rule Malaysia of Plan A fails.

Previously, Wikileaks revealed how Singapore's leader insulted and mocked almost all of world leaders via a private conversation which was recorded. Despite that, they were not even embarrassed, or even apologize.

What is certain, Lee Kwan Yew would be proud of seeing how his country is actually the rudest country in the world, even his diplomats.
We hope that the government would take the right initiative in facing threats from our neighbouring country. We hope that rakyat are able to open their eyes in choosing the right party.  Either choose the party that is assisted by Singapore, or choose the party that defends our religion, race and the country.