Friday 28 September 2012

HUDUD : DULU DAN KINI

Suatu ketika dulu, isu perlaksanaan hukum hudud pernah memberi manfaat besar kepada PAS terutama sekali dalam usahanya menyaingi kekuatan dan pengaruh UMNO dikalangan orang Melayu Islam.

Sepanjang dekad 90-an itu, PAS berjaya meraih laba politik dari isu tersebut di masa yang sama telah mendoktrinasikan pemikiran sesetengah orang Melayu Islam untuk percaya kononnya UMNO telah menolak hukum Allah s.w.t.

Hasil doktrinasi itu jugalah kesannya menyebabkan pemahaman ramai penyokong dan ahli PAS semakin kukuh dan berkeyakinan penuh dengan perjuangan politik bersama PAS ganjarannya adalah syurga, manakala menentang UMNO seumpama satu jihad fisabillilah.

Kefahaman sedemikian adalah lanjutan dari pelbagai isu terdahulu seperti isu mengkafirkan sesama Islam, fatwa haram bekerjasama dengan orang bukan Islam dan Amanat Hadi yang pernah PAS pelopori lama sebelum isu hudud menjadi agenda utama PAS.

Hari ini, dalam dekad millenium kini di mana PAS sudah semakin akrab dan berikrar sehidup semati bersama gabungan pembangkang Pakatan Rakyat (PR), isu perlaksanaan hudud sudah dilihat bagaikan senjata makan tuan dan boleh memudaratkan kedudukan PAS dalam gabungan tersebut.

Senario itu dapat dirasakan apabila Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat mula memperlahankan suaranya setelah digertak oleh pemimpin DAP gara-gara membuat kenyataan bahawa PAS tetap teguh mahu melaksanakan hukum hudud.

Malah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu juga pernah menafikan kenyataannya pada 27 Ogos 2012 yang disiarkan oleh akhbar Sin Chew Daily dalam edisi petang Isnin yang menyebut "PAS akan mencadangkan perlembagaan negera dipinda untuk memberi laluan kepada pelaksanaan hudud sekiranya PR memerintah negara selepas PRU 13".

Penafian Mat Sabu itu menjadi satu asas penting, bukti betapa agenda hudud bukanlah satu keperluan dalam dasar PR sekaligus menunjukkan wujudnya penolakan gabungan tersebut terhadap hukum hudud sebagai perundangan negara.

Dari satu sudut, tindakan Mat Sabu dan PAS itu kena pada masanya.

Berdasarkan kajian oleh UMCEDEL beberapa hari lalu, sebahagian besar respondan agak yakin isu hudud adalah ancaman terbesar terhadap kesepakatan PR. 42% respondan keturunan Cina percaya isu itu akan memudaratkan PR manakala 52% lagi menolak perlaksanaannya dengan alasan kemajmukan masyarakat negara ini.

Tunggak utama kekuatan PR sekarang ialah sokongan sebahagian besar pengundi keturunan Cina, oleh itu tidak sukar untuk kita memahami kenapa PAS begitu bersungguh-sungguh mahu membuktikan kepada umum bahawa hukum hudud tidak akan dilaksanakan sama sekali walaupun jika PR dapat memerintah negara.

Dulu PAS pernah menuduh UMNO telah menolak hukum Allah, hari ini realiti semasa membuktikan PAS pula yang bersungguh-sungguh menolak perlaksanaan hukum itu demi semata-mata kepentingan politik PR.

Kini, Hudud sudah dipandang oleh PAS dan PR sebagai punca akan menyebabkan mereka berpecah belah, seolah-olah api dalam sekam yang membahayakan kesepakatan mereka dalam PR.




Sent from Samsung tablet

Thursday 27 September 2012

MAHASISWA PRO M BEBAS POLITIK???

Pilihanraya Kampus yang lalu telah memperlihatkan satu keputusan diluar jangka apabila Aspirasi Mahasiswa menguasai kerusi-kerusi yang dipertandingkan...dan seperti yang diduga keluar berbagai-bagai kenyataan kononnya ada konspirasi dari pihak pengurusan yang didalangi oleh UMNO dan sebagainya

Mereka cuba menggambarkan terdapat campur tangan politik dalam pilihanraya kamous dan telah membuat satu sidang media berkenaan isu ini....tapi sayang isu ini hanya untuk menutup kelemahan diri yang dilihat sudah tidak relevan dalam mewakili suara mahasiswa.

Mahasiswa sudah bosan dengan permainan mereka menggunakan mahasiswa untuk kegunaan dan obsesi 'pemimpin' mereka di luar sana yang berkehendakkan kuasa...mereka menjual ayat kita bukan gila kuasa tapi untuk nak berkuasa sebab nak selamatkan kuasa dari orang gila....hebatttttt....sebaik-baik perancangan manusia perancangan Allah lebih sempurna....:-)




Sent from Samsung tablet

Wednesday 26 September 2012

'PAK SYEIKH' A TRUE MUSLIM ICON

Anwar Ibrahim the chameleon lamented or rather commented: "Problem with the Muslim psyche...people are easily enraged and emotional." That was his comment in an interview with a newspaper the Scotsman on Sept 24. 

To the Mat Sallehs who have the chance to interview him, Anwar is portrait as the man who stands on his principle of secularism, a bit Islamic and of course liberal in all aspects of life, contradicting his own Islamic principles and the obvious is intelligent. And as far as he is concern, he does not care about feelings...feelings of love and loyalty to a person or religion or whatever. He cares only for himself, for his ambition and goal. 

The recent video that ran down Prophet Muhammad sparked anger in the hearts of most Muslims who love Islam and the Prophet but for Anwar, he cares for nothing. That was why in the interview he said the Muslims were emotional and easily angered, without even feeling slighted by the fun made in the video of the Prophet and of Islam. He has no feelings whatsoever on the sanctity of the religion which no one should make fun of unless the video depicted intellectual issues about Islam that can be debated on with intellectual and rational minds. 

Anwar is obviously playing to the gallery of Jews and Christians who are powerful international power brokers who could help him achieve his ambition – to be Prime Minister of Malaysia – an obsession that he has lived with the past two decades. He would do anything to be at Putrajaya and what his comments were carefully crafted so that he would not hurt the feelings of non-Muslims in Malaysia – the members and supporters of his allies in particular chauvinistic DAP and non-Muslims members and supporters of his party PKR. Anwar has no qualms about giving slanted comments, about giving out comments that can be read in many ways just to safe himself from being branded as fundamentalist because such brand would jeopardise his chance of getting international support and support from non-Muslims in the country. 

So he plays safe with his comments, without any feelings of guilt towards the Prophet and Islam, as he always is, no guilty feelings on anything...probably even to himself. He sounded intelligent to the west and even to non-Muslims here and he truly sounded exactly like Perak DAP chief Ngeh Koo Ham on the subject – obvious that birds of same feathers flock together.




Sent from Samsung tablet

Monday 24 September 2012

ANWAR PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT MARHAEN

Tidak cukup dengan bas mewah, Pakatan Rakyat kini mempamerkan jet mewah pula dalam usaha mereka 'mendekati' rakyat marhaen.

Jika dulu PR sering menuduh pemimpin BN suka bermewah dan membazir, dan sering menonjolkan imej pemimpin mereka sebagai zuhud, merendah diri dan berjimat cermat. Tetapi hari ini, itu semua hanya tinggal 'kenangan' kerana jelas pemimpin PR adalah jauh lebih mewah dari BN.

Pemimpin BN diperuntukkan segala kemudahan oleh kerajaan, dan bukannya dengan menggunakan wang persendirian. Begitupun, tiada pemimpin BN yang sebegitu mewah, termasuk Perdana Menteri sendiri.

Sebenarnya, kemewahan pemimpin PR, terutamanya Anwar Ibrahim bukanlah sesuatu yang rahsia. Melihat dari cara hidup dan jumlah kunjungan beliau ke luar negara dalam setahun atau sebulan, tidak salah untuk dikatakan bahawa kemewahannnya adalah setanding atau lebih hebat dari seorang Ketua Negara.

Mungkin Anwar yang dilaporkan hampir gila kerana tidak tertahan-tahan ingin menjadi Perdana Menteri sudah tidak sanggup lagi untuk berpura-pura. Beliau yang menjadi mewah secara mendadak, sejurus selepas menjawat jawatan di dalam kerajaan suatu ketika dahulu, tidak mampu lagi untuk menutup citarasanya ke arah kehidupan yang mewah secara melampau.

Justeru, beliau sudah berminat lagi untuk menonjolkan imej zuhud yang dipakainya sebelum ini, tetapi mula menunjukkan warna dirinya yang sebenar kepada rakyat iaitu seorang yang penuh gaya dan bercitarasa tinggi. Tentu sekali, sebagai sahabat kepada tokoh-tokoh Zionis yang menguasai dunia, Anwar perlu membawa imej yang sesuai dengan kedudukannya.

Khabarnya, jet tersebut disewa dari sebuah syarikat di Amerika Syarikat untuk digunakan khas bagi Anwar melawat Sabah, Sarawak dan Labuan. Turut bersama Anwar ialah Tian Chua dan beberapa pemimpin PR lain, termasuk Bendahari parti PAS.

