Wednesday, 17 July 2013

UNDI BN TEMPAH TIKET KE NERAKA

Pasti ramai yang masih ingat mengenai fatwa terbaru penghibur agama yang di angkat sebagai penceramah tersohor Azhar Idrus yang mengatakan 'Siapa Yang Memberi Undi Menjatuhkan Kerajaan Islam Maka Di Menempah Tiket Ke Neraka' di dalam akhbar Sinar Harian tidak berapa lama dahulu.


Sebelum kita ulas secara panjang lebar ada baiknya kita melihat sudut pandang ulamna terdahulu mengenai takrifan negara Islam. Antaranya penegasan oleh Imam Abu Bakar al-Isma'ili rahimahullah (wafat: 371H).


"Dan mereka (Ahlus Sunnah wal-Jama'ah) mengimani (mengakui) bahawa sesebuah negara (daar) adalah negara Islam bukan negara kafir, apabila masih terdapat seruan (azan) untuk solat dan solat didirikan dengan zahir (terang-terangan) dan ahlinya (rakyatnya) pula sentiasa bebas mendirikannya dalam suasana aman." (Rujuk: Abu Bakr al-Isma'ili, I'tiqad A'immatul Hadis, ms. 31, Bab: Daar al-Islam - Maktabah Syamilah)


Bahkan majoriti ulama Ahli Sunnah wal Jamaah seperti Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah, Imam Nawawi, Syeikh Nashiruddin al-Albani dan beratus-ratus lagi ulama salafi dahulu dan kini memberi kesimpulan berkenaan ciri-ciri sesebuah negara Islam di dalam kitab-kitab mereka melalui hadis-hadis Nabi SAW berkenaan kepimpinan dan negara.


Mereka telah menggariskan kriteria dan ciri-ciri utama sesebuah negara Islam itu ialah pemimpin utamanya seorang muslim dan majoriti rakyatnya beragama Islam, dilaungkan azan, didirikan solat jemaah dua Hari Raya setiap tahun dan solat Jumaat setiap minggu. Sekiranya ciri-ciri ini sudah terpenuhi maka wilayah atau negara tersebut adalah negara Islam.


Seterusnya mari kita lihat ungkapan pemimpin dunia yang pernah mengeluarkan kenyataan memuji Malaysia sebagai salah sebuah negara Islam malah ada yang pernah mengatakan modul yang digunakan oleh kerajaan adalah yang terbaik.


Imam Masjid Nabawi, Madinah, Shaikh Solah Mohammed al-Budair ketika berada di negara ini tidak lama dahulu pernah memberikan pengiktirafan ke atas Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Menurut Shaikh Solah, kejayaan Malaysia sebagai negara Islam harus terus menjadi contoh dan teladan bagi umat Islam di negara-negara Islam yang lain.


Seterusnya Naib Mursyidul Am, Ikhwan Muslimin, Ir Khayrat Syater juga pernah mengatakan, modul negara Malaysia, adalah modul negara Islam pertama yang berjaya mencapai tahap negara maju.


Menteri Kesihatan Hamas Dr Mufid El Mukhalalati turut merasakan Malaysia patut dijadikan contoh oleh negara Islam di seluruh dunia sambil menyanjung tinggi kemurahan hati Malaysia dalam membantu rakyat Palestin sejak beberapa dekad lepas, Dr Mufid menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang perlu dicontohi dari segi kemajuan penyelidikan saintifik dan pembangunan.


Malaysia juga pernah mendapat pengiktirafan sebagai model negara Islam yang baik untuk dijadikan ikutan terutama oleh negara Islam lain, yang sebahagiannya kini sedang menghadapi bantahan rakyat. Ini adalah kesimpulan yang dibuat pada Persidangan Pergerakan Sedunia Untuk Keadilan, Keamanan dan Kemuliaan Insan tidak berapa lama dahulu.


Selain dari itu ramai dikalangan pelawat luar yang ditemui seperti dari Palestin, Somalia dan Afghanistan, turut mengakui dan mengagumi kepimpinan Islam di Malaysia di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang gigih membina transformasi.


Malah negara kita juga pernah diiktiraf oleh negara barat seperti Amerika Syarikat dan Eropah sebagai negara Islam contoh kerana berjaya mengurus tadbir semua bidang termasuk perpaduan dalam kalangan semua masyarakat. Mereka juga turut

kagum dengan kestabilan Malaysia di sebalik masyarakatnya yang berbilang kaum dan agama.


Presiden Guinea, Alpha Conde ketika seisi lawatan rasminya ke Malaysia juga pernah menyifatkan Malaysia sebagai contoh negara Islam yang berjaya dan patut diteladani. Selain dari itu, beliau turut berhasrat untuk mencari pengetahuan dan belajar daripada Malaysia serta mahu mengamalkan dan mengguna pakai pelajaran yang terdapat di negara ini.


