Thursday 30 August 2012

MB SELANGOR AKUI MANIFESTO PR HANYA UNTUK SUKA-SUKA...ABAH DIA

Nampaknya, Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, benar-benar buntu apabila diasak dengan persoalan mengenai kegagalan kerajaan pimpinannya untuk menunaikan janji bekalan air kegunaan domestik percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan kepada semua rakyat Selangor.

Jawapan beliau kepada media berkenaan isu ini dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri kelmarin iaitu 'manifesto bukan satu perjanjian', telah benar-benar membangkitkan kemarahan rakyat Selangor. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kenyataan tersebut seolah-olah 'membunuh diri' atau 'membunuh parti sendiri'.

Mungkinkah Khalid tidak tahu bahawa rakyat mengundi sesebuah parti itu berdasarkan beberapa perkara asas iaitu: 1. Rekod perkhidmatan, 2. Ideologi, 3. Manifesto.

Memandangkan PR belum ada rekod perkhidmatan, dan tidak mempunyai ideologi yang pasti, maka kemenangan PR di Selangor bolehlah dikatakan semata-mata terletak kepada manifesto yang diumumkan.

Rakyat Selangor sanggup menolak BN dalam PRU 2008 walaupun parti itu mempunyai rekod cemerlang, semata-mata ingin menikmati 20m padu air percuma, bantuan tadika, sumbangan ke universiti dan berbagai-bagai lagi yang dibentangkan sebagai manifesto PR ketika itu.

Maka, malanglah bagi rakyat Selangor apabila setelah 4 tahun memerintah, tiba-tiba saja MB Selangor sendiri mengakui bahawa kerajaannya tidak harus dipertanggungjawabkan untuk menunaikan segala yang terkandung dalam manifesto tersebut, kerana ia bukan satu perjanjian.

Dalam ertikata lain, manifesto itu hanyalah untuk suka-suka sahaja - ia dideraf dan diumumkan sekadar untuk sedap didengar bagi menarik undi.

Jika 'manifesto bukan perjanjian' maka apakah ia?

Mengikut kamus dalam talian, manifesto adalah satu "perisytiharan mengenai niat, cadangan, motif atau pandangan seseorang individu, kumpulan, parti politik atau kerajaan".

Berpegang kepada definisi ini, rakyat Selangor telah memilih PR dengan harapan bahawa parti tersebut akan melaksanakan segala niat, cadangan, motif dan pandangan yang diisytiharkan oleh mereka.

Jelas, rakyat Selangor telah membuat kesilapan besar.

Benar, bukan semua niat atau cadangan dapat dilaksanakan kerana kadangkala terdapat halangan dan masalah-masalah sampingan yang di luar jangkaan. Namun, ini tidak wajar dijadikan alasan dalam masalah kegagalan membekalkan air percuma kepada rakyat Selangor. Lebih-lebih lagi setelah kerajaan PR mempunyai masa selama 4 tahun untuk menunaikannya. Sekiranya terdapat halangan atau masalah, mereka seharusnya sudah dapat mengatasinya.

Namun, yang menjadi isu di sini bukanlah kerana kerajaan Selangor menghadapi masalah untuk melaksanakan manifesto air percuma ini, tetapi kerana MB Selangor telah mengesahkan bahawa kerajaannya tidak pernah berjanji mengenainya justeru itu, tidak perlu, tidak ingin dan tidak akan melaksanakannya!

Dengan itu, rakyat tidak harus lagi mempercayai apa jua manifesto yang telah atau akan dibentangkan PR.




Sent from Samsung tablet

Wednesday 29 August 2012

ISLAM AGAMA NEGARA BUKAN AGAMA RASMI

Press Release penuh PEMBELA - Islam adalah 'Agama Negara', bukan sekadar Agama Rasmi untuk tujuan upacara (ceremonial purposes) sahaja. Undang-Undang Tertinggi Negara seawal Perkara 3 Fasal (1) memartabatkan – Islam is the religion of the Federation;

Tiada sepatah pun ungkapan 'sekular' termaktub dalam undang-undang tertinggi negara. Aspirasi masyarakat bukan Islam mahupun sebahagian kecil umat Islam untuk menjadikan Persekutuan Negeri-Negeri Melayu sebagai sebuah negara sekular tidak kesampaian apabila Raja-Raja Melayu memperkenankan Perlembagaan Persekutuan yang ada pada hari ini tanpa ungkapan "sekular".

Kesinambungan kedaulatan (sovereignity) Kesultanan Melayu Islam tetap kekal teguh dengan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia jelas membuktikan Malaysia bukan lahir atas ihsan penjajah British semata-mata, malah atas perkenan Raja-raja Melayu untuk bersekutu.

Perlembagaan Perseketuan mewajibkan Pemerintah dan rakyat keseluruhannya memelihara kesucian dan kedaulatan Agama Islam – melalui Perkara 37 – dengan mewajibkan Ketua Utama Negara- Yang di-Pertuan Agong untuk bersumpah atas nama suci Allah bagi memelihara agama Islam pada semua masa.