Nampaknya, Anwar benar-benar ingin menjalani kehidupan sebagaimana dirasakan 'layak' buat dirinya iaitu sebagai seorang yang sepatutnya menjadi ketua negara. Pastinya, lawatan ke Sabah, Sarawak dan Labuan begitu penting bagi Anwar sehinggakan kos sewaan dan segala perbelanjaan sampingan yang pastinya mencapai ratusan ribu kalaupun tidak jutaan ringgit tidak menjadi soal baginya.

Atau mungkin juga, kos setakat itu hanyalah 'di celah gigi' saja baginya..

Dengan kemewahan Anwar dan PR yang melampau ini, dengan sendirinya segala fitnah mereka terhadap Datin Seri Rosmah yang kononnya suka bermewah dan membazir sudah tidak relevan lagi.

Kini, PR tidak punya kredibiliti lagi untuk mencipta isu harga beg tangan atau cincin isteri Perdana Menteri, atau mempersoalkan keluarga Perdana Menteri membeli belah atau kos satu-satu majlis peribadi.

Sedangkan di pihak PR sendiri, belum pun mendapat kuasa, jurang antara pemimpin PR dengan rakyat sudah begitu jauh sekali dan begitu ketara.

Tidak dapat membayangkan bagaimana keadaannya jika Anwar dan PR benar-benar berkuasa. Agaknya, apakah jenis istana yang bakal didirikan mereka, yang pastinya lengkap dengan sistem keselamatan tercanggih ala Israel. Majlis-majlis keluarga mereka juga tentunya setanding dengan Presiden Amerika Syarikat layaknya dan mungkin dihadiri oleh artis-artis Hollywood juga.

Tidak mampu rasanya walaupun hanya untuk membayangkan berapakah agaknya kos bagi merealisasikan 'kehidupan di atas kayangan ini?'

Cakap-cakap di laman sosial kini berbunyi, jika PR selama ini memburukkan kerajaan atas alasan 'membazir', maka apakah menyewa jet mewah tersebut tidak membazir? Apakah Anwar itu terlalu tinggi kedudukannya sehingga tidak layak untuk menaiki kapal terbang biasa? Kenapa perlukan sebuah jet? Apa sebenarnya yang Anwar ingin buktikan atau tunjukkan kepada rakyat atau musuhnya?

Rakyat wajar meneliti sifat suka bermewah dan membazir pemimpin PR dengan lebih serius.

Jika PR diberi mandat, negara ini tidak mungkin mampu membiayai cara hidup mereka yang setanding pemimpin kuasa besar dunia. Apatah lagi jika segala janji-janji Buku Jingga ditunaikan di mana tol dihapuskan, hutang PTPTN dihapuskan, royalti minyak dinaikkan bagi negeri pengeluar minyak dan lain-lain janji manis lagi, yang mana pasti menyebabkan pendapatan negara berkurangan secara mendadak, maka bagaimana agaknya pemimpin-pemimpin ini akan memastikan cara hidup mewah mereka kekal?

Tentulah dengan cara membalikkan semua kos tersebut kepada pengguna a.k.a rakyat melalui cukai perkhidmatan dan barangan. Akhirnya, yang untung ialah golongan peniaga dan kaya, serta pemimpin PR. Dan yang menanggung sengsara adalah rakyat marhaen sekalian.




Sent from Samsung tablet

Friday 21 September 2012

DAP : CHECKMATE...BYE BYE PAS

Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat beberapa hari lalu dalam satu kenyataan retoriknya menegaskan bahawa perlaksanaan hukum hudud di Malaysia tidak boleh dilengah-lengahkan lagi.

Nadanya tidak jauh berbeza dengan janji Presiden PAS, Hadi Awang di penghujung 1990-an yang mahu melaksanakan hukum hudud di Terengganu sebaik sahaja belum sempat ayam jantan habis berkokok.

Sejak itu hingga saat ini, sudah beratus ribu ekor ayam jantan telah serak anak tengkuknya berkokok saban pagi subuh namun hingga kini realiti perlaksanaan hukum hudud tidak pernah kelihatan.

Janji ditaburi dan kerap dimungkiri, itu perwatakan yang telah lama sebati dengan mana-mana sahaja pemimpin PAS.

Pun begitu, percayalah makin nak dekat musim pilihanraya, Nik Aziz dan pemimpin PAS yang lain tetap akan memainkan jua isu hudud sekurang-kurangnya untuk mengurangkan impak kejatuhan pengaruhnya dikalangan umat Islam.

Walau dikalangan sebahagian besar umat Islam amat faham kenyataan Nik Aziz itu hanyalah satu siaran ulangan yang berbentuk retorik dan propaganda kosong sahaja yang tarafnya sama seperti janji yang taburi oleh Hadi Awang, namun ia tetap mengundang 'serangan balas' dari sekutu kesayangan PAS iaitu DAP.

Dalam reaksi segeranya terhadap kenyataan Nik Aziz itu, Karpal Singh selaku Pengerusi DAP Pusat telah memberi amaran bahawa isu perlaksanaan hudud yang dicanang semula oleh PAS itu bakal menjahanamkan pakatan pembangkang yang dianggotai oleh DAP, PKR dan PAS.

Rentetan dari amaran tersebut, seperti biasa Nik Aziz berubah monyok bangang tak keruan, mulalah dia bersilat lidah memusing cerita dengan menyalahkan pula UMNO - satu tabiat biasa yang diamalkannya tiap kali tersepit dan terhimpit.

Melihat Nik Aziz merapu-rapu dan monyok macam tikus kesejukan ditimpa hujan, tidak semena-mena Penasihat DAP Pusat, Lim Kit Siang pula membuka mulut mengulas polemik hudud. Katanya, sekalipun PR berjaya menguasai pemerintahan pusat, hudud tetap tidak akan dilaksanakan.

Menurut Lim lagi, tiada ruang untuk perlaksanaan hudud yang dicanang oleh PAS kecuali jika persetujuan secara sebulat suara dicapai. Dengan kata lain, angan-angan PAS berkenaan hudud memerlukan kebenaran rasmi dari DAP dan PKR.

Sama ada Lim mahupun Karpal, walaupun mereka tahu retorik Nik Aziz dalam mencanang kembali isu hudud hanyalah untuk menarik semula perhatian pengundi Islam tambahan pula sejak akhir-akhir ini menunjukkan pengaruh PAS sudah semakin merosot.

Tapi kesempatan ini sebenarnya dilihat peluang terbaik untuk DAP menunjukkan taringnya sebagai abang besar kepada PAS supaya imejnya dikalangan pengundi non muslim terus meningkat naik.

Reaksi Lim kali ini saling tak ubah seperti 'penerajang' singgah ke muka Nik Aziz. Memedihkan tapi cukup untuk menjadi pengajaran pada PAS supaya menyedari statusnya dalam PR bukan sahaja lebih rendah dari DAP malah sudah setaraf seperti keldai tunggangan sahaja layaknya.




Sent from Samsung tablet

DAP ISTIQOMAH DENGAN PERJUANGAN MEREKA

Kuala Lumpur : Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, pendirian DAP bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular adalah tetap dan konsisten.

Sehubungan itu, kata beliau, hukum hudud tidak akan dilaksanakan jika pembangkang berjaya mengambil alih Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 kerana ia bukan dasar pakatan itu.

Ia kenyataan pertama Kit Siang berhubung isu hudud dan dilihat sebagai 'serangan' balas kepada kenyataan terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berkata, pelaksanaan hudud tidak boleh dilengah-lengahkan.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada satu majlis anjuran DAP Pasir Pinji Rabu lalu dan teks ucapannya diterbitkan dalam blognya, limkitsiang.com hari ini.

Dalam entri tersebut, pemimpin kanan DAP itu memberitahu, hudud hanya boleh dilaksanakan jika ketiga-tiga parti komponen pembangkang mencapai persetujuan konsensus.

"Kepimpinan pakatan pembangkang sudah berulang kali menekankan bahawa perlaksanaan hukum hudud (yang diperjuangkan PAS) bukan sebahagian daripada dasar dan polisi yang dipersetujui pakatan pembangkang.

"Ini bererti jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang dan membentuk Kerajaan Persekutuan untuk tempoh lima tahun akan datang, hudud bukan sebahagian daripada program yang akan dilaksanakan," katanya sebagaimana dipetik daripada limkitsiang.com.

"Kami berpegang teguh kepada prinsip fundemental kami bahawa negara Islam dan hukum hudud adalah tidak sesuai bagi Malaysia sebagai sebuah masyarakat majmuk.

"Kami tidak menyorok prinsip dan kepercayaan fundamental kami, sama ada daripada Pas atau parti-parti politik lain atau rakyat Malaysia.

"Kami tahu pendirian PAS mengenai negara Islam dan hukum hudud, sama seperti PAS mengetahui pendirian berbeza kami dalam kedua-dua isu ini," kata Kit Siang lagi.

Pendirian Kit siang itu selari dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pakatan tidak akan melaksanakan hukum hudud selagi tidak mendapat persetujuan DAP serta hukum itu sendiri tiada dalam Buku Jingga.

Sebelum ini pelbagai pihak mendesak Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng menyatakan pendirian DAP mengenai hudud selepas berlaku 'perang' terbuka antara Karpal Singh dengan para pemimpin PAS sejak isu berkenaan kembali ditimbulkan.