Semua komen dan pandangan yang diberikan itu adalah merupakan salah satu dari manifestasi pengakuan pemimpin dan tokoh-tokoh Islam di negara lain tentang apa yang telah berjaya dilakukan oleh pemimpin negara ini.


Kesimpulannya, ahli dan penyokong Pas seharusnya akur dan tunduk dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Azhar Idrus yang terkenal dengan jolokan ustaz kemah-keming. Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara Islam yang telah diiktiraf maka, sebarang percubaan untuk menjatuhkan Kerajaan Islam ini, akan menyebabkan mereka menempah ke Neraka.


Kepada para pengundi di Kuala Besut, pastikan 24 Julai ini anda tetap dengan pendirian untuk memangkah calon dari Barisan Nasional

KENYATAAN AKHBAR SEKOLAH SATU ALIRAN


KENYATAAN AKHBAR
SEKOLAH SATU ALIRAN
09 Ramadhan 1434 bersamaan 18 Julai 2013

Akhir-akhir ini, terlalu banyak gejala negatif berlaku yang boleh merosakkan perpaduan dan keharmonian agama, bangsa dan budaya di negara kita. Salah satu dari faktor yang menyebabkan perkara tersebut berlaku ialah kerana sistem pendidikan kita yang pelbagai aliran, pelbagai bentuk dan pelbagai kurikulum. Sistem pendidikan yang pelbagai ini yang sedang berjalan di negara kita, adalah bercanggah serta tersasar jauh dari Dasar Pendidikan Negara seperti yang termaktub dalam Laporan Razak dan Rahman Talib bahkan ia tidak bersifat konstitusional. Akibat dari sistem yang pelbagai ini, maka ia tidak menjurus kepada perpaduan nasional bahkan semakin merosakkannya.

Ekoran dari gejala negatif yang semakin serius itu, telah banyak pemikir sosial, pemikir pendidikan, aktivis masyarakat, ahli politik serta orang ramai yang prihatin, telah memberi pandangan bahkan mengesyorkan supaya kerajaan Malaysia bertindak segera mengujudkan hanya satu sahaja aliran persekolahan di negara ini. Aliran ini akan menggunakan satu premis tempat belajar di mana semua pelajar dari pelbagai bangsa dan agama akan belajar bersama-sama dan dengan demikian mereka akan dapat berinteraksi dengan kerap dan akrab. Aliran ini ialah aliran kebangsaan yang menggunakan sepenuhnya Bahasa Melayu sebagai medium pembelajaran dan semua sekolah-sekolah ini wajib menggunakan kurikulum yang disedia oleh Kementerian Pendidikan. Pendidikan bukan sahaja bertujuan untuk mencapai matlamat ekonomi tetapi juga bertujuan untuk mencapai perpaduan dan keharmonian lebih-lebih lagi seperti negara Malaysia yang kosmopolitan sifatnya ini. Apa guna kemakmuran ekonomi jika negara dilanda persengketaan.

Dasar Pendidikan sesebuah negara tidak boleh dijadikan komoditi politik dengan tawar-menawar murahan sebagai harganya. Hasilnya nanti akan merugikan bahkan menghancurkan negara. Pendidikan adalah suatu mekanisme penting dan merupakan instrumen berkesan dalam membina tamadun negara berteraskan keharmonian. Sekolah satu aliran bukan perkara asing di dunia ini. Negara-negara Barat bahkan Indonesia, Thailand dan Singapura sejak lama dulu telah pun melaksanakan sekolah satu aliran sahaja.

Atas kesedaran untuk mencapai keharmonian dan perpaduan nasional di negara ini melalui sistem pendidikan satu aliran, maka Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia atau MUAFAKAT meminta kerajaan mengujudkan sistem pendidikan satu aliran sahaja di negara ini dengan secepat mungkin. Dan untuk tujuan tersebut MUAFAKAT telah menubuhkan satu panel peneliti untuk mengkaji dan membuat cadangan bagi dikemukakan kepada kerajaan dalam masa terdekat.

Ismail Mina Ahmad
Presiden
Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia
MUAFAKAT

Sent from Samsung Mobile

MACAM-MACAM HAL

55 pelajar Cina dgn CGPA 4 tak dapat masuk IPTA.....tempat terhad. Kan banyak pilihan...Newcastle , Monash, UCSI, Manipal , IMU, UTAR , Cyberjaya dan banyak lagi private medical schools. Lagi pun depa ada beratus Yayasan yg sedia membantu !