Semua cabang Pemerintahan Negara – Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman terikat dengan sumpah Yang di-Pertuan Agong untuk memastikan kesucian dan kedaulatan Agama Islam setiap masa.

Pendirian mana-mana parti politik (sama ada DAP, PKR, MCA, MIC hatta PAS atau UMNO) yang mendokong unsur menentang kedaulatan Islam sebagai agama negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip Rukun Negara – Kedaulatan Undang-undang, Keluhuran Perlembagaan dan Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Mana-mana parti politik yang meletakkan prinsip sekular dan liberalisme mengatasi prinsip Islam wajib memperbetulkan fahaman politik masing-masing kerana sebagai warga Malaysia, rakyat Malaysia tiada pilihan lain selain dari menghormati prinsip Islam sebagai agama negara dan memartabatkannya.

Karpal Singh membuat kenyataan yang mengelirukan seluruh rakyat apabila mengatakan Tun Salleh Abbas memutuskan Malaysia adalah negara sekular dalam kes Che Omar B. Che Soh. Sedangkan pada hakikatnya Tun Salleh dalam kes tersebut hanya berpendapat undang-undang yang dilaksanakan negara ini pada waktu itu, tahun 1988, adalah undang-undang sekular. TUN SALLEH TIDAK SAMA SEKALI MEMUTUSKAN MALAYSIA NEGARA SEKULAR.

Suara-suara sumbang dan pandangan menyeleweng pelbagai pihak terutama dari kalangan para peguam, ahli politik, yang menjulang prinsip hak asasi manusia hingga menjejaskan kesucian dan kedaulatan Agama Islam adalah ancaman utama terhadap kestabilan politik negara dan telah mengakibatkan terjejasnya kedudukan Islam sebagai agama negara.

Tindakan menuntut hak kebebasan dari pengaruh kawalan prinsip Islam termasuk hak orientasi seks, hak kebebasan menghina agama Islam, hak kebebasan untuk murtad, hak kebebasan seks, hak kebebasan untuk menyelewengkan agama Islam, hak untuk bebas dari pengaruh Syariah adalah bukti jelas betapa sebahagian besar rakyat negara ini terpengaruh dengan di'ayah kononnya Malaysia sebuah negara sekular.

BAGI MENGELAKKAN SALAH TANGGAPAN SEBEGINI TERUS MENULAR DI KALANGAN RAKYAT DAN PENTADBIR NEGARA, PEMBELA MEMOHON PERKENAN RAJA-RAJA MELAYU UNTUK –

MENUBUHKAN SURUHANJAYA KEDAULATAN AGAMA NEGARA (SKAN) SEBAGAIMANA YANG TELAH DILULUSKAN DALAM RESOLUSI KONGRES MAJLIS-MAJLIS AGAMA ISLAM SELURUH NEGARA SETAHUN LALU.

MENGENAKAN TINDAKAN PENDAKWAAN TERHADAP MANA-MANA PIHAK YANG SENGAJA MENCETUSKAN PERASAAN TIDAK MENGHORMATI AGAMA NEGARA.

Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)






Sent from Samsung tablet

Monday 27 August 2012

BAGAIMANA PAS KELUAR DARI BARISAN NASIONAL

UCAPAN PENUH TUN HUSSIN PD THN 1977...
"Terlebih dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada UMNO dan negara. Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato' Seri Ali bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu.

Sebelum saya menyebut perkara penting dalam perjumpaan ini, marilah kita menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula dengan secara ringkas perkembangan yang telah berlaku sehinggalah keperjumpaan yang diadakan pada petang ini.

Saya tidaklah berhajat hendak menerangkan kemajuan dan kejayaan UMNO yang telah lalu atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Perikatan sejak ia ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam pengetahuan tiap-tiap ahli UMNO. Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan Nasional yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah parti politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa sebelumnya.

Sesungguhnya UMNO telah membuat membuat banyak pengorbanan politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional. Walaupun perjalanan kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan Nasional telah dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan, membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum.

Barisan Nasional berazam akan terus dengan penuh keberanian dan dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh mewujud dan mengeratkan perpaduan. Dengan sokongan rakyat saya percaya Barisan Nasional akan mencapai kejayaan.

Barisan Nasional merupakan satu federasi yang longgar kerana tiap-tiap parti yang bergabung ingin mengekalkan identiti partinya masing-masing. Tetapi parti-parti komponen adalah terikat dengan semangat ingin bekerjasama, saling mengerti sesama sendiri dan yang paling penting sekali ialah mematuhi disiplin parti.

Semangat kerjasama dan persefahaman adalah penting bagi menyelesaikan masalah negara. Ia lebih berharga dengan membuktikan dalam amalan daripada semata-mata mengadakan perakuan-perakuan sahaja tetapi tidak dipraktikkan.

Inilah caranya Barisan Nasional bergerak selama ini dari semenjak ia ditubuhkan. Hasil kejayaan penubuhan Barisan Nasional telah dapat dilihat dengan nyata apabila parti ini mencapai kemenangan yang paling gemilang dalam pilihan raya tahun 1974. UMNO yang paling mempelopori gabungan ini serta memastikan ia dapat terus wujud kukuh dan teguh supaya pembangunan negara dapat diselenggarakan dengan lebih licin, sempurna dan jayanya.