Terbaru Isnin lalu, Pengerusi DAP itu menyifatkan alasan Nik Abdul Aziz yang mahu pelaksanaan hudud tidak dilengah-lengahkan sebagai tiada asas serta tidak rasional kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.




Sent from Samsung tablet

Wednesday 19 September 2012

KONTROVERSI NETBOOK 1MALAYSIA

Berhari-hari juga pembaca Sinar Harian disuapkan dengan kisah ketidakpuasan hati segelintir penerima bantuan Netbook 1Malaysia. Membaca keluhan yang disiarkan dan cara pemberitaan yang ditulis, kita seolah-olah mendapat gambaran betapa teruknya kualiti netbook tersebut.

Hakikatnya tidaklah teruk sedemikian rupa. Sehingga kini sudah lebih 470,000 unit netbook 1Malaysia diagihkan kepada para pelajar, pemimpin masyarakat dan penduduk luar bandar yang layak, cuma kurang dari 1% sahaja yang mengalami masalah.

Jika 300 orang yang termasuk dalam kategori penerima yang kurang bernasib baik (1%) diwawancara misalnya, tidak bermakna ia menunjukkan situasi sebenar bagi keseluruhan 472,000 orang yang sudah menerima bantuan netbook tersebut.

Jumlah 470,000 unit netbook yang telah diagihkan itu adalah sebahagian dari sasaran 1 juta unit netbook 1Malaysia yang diberikan percuma kepada kumpulan sasaran dalam usaha meningkatkan kemampuan celik IT dikalangan rakyat negara ini.

Program yang menelan belanja RM1 bilion ini dilaksanakan dalam beberapa fasa dan setiap netbook yang dibekalkan telah melalui Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pun demikian, dalam mengendalikan proses pengagihan netbook tersebut yang membabitkan banyak pembekal, tidak dapat tidak perlu diakui juga ada kelemahannya di sana sini apatah lagi bila melibatkan jumlah unit yang banyak.

Ditambah lagi dengan kekurangan pengetahuan penggunaan netbook bagi penerima yang baru pertama kali menggunakan alatan komputer itu, tentulah ada komplen atau rungutan yang akan kedengaran.

Ada yang komplen hanya dapat guna sehari dua sahaja, ada yang komplen netbook yang diterima percuma itu hanya bertahan 2 bulan dan ada yang komplen 'rosak' sebab software trial sudah luput atau tiada software yang dikehendaki.

Tak kurang juga yang komplen kerana sistem windowsnya rosak selepas seminggu digunakan dan ada juga mengalami masalah kerosakan pada button, keyboard, lcd, mainboard atau harddisk.

Pendek kata macam-macam komplen tapi secara umumnya kerosakan yang diberitakan itu boleh dibahagi kepada tiga kategori.

1) Rosak system windows sama ada disebabkan virus atau system boot fail & sebagainya 2) 'Rosak' applikasi sama ada sebab tempoh percubaan telah tamat atau belum dipasang (install) 3) Rosak perkakasan (hardware - button, keyboard, lcd, harddisk atau mainboard)

Untuk kategori kerosakan pertama, kerosakan yang berlaku melibatkan sistem windows kerapkali disebabkan oleh jangkitan virus komputer (trojan, spyware, malware, hijacker, cecacing/worm dan lain-lain).

Virus boleh menjangkiti sistem windows sama ada melalui penggunaan internet, semasa pemasangan aplikasi yang tidak diketahui keselamatannya dan juga melalui penggunaan thumbdrive usb, external harddisk ataupun memory card.

Virus yang berpunca dari thumbdrive misalnya hanya memerlukan beberapa saat sahaja untuk merebak ke seluruh sistem windows seterusnya menghasilkan sendiri file exe, scr dan lain-lain seterusnya menyebabkan sistem menjadi lembap ataupun mengalami sistem boot fail.

Sementara virus yang berpunca dari internet sama ada yang tersebar melalui email, chat facebook, blog, web lucah, download dan lain-lain, biasanya menyebabkan sistem menjadi perlahan, ada tikanya menyebabkan antivirus sedia ada tidak berfungsi sekaligus memudahkan virus jenis lain menyeludup masuk ke dalam sistem.

Untuk mencegah risiko dijangkiti virus biasanya pengguna digalakkan memasang perisian antivirus yang sesuai misalnya kaspersky, avira ataupun nord antivirus. Jika sudah dijangkiti virus, penyelesaiannya sama ada segera melakukan scanning dan cleaning sistem ataupun cara paling mudah ialah reformat.

Kebiasaannya bagi pengguna yang baru memiliki komputer, laptop atau netbook tambahan pula baru berjinak-jinak dengan alam internet, kebarangkalian untuk menghadapi masalah sebegini agak besar dan perihal sebegini banyak bergantung pada tanggungjawab pengguna sendiri.

Dalam keadaan atau situasi berlainan, kerosakan windows juga boleh berlaku sekiranya tersilap melakukan installation atau memasang applikasi yang terlampau berat dan tidak sepadan dengan keupayaan bekerja yang ada pada netbook 1Malaysia.

Applikasi permainan misalnya Need 4 Speed atau lain-lain games yang memerlukan keupayaan graphic yang tinggi tentu tidak sepadan dengan netbook yang tugasan asalnya hanyalah untuk kerja-kerja ringan misalnya menaip, belajar dan melayari internet.

Berterusan menggunakan applikasi atau permainan yang berat (dari segi grafik) tentunya tidak elok untuk ketahanan netbook yang berkuasa rendah dan sistem windows itu sendiri.

Bagi kategori 'kerosakan' disebabkan tempoh percubaan sesuatu applikasi seperti Microsoft Office, Antivirus dan beberapa applikasi yang lain telah tamat, penyelesaiannya ialah dengan memasang perisian baru sama ada yang berbayar atau yang percuma.

Mana-mana komputer, laptop, netbook yang baru dibeli biasanya hanya disediakan sistem windows berlesen yang telah siap dipasang, manakala lain-lain applikasi penting biasanya hanya diberi tempoh percubaan selama 30 hari dan ada juga 60 hari.

Sebetulnya perkara sebegini bukannya satu kerosakan pun tapi bagi sebuah akhbar yang gemar bersikap 'terbuka', ada kalanya apa sahaja akan dianggap sebagai rosak bila mana tidak dapat digunakan walau sebenarnya yang berlaku tempoh percubaan sesuatu applikasi sudah tamat.

Manakala bagi kerosakan dalam kategori ketiga yang membabitkan masalah hardware, kerosakannya mungkin bermula dari kilang atau semasa pengendalian netbook tersebut diangkut dari satu tempat ke satu tempat. Dalam kes sebegini penerima dikira amat tidak bernasib baik dan satu-satunya cara ialah menuntut warranti.

Sementara itu, bagi yang sudah menerima dan sedang menggunakan netbook 1Malaysia serta pengguna lain, beberapa tip berikut boleh membantu anda untuk memastikan jangka hayat netbook atau laptop anda bertahan lama.

1) Elakkan penggunaan di atas tilam atau karpet tebal, ini bagi mencegah aliran udara netbook atau laptop dari tersekat dan habuk pula masuk ke dalam seterusnya menyebabkan suhu meningkat naik. Kesan buruk dari suhu tinggi tersebut bakal menjejaskan ketahanan mainboard selain turut memberi kesan sampingan pada harddisk dan processor itu sendiri.

2) Biasakan menggunakan coolant fan tambahan untuk melancarkan pengudaraan di bawah dan di dalam casing netbook atau laptop anda.

3) Jika anda jarang menggunakan netbook atau laptop atau hanya menggunakan beberapa jam sahaja seminggu, biasakan menanggal bateri. Tujuannya untuk mengelakkan kesan sampingan pada batteri, komponen dalaman netbook atau laptop sendiri.

4) Sewaktu anda mahu mula menggunakan netbook atau laptop, jangan sesekali terus mencucuk masuk pin power adapter terus ke power jack netbook atau laptop. Pastikan dulu suis berada dalam keadaan tutup (off). Kerap memasukkan pin adapter terus ke power jack ketika suis masih hidup (on), impaknya buruk terhadap netbook khususnya mainboard itu sendiri.

Serba sedikit tip di atas boleh membantu anda menggunakan netbook 1Malaysia atau laptop lain dengan lebih lama.

Di masa yang sama kita harap pihak terbabit akan mengambil langkah bersesuaian dengan menukar mana-mana jenama netbook 1Malaysia yang didapati agak kerap mengalami masalah hardware.

Disamping itu bagi penerima bantuan netbook 1Malaysia yang termasuk dalam kumpulan 1% yang tak bernasib baik seperti dihuraikan secara ringkas ini, mungkin boleh imbas semula satu persatu untuk memastikan di mana salah silapnya, jika pasti bukan berpunca dari kesilapan penggunaan, segeralah menuntut warranti sementara masa jaminan belum luput.




Sent from Samsung tablet

Friday 14 September 2012

WANITA JADI WAKIL RAKYAT: DULU HARAM, SEKARANG HALAL, ESOK?

Kenyataan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS, Dr Mariah Mahmud yang juga Ahli Parlimen Kota Raja bahawa pemimpin muslimat PAS akan mengisi kuota 30% kerusi yang ditandingi oleh PAS dalam PRU 13 nanti agak menarik untuk diulas.