MCA GESA BAGI BIASISWA PELAJAR CINA YANG TIDAK DAPAT MASUK IPTA

Chua gesa kerajaan bagi biasiswa pada pelajar yg tak dapat masuk IPTA supaya masuk IPTS. Berpuluh IPTS dengan puluhan ribu pelajar mereka di taja oleh ratusan Yayasan Pendidikan - Lee Foundation, Kuok Foundation, Jeffrey Cheah Foundation, IOI Foundation, Public Bank Foundation, Kojadi, Community Chesat Foundation......biasiswa apa lagi yg depa mau. Dah lah tak sokong BN !

REVOLUSI JIWA


Profesor Dr. Hamka, "Nabi Muhammad berjaya melakukan satu revolusi jiwa yang hebat dalam sejarah manusia."

Rasulullah s.a.w. berjaya mengubah sikap manusia kerana Baginda berjaya melakukan revolusi hati. Walaupun umat Arab Jahiliah ketika itu sedang berdepan dengan kegawatan politik (mereka sentiasa berbalah sesama sendiri), kegawatan ekonomi (ekonomi mereka dimonopoli oleh orang Yahudi) dan kegawatan sosial (perzinaan, perogolan, minum arak dan membunuh anak perempuan menjadi tradisi), tetapi Rasulullah s.a.w. tidak mengubat "penyakit-penyakit" itu pada akibat-akibatnya tetapi terus kepada puncanya – yakni hati. Baginda yakin kegawatan-kegawatan yang bersifat lahiriah itu ialah hasil daripada "sakitnya" hati.

Sent from Samsung Mobile

Thursday, 9 May 2013

PERPADUAN SUPAYA GENERASI MASA DEPAN TIDAK PERLU MERAYU UNTUK DAPATKAN HAK MEREKA

Dengan 'Tsunami Cina' yang semakin besar, parti politik berteraskan Melayu-Islam perlu mempertimbangkan untuk bersatu supaya bangsa Melayu dan agama Islam masih menjadi teras utama di negara ini. PAS dan Umno seharusnya mempertimbangkan saranan banyak pihak supaya kedua-dua parti itu membentuk kerajaan perpaduan bagi membolehkan Melayu tidak terpinggir sekaligus menggemis di tanah air sendiri.  Hanya dengan penggabungan kedua-dua parti itu, Malaysia akan terselamat daripada anasir asing, serta pertempuran politik perkauman sempit yang menjurus kepada kehancuran pembinaan bangsa Malaysia yang sekian lama disemai di tanah air ini.  Penggabungan antara PAS dan Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP nyata tidak berjaya apabila Melayu, Islam dalam PAS bersedia untuk memilih wakil DAP sebagai pemimpin mereka, sedangkan kominiti Cina masih lagi tetap dengan "Cina untuk Cina" mereka.  Ia terbukti apabila Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Mazlan Aliman tewas di kerusi DUN di Kulai, manakala Salahuddin Ayub tewas di kerusi DUN Nusajaya, yang mana kedua-dua kawasan itu, mempunyai wakil rakyat Parlimen DAP. Kawasan yang ditandingi mereka juga berada dalam kelompok majoriti Cina, yang secara lagiknya, tiada masalah untuk dimenangi mereka.  Namun amat menyedihkan apabila hanya calon Parlimen dan DUN berbangsa Cina menang di kerusi majoruti Cina, tetapi calon Melayu PAS tersungkur kerana pengundi Cina tidak mengundi mereka. Tanpa gandingan kukuh PAS dan Umno, Melayu akan terus terpecah sehingga mengakibatkan generasi akan datang terpaksa merayu untuk mendapatkan hak mereka.  Lebih malang lagi, pemimpin Melayu PKR sebaliknya tidak memperdulikan nasib bangsa sendiri apabila sanggup memperjudikan nasib keturunan sendiri semata-mata mengejar undi kaum lain. Kemerosotan PAS dalam Pilihan Raya Umum 13 seharusnya menjadi iktibar bahawasanya mereka tidak sesuai bekerjasama dengan parti yang melupakan asal keturunan dan ketuanan Melayu di negara ini.  Sebelum nasi menjadi bubur, dan Melayu terus terpinggir dek perpecahan dan perbezaan ideologi politik, sedangkan seharusnya politik itu menjadi asbab Melayu untuk bersatu. Menunding jari dan menyalahkan pihak ketiga bukanlah caranya mencari penyelesaian, sebaliknya perpaduan amat diperlukan hari ini demi mengekang Tsunami Cina ini daripada berleluasa ke sektor lain selepas ekonomi dan politik.  Bukti sudah jelas, PAS tidak serasi bersama PR, selain digunakan untuk menarik undi Melayu bagi menyokong Cina, sedangkan masyarakat Cina sendiri tidak bersedia menyokong PAS. Melalui kerajaan perpaduan PAS dan Umno, bukan sahaja Melayu Islam akan terselamat, bahkan juga keamanan, kestabilan, dan kedudukan institusi kerajaan yang dipimpin oleh sistem beraja dan perdana menteri Melayu juga tidak akan terhapus.