Wednesday 24 April 2013

SUARAM : SATU LAGI KONSPIRASI

Kes skandal rasuah berkenaan Scorpene yang sering dimainkan Pakatan Rakyat telah dibuktikan sebagai satu penipuan apabila Mahkamah Perancis mengesahkan bahawa aduan yang dibuat SUARAM telah ditolak kerana tidak berasas. SUARAM juga didapati menipu tentang nama-nama mereka yang menerima sepina, dokumen-dokumen serta penglibatan 'penterjemah' dalam beberapa rundingan pembelian kapal selam tersebut. Malah, polis Perancis juga mengesahkan bahawa tiada siapa yang bernama Altantuya Sharibuu pernah memasuki Perancis ketika tempoh rundingan tersebut sedang berjalan.
 Apabila penipuan mereka terbongkar, fakta dicampurkan di sana sini yang menjadikan 'cerita' mereka tidak konsisten, terbuktilah SUARAM membuat-buat cerita. Yang membawa kepada satu persoalan: Memandangkan kematian Altantuya adalah satu-satunya perkara yang terjadi dan selainnya hanyalah penipuan semata-mata, adakah SUARAM yang terlibat dalam kes bunuh tersebut? Persoalan tersebut masih lagi tidak terjawab...
 Namun, tiada persoalan lagi bahawa segala penipuan yang dibuat SUARAM telah terbongkar dan perkara ini memaksa NGO tersebut untuk 'bersembunyi' seketika. Walaupun bersembunyi, terbongkar lagi rahsia SUARAM dimana pertubuhan tersebut mempunyai hubungan dengan George Soros, melalui pertubuhan-pertubuhan yang terlibat dengan misi pertukaran rejim di seluruh dunia. SUARAM telah dibiayai sepenuhnya oleh  Soros melalui pertubuhan yang mempunyai hubungan dengan beliau.
 Baru-baru ini, satu lagi dokumen yang dikeluarkan oleh SUARAM kepada pemimpin tinggi PKR pada 22 Mei 2011 telah tersebar luas di internet. Dokumen tersebut mengandungi agenda yang membuktikan bahawa penipuan 'scorpene-Altantuya' adalah benar. dimana, untuk menunjukkan satu 'rompakan Malaysia terbesar', yang boleh membantu PR untuk menang pada PRU-13 dan untuk memaksa kerajaan supaya mendedahkan semua penjual dan pembekal bagi Kementerian Pertahanan.
 Tidak syak lagi bahawa SUARAM bukanlah sebuah pertubuhan bebas, SUARAM hanyalah senjata PR yang mempunyai hubungan dengan pihak luar. Walaupun rahsia mereka kini dibongkar, SUARAM masih tidak mahu mengaku kalah kerana misi mereka masih belum selesai.
 Dengan itu, SUARAM telah mengadakan sidang akhbar semalam, 23 April 2013, untuk menghidupkan semula kes scorpene dan Altantuya. Perkara ini tidak mengejutkan memandangkan pilihan raya akan dijalankan tidak lama lagi.
 Apa yang mungkin akan mengejutkan SUARAM adalah, tuan mereka di Barat bukanlah satu-satunya yang mampu 'mengorek' maklumat rahsia. Melalui emel SUARAM sendiri yang 'bocor', segala kesangsian terhadap hubungan SUARAM dengan Soros, serta Neo-Con Zionis kini telah disahkan. Dengan itu, sahlah bahawa PKR atau PR benar-benar mempunyai hubungan bersama Zionis-zionis tersebut. Emel yang 'bocor' tersebut pada mulanya didedahkan oleh Free Malaysia Today, menyatakan bahawa syarikat yang dikenali sebagai Orion Strategies didapati telah mengaturkan perjumpaan antara Kongres serta Senator Amerika bersama Pengarah SUARAM, Cynthia Gabriel. Syarikat tersebut dikatakan telah memberikan penerangan kepada ahli-ahli politik Amerika terhadap keadaan keganasan selepas pilihan raya serta masalah di Malaysia.
 Orion Strategies diketuai oleh bekas Penasihat Setiausaha Pertahanan AS, Randy Scheunemann, yang banyak mewakili ahli politik haluan kanan di AS serta antara pemimpin yang banyak membela kerajaan Israel. Kumpulan ini terkenal dengan sikap mereka yang gemar mengadakan kempen untuk memburuk-burukkan ahli politik AS dan mereka merupakan aset penting bagi Israel. Scheunemann 'diiktiraf' apabila beliau membantu untuk menubuhkan Jawatankuasa bagi Pembebasan Iraq (Committee for the Liberation of Iraq), yang membawa kepada perang media AS sebelum serangan dilakukan ke atas Iraq pada tahun 2003 - perang yang membawa kepada kematian 120,000 umat Islam yang tidak bersalah. Kemudian, Scheunemann membantu menubuhkan Jawatankuasa Kecemasan untuk Israel (Emergency Committee for Israel), sebuah organisasi yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel serta Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu.
 Naib Presiden Orion, Michael Goldfarb pula telah melancarkan kempen bagi memburuk-burukkan Presiden Barack Obama ketika pilihan raya AS yang lalu, dengan menuduh Presiden Obama bahawa beliau mempunyai hubungan dengan musuh Israel. Cynthia semestinya tidak menyangka bahawa beliau akan diserang dengan soalan terhadap aturan yang dibuat oleh Orion bagi perjumpaan beliau di Washington pada bulan Mac, jelas, bagi misi untuk melobi seperti yang dinyatakan dalam emel tersebut. Beliau dikatakan berjumpa dengan pihak AS bersama Ibrahim Suffian dari Merdeka Centre. Ini membuktikan bahawa Merdeka Centre juga merupakan senjata bagi puak pembangkang, seperti yang telah dijangka.
 'Lawatan' tersebut bagaimanapun, telah ditangguhkan. Cynthia mungkin panik dan tertanya-tanya bagaimana maklumat tersebut tersebar walaupun beliau telah memastikan bahawa blogger serta webmaster tidak mendedahkan perkara ini kepada wartawan yang menghadiri sidang akhbar tersebut. 
 Kita tidak perlu melihat jauh untuk mengagak apa yang akan dilakukan seterusnya oleh SUARAM ataupun pembangkang. 'Prospek keganasan selepas pilihan raya dan masalah' yang dinyatakan dalam emel SUARAM sudah cukup untuk menunjukkan bahawa BERSIH akan bertindak untuk memulakan 'keganasan dan kekacauan' jika PR kalah dalam PRU-13.
 Jadi, pesanan buat SUARAM, segalanya sudah tamat. SUARAM mungkin boleh menipu Soros kononnya misi ini masih lagi berjalan, namun SUARAM tidak boleh menipu rakyat. Mengaku kalah sahaja, tidak perlu lawan lagi.