Ini kerana ia mengingatkan kita kepada beberapa fatwa flip flop halal dan haram dari Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat berkaitan isu kaum hawa yang agak kontroversi pada dekad 90-an dulu.

Antaranya termasuklah kecamannya terhadap pemimpin Wanita UMNO yang menjadi wakil rakyat dan menteri konon golongan hawa tidak layak menjadi pemimpin atas sebab peranan tersebut hanya boleh dilaksanakan oleh kaum Adam sahaja.

Rentetan dari situ, bertahun-tahun jugalah Ketua Wanita Wanita tika itu, Datuk Seri Rafidah Aziz yang juga adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah dijadikan punching beg oleh pengikut PAS termasuklah memperbesarkan keharaman dari segi aurat suara.

Namun ketika negara mengharungi PRU 10 tahun 1999, penyokong PAS tiba-tiba terpinga-pinga bila senario sudah berubah dan mereka terpaksa pula menelan kahak sendiri setelah diarah menyokong isteri kepada Anwar Ibrahim yang bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Sejak itu, kecaman terhadap Datuk Seri Rafidah mula berkurangan mungkin kerana penyokong PAS sudah menyedari betapa loyanya menjilat semula ludah Nik Aziz dan kahak sendiri.

Dalam dekad 90-an juga, Nik Aziz juga pernah mencetuskan kontroversi dengan melarang qariah dari negeri itu menyertai Tilawah Al-Quran atas alasan untuk jaga aurat suara serta disebabkan Nik Aziz "berpendapat rakyat Kelantan pada masa itu masih tidak memahami Islam dengan mendalam".

Bagaimanapun baru beberapa bulan lalu, kekangan terhadap qariah dari Kelantan dengarnya terpaksa ditarik semula setelah suara desakan para qariah dan orang ramai semakin menyakitkan halwa telinga Nik Aziz.

Selain larangan dan 'fatwa flip flop' tersebut, isu wanita tidak diharamkan dari berhias dan bergincu di luar rumah juga pernah tersembur dari mulut Nik Aziz, juga dalam dekad itu dan turut mengundang kontroversi.

Selain turut mengundang kontroversi ia juga kekal diingati ramai orang sebagai lawak jenaka paling unik tambah-tambah lagi bila ramai rakyat Kelantan yang pernah terserempak dengan isteri dan anak Nik Aziz yang dilihat merah bibirnya sewaktu mereka berada di luar rumah.

Mungkin Nik Aziz boleh beralasan merah gincu di bibir isteri dan anak perempuannya bukanlah hasil calitan gincu tapi hanya sekadar calitan warna dari cat pagar rumah yang berbaki.

Apapun inilah realitinya yang menuntut kita berfikir sejuta kali sebelum mencerna atau menerima tiap bait kata yang keluar dari mulut busuk seorang politikus yang memperalatkan dalil atau hujah agama demi kepentingan politik kepartian.

Dalam pada itu, kini juga kita berpeluang melihat dengan mata kepala sendiri gelagat beberapa artis wanita yang baru 'bertaubat alaPAS' galak memberi ceramah politik di depan khalayak ramai dalam keadaan berhias sakan dan bibirnya pula merah dengan gincu.

Nampak gayanya soal aurat suara pun sudah tidak timbul apatah lagi isu berhias dan bergincu di luar rumah. Tidak pula timbul keharaman aurat suara seorang perempuan. Barangkali fatwa lama sudah expired agaknya.

Disamping itu, dulu pernah juga Nik Aziz menyarankan kaum wanita yang cantik supaya tidak bekerja untuk mengelakkan maksiat kononnya.

Kini, ia juga sudah tidak kedengaran sebaliknya makin ramai pula wanita comel lote badan bergetah yang mengisi kekosongan jawatan di Pejabat MB Kota Darul Naim.

Mungkin juga Muslimat PAS yang sekarang ini ada yang jadi YB tak termasuk dalam kategori cantik dan comel, barangkali sebab itulah bebas bekerja sebagai wakil rakyat dan exco negeri.

Dan barangkali semua bakal calon yang akan memenuhi kuota 30% PAS itu pun termasuk dalam kategori buruk macam Mak Lampir PKR, itu pasal masing-masing diberi kebenaran dan ditawarkan peluang merasai pengalaman bertanding pilihanraya.

Hakikatnya, walau apapun alasan dan jenis larangan serta fatwa halal haram keluar dari mulut Nik Aziz dan pemimpin PAS yang lain, rumusan mudahnya semua akan berakhir dengan flip flop mengikut kemahuan politik parti.

Haram bila PAS gagal memanfaatkannya, kini halal untuk PAS dan sekutu bila dirasakan menguntungkan, esok pula?... makruh agaknya.




Sent from Samsung tablet

Thursday 13 September 2012

USTAZ NASHA BANGKITKAN RASA TIDAK PUAS HATI PRO SYIAH DALAM PARTI

Tika ini, berdasarkan dua sumber dalaman PAS Utara dan satu sumber dari Pantai Timur tanahair telah mengesahkan sudah terdapat gerakan terancang untuk menafikan kedudukan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai calon dalam PRU 13 nanti.

Sejauh mana keberkesanan kempen dan gerakan sedemikian sukar lagi ditentukan namun ia mengesahkan pihak-pihak yang tidak secocok dengan bekas Timbalan Presiden PAS itu masih belum berputus asa untuk melaksanakan agenda mereka.

Dalam pada itu, kegagalan Majlis Syura PAS membincangkan agenda pemecatan Nasharudin tempohari tidak hanya menyakitkan hati pemimpin PAS yang pro Anwar Ibrahim tapi turut dikongsi sama oleh golongan Syiah PAS yang diketuai Mat Sabu.

Bagi pemimpin dan pengikut PAS yang memuja fahaman Syiah yang diperjuangkan oleh Mat Sabu, mereka tahu selagi Nasharudin masih lagi kekal bersama parti itu kedudukan Mat Sabu sebagai pemimpin nombor dua parti masih tidak selamat.

Tambahan pula, beberapa hari sebelum Majlis Syura bermesyuarat, sudah kedengaran ura-ura dikalangan beberapa pemimpin PAS dari kumpulan berlatar belakang agama yang mahu mencalonkan semula Nasharudin bagi jawatan Timbalan Presiden sekiranya beliau tidak dipecat dari PAS.

Muktamar PAS 2013 dijangkakan berlangsung beberapa bulan selepas PRU 13, agak singkat baki masa yang ada untuk Mat Sabu bersiap sedia menerima tentangan balas dari Nasharudin.

Lagipun kemenangan Mat Sabu dalam Muktamar PAS pertengahan tahun lepas bukanlah satu kemenangan yang genuine sebaliknya hasil gandingan kerjasama dan dokongan sokongan dari perwakilan PAS yang teguh berdiri di belakang Husam Musa.

Dalam keadaan demikian ditambah lagi dengan perancangan Husam yang turut mahu mencuba nasib untuk kali ketiga bermakna pertandingan tiga penjuru terpaksa dilalui oleh Mat Sabu. Nyata satu situasi yang langsung tidak memihak kepada imam besar Syiah PAS itu.




Sent from Samsung tablet

Wednesday 12 September 2012

PAS : TRANSFORMASI, REFORMASI...ATAU...?

Orang Islam Wajib Tolak PAS

Sejak PAS ditubuhkan 61 tahun lalu, dasar dan polisi perjuangannya sudah acapkali berubah-ubah menggambarkan betapa longgarnya asas perjuangan dan halatuju PAS dalam arena politik negara.

Perubahan ketara yang paling dirasai ialah bilamana PAS mula menyerap semangat revolusi Islam Iran pada awal 1980-an dan serentak dengan itu, apa saja perjuangan atas nama bangsa Melayu ditolak ke tepi.

Serentak itu, dalam kamus perjuangan PAS tiada lagi keperluan mengangkat unsur-unsur politik untuk kepentingan kaum bangsa apatah lagi mahu mendaulatkan dan memperkasakan kuasa politik Melayu Islam.

Satu ketika, PAS melalui bekas Presidennya Allahyarham Fadhil Noor pernah menganggap Melayu itu tidak penting dan bangsa Melayu itu tidak diperlukan kerana bagi PAS, polisi dan dasarnya hanyalah Islam.

Namun PAS tidak dapat menafikan realiti sejarah telah merekodkan kewujudan PAS tiga dekad sebelumnya adalah berasaskan semangat kebangsaan Melayu Islam, sama seperti UMNO malah asal usul kelahirannya juga datang dari 'perut' UMNO.

Malah negeri Kelantan yang waktu pertama kalinya dikuasai oleh PAS pada 1959 juga berlaku tatkala PAS diketuai oleh Dr Burhanuddin Al-Helmi yang sekian lama diketahui mendukung kuat semangat nasionalisme Melayu Islam.

Dr Burhanuddin yang menyertai PAS pada tahun 1956 adalah pengasas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang di awal penubuhannya condong kepada idea mewujudkan Melayu Raya, satu gagasan kemerdekaan yang mahu menggabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia.

Seterusnya fakta sejarah juga menunjukkan selepas kematian Dr Burhanuddin, PAS diambil alih oleh Datuk Asri Muda yang juga adalah seorang tokoh nasionalis Melayu Islam.

Bagaimanapun selepas PAS dirasuk oleh semangat revolusi Iran, akhirnya beliau didesak meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua PAS Pusat semata-mata untuk menguburkan imej dan semangat kebangsaan Melayu Islam yang pernah mengalir dalam darah perjuangan PAS.

Selepas itu gara-gara rasukan semangat revolusi Iran begitu mengasak pola pemikiran pemimpinnya telah membawa kepada kepercayaan bahawa perlunya untuk PAS kelihatan berbeza dari UMNO jika mahu mengatasi komponen utama BN itu.

Lantaran itu pemimpin PAS bekerja keras mendoktrinkan pemikiran pengikutnya bahawa perjuangan berasaskan semangat kebangsaan Melayu Islam yang sekian lama menjadi tunjang kekuatan UMNO adalah salah dan bertentangan dengan Islam.

Apa sahaja yang bernama Melayu dan ada unsur Melayu, PAS akan segera membangkangnya serta tidak teragak-agak untuk memfatwakan sebagai sekular, perkauman sempit dan haram.

Namun seperti mana sejarah tiga dekad (1951 - 1981) sebelum revolusi Iran, telah memaksa PAS berubah arah semata-mata demi kepentingan politik duniawi, kini selepas tiga dekad revolusi Iran (1981 - 2012) sekali lagi PAS berpusing arah dan cuba kembali menonjolkan keMelayuannya.

Dalam edisi terbaru akhbar suara rasmi PAS, Harakah misalnya dengan tajuk besar "Melayu Wajib Sokong PAS", Presiden PAS sekarang Abdul Hadi Awang menyatakan adalah wajib untuk orang Melayu menyokong PAS dan menolak UMNO demi menguatkan kedudukan PAS dalam pakatan pembangkang.

Menurutnya lagi bukan sahaja UMNO tidak berjaya menguatkan kedudukan dan persaingan kaum Melayu serta Bumiputera dalam bidang ekonomi malah Hadi berpendapat UMNO telah gagal memperkasakan kuasa politik Melayu Islam.

PAS dan Presidennya kelihatan semacam baru tersedar dari mimpi panjang berkaitan revolusi Iran yang selama ini dipuja puji oleh PAS sehinggakan sanggup memperlekehkan peri penting perjuangan berunsurkan Melayu Islam.

Perubahan drastik polisi dan dasar PAS ini berkait rapat dengan gelombang kesedaran ramai pengundi Melayu Islam yang semakin kuat menolak kehadiran PAS yang kini langsung tidak membawa manfaat kepada orang Melayu Islam.

Wujudnya PAS dalam PR bukan sahaja gagal memartabatkan kuasa politik Melayu Islam malah lagi menjahanamkan maruah serta kesucian agama Islam itu sendiri.

Oleh itu, amatlah wajar untuk masyarakat Melayu Islam semakin menjauhkan diri dari PAS dalam PRU 13 kelak malah seluruh orang Islam dari pelbagai kaum bangsa wajib untuk menolak kewujudan PAS disebabkan ketidaktentuan polisi parti tersebut yang celaru dan berubah-ubah.




Sent from Samsung tablet

ANWAR PAGAL HE

Heboh di dalam alam siber berkenaan ceramah Anwar di Ampang di mana beliau terus menabur janji-janji manis yang tidak masuk akal. Harga minyak turun, mansuh PTPTN dan berbagai-bagai lagi janji manis yang akan ditunaikan secara serta-merta iaitu dalam masa 24 jam setelah mengambil-alih kuasa. Beliau juga berjanji yang media boleh bertanya apa saja ketika itu, tapi bukan kepadanya, tetapi kepada Dato' Seri Najib yang 'terpaksa' turun dari takhta, katanya.

Anwar bercakap seolah-olah beliau berada dalam alam fantasi, di sebuah negara olok-olok ala Beringin Rendang dalam cerita fantasi P.Ramlee. Jika Anwar bukan bergurau, beliau tentunya benar-benar benak kerana membayangkan begitu mudahnya untuk menurunkan harga minyak dan menukar sebarang keputusan atau undang-undang yang berkaitan dengan kewangan negara tanpa mengkaji dan membincangkannya.

Atau mungkin Anwar benar-benar terlupa untuk 'berkongsi' dengan rakan-rakannya yang lain seperti Kit Siang dan Hadi Awang serta membolot kuasa secara mutlak untuk dirinya semata-mata. Justeru itu, segala keputusan akan dibuat secara sendirian tanpa perlu dibawa ke meja perbincangan.

Namun, apa yang membuatkan kita lebih 'cuak' dengan Anwar ialah apabila beliau memberi masa yang tepat iaitu jam 2.30 petang untuk membuat mengumumkan kejayaannya menawan Putrajaya. Kata beliau, ""Jam 2.30 petang, saya akan hubungi Tan Sri SPR, (dan berkata) Tan Sri, saya dah dapat keputusan. Saya bagi peluang setengah jam, umum cara teratur dan telus. Kalau tidak, kita ambil tindakan serta-merta kepada seluruh pihak SPR,"

Rasanya tidak salah jika ada yang meragui kewarasan Anwar dengan kenyataan di atas. Anwar bukan lagi gila kuasa tetapi sudah benar-benar gila. Beliau mula menganggap imaginasinya sebagai realiti. Keputusan pilihanraya hanya akan dikeluarkan seawal 5 petang, bagaimana Anwar mampu menilik kemenangannya pada jam 2.30 petang?

Mungkin ada yang berkata bahawa ini adalah kenyataan 'pre-emptive' Anwar untuk mengambil-alih kuasa melalui jalan belakang iaitu dengan menjatuhkan kredibiliti SPR. Namun, kita tidak boleh mengenepikan terus kemungkinan Anwar telah tidak berpijak di bumi nyata dan apa yang diperkatakannya bukanlah strategi 'pre-emptive' tetapi fantasinya.

Anwar membayangkan dirinya menjadi Perdana Menteri selepas PRU nanti tetapi di masa yang sama beliau tahu yang beliau sukar untuk menang. Justeru, imaginasinya memberitahu bahawa beliau boleh terus bersikap seperti Perdana Menteri, mengambil tindakan terhadap SPR serta memerintahkan Dato' Seri Najib agar turun dan berundur.

Bagaikan seorang kanak-kanak melayan imaginasi ingin menjadi superhero, Anwar juga membayangkan yang beliau boleh berbuat dan menjadi apa saja yang beliau mahukan. Memandangkan imaginasi tidak mempunyai batasan maka kerana itulah Anwar mampu menabur janji-janji setinggi bintang di langit dan membayangkan senario PRU sesuka hatinya.

Sedar atau tidak, nampaknya akhir-akhir ini cakap-cakap Anwar sudah semakin merapu. Semakin banyak beliau bercakap, semakin terserlah bahawa beliau tidak lagi bercakap menggunakan akal yang waras.

Sikapnya yang tidak tenang dan sering menunjuk marah terhadap wartawan dari media pro-kerajaan selama ini adalah simtom-simtom awal ketidakwarasannya.

Apapun, kita tunggu dan lihat apa akan terjadi pada PRU nanti. Apakah kegilaan Anwar akan terserlah dengan lebih jelas pada ketika keputusan diumumkan dan tidak memihak kepadanya? Atau apakah beliau akan benar-benar bertindak mengikut imaginasinya iaitu mengabaikan undang-undang, peraturan dan logik dalam membuat tindakan dengan mengumumkan kemenangannya walaupun proses pengundian belum lagi tamat?




Sent from Samsung tablet

Tuesday 11 September 2012

PAK SYEIKH GANG LOST TO USTAZ NASHA THANKS TO SYURA COUNCIL

For the first time, Anwarinas in PAS lost. They lost as they fail to influence the Syura Council to take disciplinary actions against Nasharuddin after being 'rude to DAP'.

We are well aware that Anwarinas in PAS is heading towards success in 'cleaning up' the influence of the Scholar group even up until the administration level. But, it seems, with Nasharuddin remaining in PAS, Anwarinas might face serious competition to maintain their power up to the top.

Previously, Anwarinas managed to sack Hassan Ali on the excuse that he broke PR's foundation. He was sacked for objecting the effort to stop Christians from converting Muslims out of Islam which is led by DAP and heavily criticizing Karpal Singh.

But, even with the same excuse used, there are still no discussion made against Nasharuddin when it is just about the same. Even general knew that even Anwar had moved the effort to convince the Syura Council to fire Nasharuddin.

It seems that Anwar's plan is ignored this time around when prior to this, everything that is done by PAS would need to go through Anwar first. No one knows why this time PAS ignored Anwar.

PAS probably realized the impact which could hit the party if they did take actions against Nasharuddin. The lesson which they learnt when they sacked Hassan Ali was that their party is even more important than Anwar. Even Karpal is more important than Anwar.

Only for criticizing DAP and Karpal, a PAS leader can be sacked but this time around, the same case was simply ignored even though it was what Anwar wanted.

That is the prove that Karpal or DAP is even higher than Anwar.

It is actually very easy to read Anwarinas's strategy. The post of Vice president which was 'given' to Mat Sabu is only temporary to open the door for Husam to be able to get the seat in the 59th Mutamar. Their calculation, Mat Sabu can never compete with Husan even if not many are really following Anwarinas.