Thursday 4 April 2013

CALON-CALON PAS SEDIA CERAI ISTERI

Gelanggang pertarungan PRU 13 secara umumnya telah bermula sebaik sahaja Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman pembubaran Dewan Rakyat setelah mendapat perkenan Yang Di Pertuan Agong.  Tika ini tumpuan umum beralih pula kepada SPR menantikan pengumuman bilakah pula jatuhnya tarikh penamaan calon dan hari pengundian, namun di sebalik semua itu ada pihak yang di ambang kecelaruan fikiran menantikan saat tersebut.  Pihak yang dimaksudkan itu bukannya bakal calon malah bukan juga pimpinan politik parti tetapi mereka adalah sekumpulan kaum hawa berstatus isteri dan ibu kepada anak-anaknya.  Mereka dilanda gelisah, debaran tak keruan dan kebimbangan kerana inilah saat paling sukar bila mana terpaksa menerima hakikat suami masing-masing yang mewakili PAS dalam PRU 13 kelak akan mengangkat sumpah baiah talak tiga.  Setiap calon PAS wajib mengikuti syarat ini demi mengikat kesetiaan mereka kepada parti sekaligus kelak di kemudian hari tiada seorang pun akan melompat keluar dari PAS.  Baiah talak tiga maksudnya jika sumpah dilanggar maka terputuslah hubungan suami isteri di dunia dan akhirat, si isteri akan menjanda dan anak-anak pula bakal kesedihan dilanda duka hilang sebuah keluarga bahagia.  Bertahun-tahun menjalin hubungan mesra suami isteri dikurniakan anak-anak yang lincah bergurau senda bagaikan sia-sia sebaik sahaja sumpah baiah talak tiga jaminan kesetiaan kepada PAS dilafazkan.  Ia satu bentuk paksaan dalam rela tapi itulah hakikat syaratnya jika mahu menjadi calon PAS dalam pilihan raya. Andai tidak sanggup menerima syarat bersedia menceraikan isteri dengan talak tiga, jangan sesekali berangan untuk menjadi calon PAS.  Demikian murahnya kesetiaan seorang isteri kepada suami pada nilaian PAS sehingga sanggup dijadikan pertaruhan demi keutamaan parti.   Baiah talak tiga ini bukannya lagi satu rahsia dalam PAS setelah ianya diakui sendiri oleh pemimpin PAS mengenai kewujudannya demi menjaga kepentingan politik kepartian PAS meskipun hubungan suami isteri dijadikan sandaran & gadaiannya.  Bagi PAS soal parti lebih utama, hukum hakam agama boleh sahaja mereka manipulasi untuk kepentingan parti, sama seperti mana para pimpinannya sering memanipulasi soal pahala dan dosa, syurga dan neraka untuk mengumpan sokongan keduniaan.  Sedangkan kesucian kalimah Allah S.W.T PAS sanggup biarkan tergadai demi memenuhi tuntutan DAP sebagaimana dipersetujui secara bersama oleh PR, apa sangatlah menggadaikan hubungan suami isteri para calonnya demi kepentingan PAS, bukan begitu?