Anwarinas had learn from their mistake when they did not compete but instead provided support for Mat Sabu. It was because they were scared that the vote for their group might break like what happened during the previous election.

Who knew what would happen to this strategy. It is not impossible that they might fail.




Sent from Samsung tablet

Monday 10 September 2012

THE FIGHT CLUB

DAP and PAS is going deeper into the 'shit hole' as both sides throw punches at each other over the fundamentals of the parties – the very fundamentals leaders of both parties thought they can compromise and tolerate.

Its about segregation of males and females in an event where liberal DAP think PAS should forgo Islamic principle while PAS stood its ground in upholding the religion's guidelines.

This is only one of the many fundamentals which DAP is against PAS but due to their common objective to sit together at Putrajaya, leaders of both parties shut their minds of all the differences and try to work together or seen to be working together – in Malay it is called menyamar and English call it pretending.

Either way, both the parties that are now the strongest in the unregistered alliance called Pakatan Rakyat (PR) continue to pretend that nothing is happening and whatever resentment DAP has against PAS, Karpal is there to voice them.

The spat between PAS and DAP is not new where PAS will continue to pursue the creation of an Islamic state whether DAP follows or not and DAP is all out against this whether PAS likes it or not.

And yet leaders of both parties – minus Karpal Singh of course – still put up a united front, showing to Malaysian public that they are of one heart, one mind, one soul and whatever one except One Malaysia, but behind the scene DAP big guns Lim Kit Siang and son Guan Eng used Karpal to hit out at PAS.

PAS' makes no secret about its objective and the party leadership, pressured from within by the liberals and outside by DAP, continue to maintain its cool and ignoring all Karpal's brunts.

PAS leaders know Karpal is only a tool used by Kit Siang and Guan Eng to voice any disagreement in public and thus, the Islamic party just leave it to its small-time leaders to handle Karpal.

The recent open house in Seremban organized by Negri Sembilan PAS is an exact out look of one of PAS's fundamentalism principles – men and women should not mix freely unless it is very necessary – has got Karpal or rather the DAP worked up.

DAP, known to be chauvinistic and also anti-Islam on certain matters, is damned pissed-off with PAS' actions and of course as usual, Karpal is the one put up as the front to bash PAS.

And as usual PAS left it to its state leaders to deal with Karpal, a big timer in DAP – see how PAS ridicule Karpal or indirectly – and the party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang or the secretary-general Datuk Mustapa Ali did not even speak a word.

Karpal's level should be Hadi or Mustapa but all this while Karpal has been given lower rung party leaders as 'sparring partners'.

In short PAS seems to be just 'toying around' just like it did with its former deputy president Nasharuddin Mat Isa where DAP and PKR thought PAS would get rid of him as he has been a 'pain in the neck' but apparently PAS keeps him

Now DAP and PKR wait anxiously what Nasharuddin is going to do that can affect them and their relationship with PAS, the only party DAP and PKR hope to bring in solid support for their opposition front.




Sent from Samsung tablet

PENDIDIKAN PERCUMA : BARU JANJI BELUM DITEPATI UNISEL DAH RUGI

Pertengahan tahun ini dunia pendidikan tanahair berkocak seketika apabila Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menggesa para pelajar supaya tidak membayar hutang pinjaman pendidikan yang diberikan oleh PTPTN.

Beberapa bulan sebelumnya, pakatan pembangkang khususnya PKR telah mempropagandakan janji pendidikan percuma selain berhasrat menghapuskan PTPTN yang dianggapnya hanya membebankan pelajar dengan hutang.

Berikutan itu, PTPTN telah bertindak balas dengan menangguhkan sementara pemberian pinjaman kepada 1,000 orang pelajar baru Universiti Selangor (UNISEL) bagi memberi ruang kepada kerajaan PKR Selangor membuktikan janji pendidikan percuma bukanlah omong kosong semata-mata.

Menyedari kesilapannya mencetuskan kontroversi dengan memusuhi PTPTN tidak mendatangkan kesan baik terhadap imej PKR dan PR, akhirnya kerajaan negeri mengarahkan Naib Canselor UNISEL merayu kepada Menteri Pengajian Tinggi dan PTPTN supaya diberikan semula kemudahan pinjaman kepada para pelajar UNISEL.

Namun sebelum itu, khalayak umum didedahkan dengan perancangan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang mahu menjual aset UNISEL berupa sebidang tanah bernilai RM30 juta konon bertujuan untuk menampung kos pengajian dan sara hidup pelajar UNISEL.

Walaupun beberapa ketika kemudian penangguhan pinjaman PTPTN untuk pelajar UNISEL ditarik balas selepas menerima rayuan dari Naib Canselornya, tapi apabila Khalid masih bertegas untuk meneruskan hasratnya menjual tanah milik UNISEL ia menimbulkan tanda tanya di minda rakyat Selangor.

Timbul banyak andaian mengatakan kebarangkaliannya tujuan rancangan menjual aset UNISEL itu sebenarnya bermaksud untuk menutup kerugian berpuluh juta ringgit yang terpaksa ditanggung oleh UNISEL sejak negeri tersebut diperintah oleh pakatan pembangkang.

Ini kerana berdasarkan laporan audit kewangan UNISEL yang ditandatangani oleh Khalid pada 27 Ogos 2011, keseluruhan kerugian yang dialami oleh UNISEL bagi tempoh 3 tahun (2008 - 2010) agak besar sehingga mencecah RM54.86 juta.

Seandainya aset tanah tersebut yang dikatakan bernilai RM30 juta itu berjaya dijual bermakna, sebahagian besar hutang UNISEL dapat ditutup sekaligus diharapkan dapat menyembunyikan kelemahan urus tadbir pemimpin pembangkang.

Mengikut beberapa sumber dalaman pula, jumlah kerugian tersebut antaranya turut disebabkan oleh peningkatan kos pengurusan universiti berkenaan apabila banyak jawatan tinggi berasaskan kuota politik diperkenalkan sejak Selangor diperintah oleh PR.

Bagaimanapun kerugian RM54.86 itu dipercayai belum termasuk lagi tunggakan pembayaran RM15 juta yang ditanggung oleh UNISEL berikutan kegagalannya membayar kos penyelenggaraan dan pengurusan asrama sejak 17 bulan lalu dengan syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).

Sementara itu, apabila khalayak didedahkan dengan kerugian besar dan tanggungan hutang yang membebani UNISEL tika ini, banyak keraguan lain timbul mempersoalkan kemampuan pakatan pembangkang untuk menunaikan janji pendidikan percuma yang mereka propagandakan selama ini.

Dalam keadaan janji pendidikan percuma pun belum bermula dan baru sekadar menguruskan satu dua IPT pun sudah tidak berupaya menangani masalah hutang sehingga menimbulkan keresahan pelajar dan golongan pendidik, mampukah PR mencari sumber lain untuk menampung kos pendidikan percuma yang mereka war-warkan?

Kalau setakat jual tanah dan gadai aset bangunan sana sini sekadar untuk tampung kos pendidikan percuma, tiada gunanya kerana lama-kelamaan aset-aset bernilai akan habis jua dan selepas itu dari mana pula mahu dicari sumber kewangan?

Atau sememangnya sudah ada dalam perancangan mereka untuk menaikkan cukai pendaptan individu dan korporat kemudian kecilkan pula jumlah kakitangan awam semata-mata untuk menjayakan janji pendidikan percuma?

Sehingga kini tiada tanda atau petunjuk jelas mana-mana kerajaan negeri pimpinan PR yang berupaya menyediakan pendidikan percuma walaupun kolej dan universiti yang berada di bawah kelolaan mereka cuma satu atau dua buah sahaja.

Dalam keadaan demikian pun sudah berpuluh juta kerugian terpaksa ditanggung oleh pihak UNISEL tanpa penyelesaian konkrit dari kerajaan negeri, tidak syak lagi sekiranya pengundi memberi peluang pembangkang memerintah di peringkat pusat mahunya satu demi satu aset dijual dan akhirnya negara muflis macam Greece.




Sent from Samsung tablet

Friday 7 September 2012

OPPOSITIONS PLAYING WITH RACE SENTIMENTS

The oppositions have come out in defence of the teens who stepped on Prime Ministers photo, and as usual deflecting the incidents to the protestors who burned their leaders photos months ago.

As always, anything that can be made as issue, they will come to the fore…seemingly protecting the interests of the people involved…to project to the public that they are considerate and understand the issues.

On this incident, they said its rude by not seditious and another comment was The handcuffing of 19-year old Ong Sin Yee reinforced the sentiments of the Chinese electorate once again to throw out the oppressive BN regime.

It added the tragic death of Teoh Beng Hock (TBH) sparked the initial fire that enlightened us of the injustice and wretchedness of Umno repression.

Not a mention on the Malay youth whose parent is profusely and vehemently apologizing to Prime Minister after what their son had done.

The line the oppositions take is again on racial line – because PAS's Nik Aziz Nik Mat had stated that the act of those youths were unacceptable – meaning PAS is against such ill-mannered acts – so the other parties go on race.

They thought PAS would support the act as reflected in Bersih 3.0 demonstration in the city capital but this time, they are wrong, PAS seems to have more sense than them.

Now the public can see how the oppositions are like – they play the racial card when there are opportunities and they play the multi-racial Malaysian card when they want full support.

And PKR, the only multi-racial based party in the opposition has been downplaying any racial issues just to keep the tie-up smooth despite the Malays in the party now resenting to so many things DAP is doing.

PKR de facto chief Anwar Ibrahim continues to play cool just to maintain and sustain the support he has been getting from DAP to achieve his aim – Prime Minister of Malaysia.

Given the undercurrent in PKR where only the few leaders are projected while the rest are being shut out, PKR may be surprised when its leaders see rejections at the ballot boxes.

The Malay public at large seems to have returned to BN and Najib, if going by the warm and overwhelming support at certain places. The youths are also getting smarter by the day as their critical minds know the goings-on in the political scene.

The Yu-tubes have given a wider and deeper insights into issues and characters of leaders of both sides of the political divide and this has helped the youths to have a better understanding of issues and sincerity among the leaders.

Going by this openness, the oppositions are now put in a corner that they themselves created and to get out of the situation, it is no wonder that some violence erupted here and there.

The aim is to pressure Najib's administration to act 'wildly' so that these reactions could be used as issues in the election.

But their hopes seem to have diminished as Najib continues with his soft approach which are generally and warmly accepted by the people

ANDAIKATA BUKAN MELAYU YANG KENA TANGKAP ISU BUKA SELUAR MALAM MERDEKA

PR bernasib baik hanya Muhammad Ammar yang menjadi luar kawalan sehingga sanggup membuka seluar dan menunjuk punggung pada malam sambutan Hari Merdeka tempoh hari. Apa agaknya akan terjadi jika si nyonya berbaju BERSIH atau amoi, Sin Yee juga turut berbuat yang sama?

Tentu semakin meriah dan 'bersemangat' jadinya himpunan Janji Demokrasi pada malam itu. Reformasi yang dilaungkan akan lebih kuat dan silap-silap semua peserta yang terlibat akan turut melakukan perkara yang sama, iaitu membuka seluar. Mahu tumbang juga kerajaan dibuatnya jika ini berlaku kerana pihak berkuasa menjadi bingung dan tidak dapat menjalankan tugas dengan baik kerana pandangan mereka terganggu.

Nasib baiklah perkara ini tidak terjadi dan Sin Yee hanya memakai seluar ketat jarang sambil memijak gambar Dato' Seri Najib, tanpa membukanya. Jika tidak, tentu jenuh puak-puak PAS mencari ayat untuk menghalalkan tindakan tersebut kalaupun tidak turut sama.

Sekarang pun, kita lihat walaupun Tok Guru Nik Aziz juga mengecam tindakan tak senonoh peserta himpunan Janji Demokrasi tetapi penyokong-penyokong PAS di laman-laman sosial dan media pro-PR seolah-olah 'keberatan' untuk turut mengecam tindakan tersebut. Kebanyakan mereka mengambil sikap 'malu alah' dan enggan mengulas lanjut mengenai insiden buka seluar. Sebaliknya, mereka cuba mengalihkan topik atau perhatian ke arah lain sekiranya perkara ini dibangkitkan oleh pihak lawan.

Kita tahu bahawa adalah tidak mustahil jika Sin Yee benar-benar membuka seluar dengan diikuti oleh sebahagian besar peserta lain, maka PAS akan terpaksa juga membela tindakan tersebut dengan apa jua cara. Mungkin juga akan timbul ayat baru yang mengatakan berkelakuan tidak senonoh itu adalah dibolehkan jika ianya bertujuan menentang pemerintah yang zalim atau sebagainya.

Sekarang pun, ada pihak Pakatan Rakyat yang membela Ammar sambil mengutuk ibu bapa Ammar sebagai mengkhianati anak sendiri kerana menyerahkannya kepada pihak berkuasa.

Ini adalah sama seperti yang berlaku dalam kes 'mencarut' apabila Tok Guru Nik Aziz mempertahankan buku Shit, tulisan Shahnon Ahmad yang penuh dengan kata-kata mencarut di tahap tertinggi terhadap pemimpin negara. Alasan Nik Aziz ketika itu ialah 'Allah juga mencarut', dan diberikan contoh iaitu ungkapan 'celakalah mereka' di dalam Al-Quran.

Kita tidak hairan jika alasan ini diberikan oleh Nik Aziz kerana kita pasti, beliau gagal dalam peperiksaan Bahasa Malaysia apabila tidak dapat membezakan 'mencarut' dengan perkataan keras untuk menekankan kemurkaan Allah S.W.T terhadap umat yang engkar di dalam Al-Quran.

Nasib baik kali ini Nik Aziz tidak turut membela tindakan Ammar tetapi mengecamnya. Nasib baik sekali lagi Sin Yee tidak berbuat yang sama, kalau tidak belum tentu lagi apa pendirian Nik Aziz mengenainya. Mana tahu mungkin beliau akan memberi alasan yang Sin Yee adalah bukan Islam maka tindakan sebegitu tidak harus dipertikai semata-mata untuk menjaga hati DAP?

Lagipun, bukankah DAP yang bertungkus lumus membela Sin Yee dan telah nampak jelas yang mereka sedang berusaha untuk mempolitikkan kebiadaban Sin Yee sebagaimana mereka mempolitikkan kematian Teoh Beng Hock? Sin Yee kini cuba dijadikan 'hero' hanya kerana tangannya digari ketika ditangkap.

Apakah Nik Aziz akan turut meng'hero'kan Sin Yee?




Sent from Samsung tablet

Wednesday 5 September 2012

TEAM ULAMA PAS VS GENG PAK SYEIKH

Ura-ura kewujudan konspirasi untuk menyingkirkan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa sudah lama diketahui umum terutama sekali semenjak tercetusnya isu Kerajaan Perpaduan (UG) yang hangat diperdebatkan selepas Pilihanraya Umum Ke-12 tahun 2008 yang lalu.

Walaupun bukan satu rahsia pencetus idea ke arah pembentukan UG datangnya dari Presiden PAS sendiri namun fokus kemarahan pemimpin lain yang pro Anwar Ibrahim (Anwarinas / Erdorgan) tetap terarah kepada Ustaz Nasharuddin disebabkan peranannya sebagai antara perantara penting yang membawa kepada pertemuan antara pemimpin UMNO dan PAS.

Tika ini sekalipun usaha mereka telah berjaya melumpuhkan lebih separuh kekuatan pengaruh Ustaz Nasharuddin, namun sisa-sisa pengaruh beliau diakui masih mampu mengancam perancangan kumpulan Anwarinas untuk menguasai sepenuhnya struktur kepimpinan PAS.

Lantaran itu apabila media perdana menyiarkan foto pertemuan Ustaz Nasharuddin dengan Perdana Menteri di Kota Suci Mekah bersama beberapa ulama Arab Saudi diikuti respon keras oleh Ustaz Nasharuddin yang mahu PAS mengkaji semula hubungan dengan PR khususnya DAP, peluang tersebut segera diambil oleh kumpulan Anwarinas bagi menekan pucuk pimpinan PAS untuk menyingkirkan terus Ustaz Nasharuddin dari parti.

Sebagaimana mereka berjaya menyingkirkan bekas Naib Presiden PAS, Hasan Ali atas alasan melanggar dasar PAS, demikian juga mereka yakin dengan alasan sama Ustaz Nasharuddin akan dapat disingkirkan.

Berjaya atau tidak usaha konspirasi kumpulan Anwarinas mempengaruhi kepimpinan PAS membuat keputusan yang keras dan muktamad itu banyak bergantung pada sejauh mana kemampuan Nik Aziz Nik Mat selaku Mursyidul Am PAS untuk mempengaruhi arah pemikiran ahli Majlis Syura PAS pada 9 Sep-tember nanti.

Nik Aziz yang sejak dulu diketahui agak condong kepada kumpulan Anwarinas dipercayai masih memiliki pengaruh peribadi dikalangan beberapa ahli Majlis Syura, tidak mustahil berupaya mencorakkan keputusan seperti yang dikehendaki oleh kumpulan Anwarinas yang diketuai oleh Husam.

Bagaimanapun, jika sebaliknya berlaku dan Majlis Syura PAS mengambil keputusan memihak kepada Ustaz Nasharuddin, bermakna selepas ini kita akan menyaksikan beberapa perkembangan menarik termasuklah kebangkitan semula Ustaz Nasharuddin dalam kepimpinan PAS selain merintis ke arah permulaan kejatuhan pengaruh Nik Aziz dalam mencorakkan arah tuju PAS di masa depan.

Imbas semula semasa Muktamar PAS yang ke-55 tahun 2009, usaha kumpulan Anwarinas untuk menyingkirkan Ustaz Nasharuddin dari jawatan Timbalan Presiden pernah terbantut apabila ketua mereka, Husam Musa tewas dalam pertandingan tiga penjuru sekalipun tika itu Nik Aziz memberi sokongan kuat kepada anak buah kesayangannya itu.

Disebabkan kehadiran Mat Sabu sebagai calon kumpulan Syiah PAS bagi merebut jawatan yang sama, bukan sahaja telah menyebabkan undi kumpulan Anwarinas berpecah dua malah dimasa yang sama menyumbang kepada kemenangan bergaya kepada Ustaz Nasharuddin untuk mengekalkan jawatan Timbalan Presiden PAS.

Menjelang Muktamar PAS tahun 2011 hasil iktibar dari kekalahan sebelumnya, kumpulan Anwarinas yang diketuai oleh Husam telah membuat percaturan taktikal dengan hanya bertanding jawatan Naib Presiden manakala bagi jawatan Timbalan Presiden sokongan diberikan kepada ketua kumpulan Syiah PAS iaitu Mat Sabu.

Mengikut perkiraan mereka, sekiranya Mat Sabu berjaya merampas jawatan tersebut dari Ustaz Nasharuddin, peluang untuk Husam merampas kerusi empuk Timbalan Presiden itu semasa Muktamar PAS ke-59 tahun 2013 kelak akan lebih mudah disebabkan 'aura' kepimpinan Husam diyakini jauh lebih hebat berbanding Mat Sabu.

Untuk itu perubahan taktikal tersebut dilakukan dengan fokus menjatuhkan dahulu Ustaz Nasharuddin dari jawatan Timbalan Presiden.

Pun demikian disebabkan karisma Mat Sabu kurang diyakini untuk menyatupadukan penyokong kedua-dua kumpulan tersebut, usaha memecahkan undi kumpulan 'ulamak' terpaksa dilaksanakan dengan mempengaruhi saudara terdekat kepada Mursyidul Am PAS yakni Tuan Ibrahim Tuan Man untuk melengkapkan pertandingan tiga penjuru yang diyakini akan memihak kepada Mat Sabu.

Hasilnya Mat Sabu menang dengan majoriti 21 undi mengalahkan Tuan Ibrahim yang mendapat undi 399 di kedudukan kedua manakala ustaz Nasharuddin yang gagal mempertahankan jawatan tersebut tewas dengan hanya mendapat sejumlah 224 undi sahaja.

Melihat pada imbasan tersebut ditambah lagi dengan senario terkini, ramai pemimpin PAS yang berlatarbelakangkan agama masih mengharapkan peluang kedua masih wujud untuk Ustaz Nasharuddin, jika ianya menjadi kenyataan bermakna impian mereka untuk menebus kekalahan memalukan di tangan kumpulan Anwarinas akan tercapai dengan mencalonkan kembali Ustaz Nasharuddin untuk bertanding semula jawatan Timbalan Presiden PAS.

Pastinya pertembungan tersebut akan mengulangi episod tahun 2009 yang menyaksikan Mat Sabu terpaksa berdepan dengan Ustaz Nasharuddin dan Husam Musa dengan jangkaan Ustaz Nasharuddin akan kembali memenangi jawatan itu sekaligus memulakan gerakan membersihkan semula imej PAS yang sekarang ini lebih sinonim dengan gelaran sebagai anjing DAP.

Apapun, senario sebenar hanya akan diketahui pada 9 September nanti, sama-samalah kita saksikan sama ada PAS masih mahu kekal sebagai anjing DAP ataupun masih ada sedikit sisa-sisa kesedaran untuk cuba memperbetulkan kembali landasan perjuangan mereka yang sudah jauh tersasar.




Sent from Samsung tablet

Monday 3 September 2012

COMMUNIST-LIKE FLAG : RISE OF THE FALLEN

The efforts of Pakatan Rakyat in introducing a new flag to change Jalur Gemilang is truly eating them up again. Even though Anwar tried hard to deny that PR had such intention, but when his Selangor economic advisor officer, Najwan Halimi, Selangor's economic advisor admitted that he was the creator of the flag.

Najwan defended his 'Sang Saka Bangsa' flag which he claimed he had designed since 2007. Najwan's Facebook profile described himself as the Deputy Information Chief for AMK Malaysia, plays 'moderate' politics and the founder and director of Pak Sako Academy, an academy which uses Pak Sako or Ishak Haji Muhammad, the individual who came out with the idea for Melayu Raya Indonesia, Malaysia and Brunei.

Do remember that in 2003, PKR, back then which goes by the name of Parti Keadilan Nasional (PKN) had joined Parti Rakyat Malaysia (PRM), the only left-wing party which still exists until today.

Going back to the history of PRM, in 1958, under the leadership of Ahmad Boestamam had joined Malaya Labor Party under the leadership of Pak Sako dan Parti Perhimpunan Kebangsaan (Abdul Aziz Ishak) and named their coalition as Malayan People's Socialist Front (Left-wing coalition).

Prior to that, oin 1938 Ahmad Boestamam established Gerakan Kiri Tanah Air (KITA) which worked alongside Parti Komunis Malaya to fight against Japan. He then formed Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) in 1945.

PKMM had two youth branches Angkatan Pemuda Insaf (API) led by Boestamam and Angkatan Wanita Sedar (AWAS) led by Shamsiah Fakeh who was also a communist activist.

In 1947, PKMM was led by Pak Sako.

PKMM then established Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) and worked alongside AMCJA (All-Malaya Council of Joint Action) as Malaya socialist coalition. This coalition was established to fight the 1948 Federal Treaty to form Persekutuan Tanah Melayu.

This is because PKMM was more interested to get Tanah Melayu to join Indonesia to gain Independence in 1949.

To make sure the inspiration would become a reality, PKMM took Indonesia's flag - Sang Saka Merah Putih as their party's flag and Indonesia's national anthem as their anthem which is always sang during PKMM assemblies.

When the Indonesia-Malaysia confrontation occurred in 1963, Ahmad Boestamam, Pak Sako and Aziz Ishak were arrested under the Internal Security Act (ISA) for being traitors, working alongside Indonesia.

And the irony here is, Anwar is also seen as the national traitor and often visit Indonesia to tarnish the image of Malaysia, as if he is trying to create yet another confrontation.

Perhaps Anwar is trying to expand the idea of Pak Sako which was to form Indonesia-Malaysia by putting himself as the leader of Malaysia?

We cannot imagine what kind of explanation would PR give for this Sang Saka Malaya flag issue. PR could keep on denying but the damage has been done. Rakyat has now realized who PR really is and what are their real agenda for Malaysia.




Sent from Samsung tablet

WELCOME TO REPUBLIC OF MALAYSIA

Many were raged with Pakatan Rakyat supporters who ruined the Independence day by mocking and insulting the celebration. During the 'Janji Demokrasi' rally which was held in the eve of Independence, PR supporters began to put aside their Jalur Gemilang (Malaysian flag) and replaced it with another flag which looks almost like the Indonesian and Singapore's flag. There were also brochures which were distributed to ask rakyat to change our Jalur Gemilang to the new flag.

It is clear that they can no longer hide their main goal. However, after being mocked, PR leaders had to deny the fact that they did have the intention to replace Jalur Gemilang.

But, their denial does not bring any meaning. Instead, their move clearly showed that they no longer have any patriotism for this country.

PR, especially PKR and DAP do share a lot of inspiration especially to abolish the country's royal constitution or to form the Republic of Malaysia. PAS, however, is just the confused one who would only follow what the other two just so that they could form an Islamic nation.

To those who are familiar with the world of politic, they are aware that Anwar really wants to change Malaysia to a Republic. This matter has been revealed by Ummi Hafilda during a few of her speeches and press conferences. Besides that, Raja Petra Kamaruddin, who was then paid by Anwar to wrote, before taking a U-turn to smash Anwar, did criticize the Royals, one of the methods used by Anwar to ask rakyat to question the matter.

DAP's rejection towards the Royal Constitution is not something new. DAP which has always been anti-Malay, Islam have always hated the constitution because it is the defense system for Malay and Islam. DAP did use PKR and PAS for a few times to question Sultans when it comes to issues which involves Islam.

The peak of it would be during the celebration of Independence Day in Selangor, PR decided to ignore the Sultan of Selangor.

That is yet another clear evidence that PR really want to turn this country to a Republic.

Suggesting the change of flag shows that their agenda has been running for quite a while.

If we are to browse through their efforts, we could find that they began to create portals, books and brochures with the objective of changing the history of this country, especially about the Independence. Their objective is to question the roles played by UMNO/Malay fighters and acknowledged roles played by the communists in fighting for Independence. For that, they insulted Malay, Chinese and Indian soldiers and civilians who were killed by communists.

It is not that hard for us to understand why PR, especially DAP defends communists. It is because they cannot accept the fact that their communist forefathers are murderers. Instead, they want to change the history to put those communists as heroes instead of brutal killers.

Not just that, they are also trying their best to wipe off other things such as the May 13 tragedy.

Where do they learn all this? PAP Singapore of course. We are aware that Singapore had wiped off their nation's history before Sir Stamford Raffles came to the country. Technically, Singapore's history was re-written as if it is nobody's island, never found or resided by anyone before Raffles.

The stories of how Temasek, Singapore's old name, became the most vital port since the 14th century was closed, perhaps to wipe off the names of the original races which were there such as Sang Nila Utama, Parameswara or Iskandar Shah, the last King of Temasek/ It is important for PAP to get rid of those names and Malay civilization so that they would have the 'base' and reason to 'colonize' and 'liberate' Malays.

Thus, the 'new' Malaysian flag made by PR is not a small issue, it is a huge agenda which could jeopardize this country.




Sent from Samsung tablet