Parti-parti politik yang bercorak gabungan seperti Barisan Nasional ini sudah pasti sekali-sekala menghadapi masalah. Pertentangan pendapat dan perbezaan cara mendekati dan menyelesaikan sesuatu masalah merupakan satu perkara biasa yang memang diramalkan dari mula-mula lagi.

Peristiwa perpecahan parti komponen Barisan Nasional di Sabah merupakan kejadian pertama yang telah berlaku. Walaupun perkara ini belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya tetapi Insya Allah penyelesaian terakhir akan dapat dibuat dengan secara beransur-ansur. Pergolakan yang sedang kita hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia melibatkan soal pokok.

Sebagaimana kita maklum, Dato' Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional.

UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato' Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. UMNO menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.

UMNO tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu bukan kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato' Haji Mohamad Nasir dilucutkan daripada jawatannya. Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS.

Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk. Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Jika keadaan ini tidak dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya.

Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang tegas. Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen.

Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di Kelantan dengan tidak mengira siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. Sama ada ia dari parti lawan ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang pentingnya ialah keselamatan dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri. Saya memanglah sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan di atas segala-galanya.

Memang benar demokrasi telah mati di Kelantan. Tetapi rakyat Kelantan telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan di atas keselamatan dan masa depan mereka. Demokrasi di Kelantan tetap akan dipulihkan sebaik-baik sahaja keadaan mengizinkan.

Bukti nyata kita semua telah dapat nikmati sekarang dimana pemerintahan NOC atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan kita telah kembali kepada pemerintahan demokrasi. Tempoh dan lama masa berjalannya kerajaan darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang wajib sahaja.

Lebih pendek adalah lebih baik. Kerajaan Pusat berikrar akan memulihkan kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera yang boleh. Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai anggota di Dewan Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju pemerintahan negeri itu semula dan bukanlah UMNO.

Malang sekali tujuan baik Kerajaan Pusat dan rang Undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen itu telah sengaja disalah faham dan disalahtafsirkan oleh pucuk pimpinan PAS. Semua wakil rakyat PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di Kelantan itu.

Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya mengadakan undang-undang itu. Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih besar dengan membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa, kecederaan dan kemusnahan harta benda. Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh memandang ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa rakyat.

Tindakan saya ini telah disambut baik dan disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. Saya tidak faham kenapa pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya. Saya tahu tidak semua ahli PAS bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya. Sebenarnya UMNO juga memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali meragukan penyertaan PAS tetapi yang kita sangsikan ialah sikap dan pendirian pucuk pimpinannya.

Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Kita semua tahu bahawa disiplin merupakan rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional selama ini.

Disiplin adalah paling mustahak dalam penghidupan manusia dan hendaklah diutamakan. Mengenakan disiplin di atas diri sendiri pun merupakan perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan seperti parti-parti politik.

Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO selama selama ini ialah kerana ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti serta menghormati dan menjunjung tinggi peraturan yang ditetapkan. Parti-parti yang ahlinya tidak patuh kepada disiplin akan membawa kehancuran kepada parti itu sendiri.

Soal mengenai siapa yang bersalah sehingga mengakibatkan tercetusnya kejadian buruk di Kelantan itu tidaklah berfaedah dibangkitkan. Tetapi perkara yang paling penting dan yang patut diutamakan ialah melindungi nyawa rakyat terlebih dahulu. Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti bertindak sewajarnya mengikut keadaan.

Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu. Saya jalankan segala tindakan yang perlu bagi mengawal dan mententeramkan keadaan di atas sifat saya sebagai Perdana Menteri.

Yang bertanggungjawab di atas kepentingan, keselamatan dan kebajikan rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh tanah air kita. Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada saya. Saya tidak faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat ini. Soal keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar menawar.

Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah Kerajaan negeri Kelantan adalah bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana Menteri. Saya pula bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana menteri-menteri dari PAS menganggotainya.

Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan.

Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO.

Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah. Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang meragukan ialah tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan kita.

Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu? Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain?

Sungguh sukar sekali bagi kita hendak memahami tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS ini. Setelah menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal dalam Barisan Nasional. Kita sungguh tidak faham dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan datang pada 17 Disember ini sudah pasti akan menimbulkan perbalahan yang hebat. Tidakkah pucuk pimpinan PAS sedar atas perkara ini?

Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS membuat demikian? Bukankah ini semuanya merupakan gejala-gejala yang sengaja ditimbulkan dengan niat hendak memecah-belahkan Barisan Nasional? Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional.

Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.

Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.

Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan daripada Barisan Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri.

Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini.

Penubuhan ranting-ranting PAS dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS yang meragukan.

Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.

Walaupun Barisan Nasional terpaksa berpecah, tetapi ini tidak bererti pembangunan akan terjejas dan terhenti. Pembangunan tetap akan berjalan terus. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan dengan sepenuh-penuhnya. Inilah janji saya kepada rakyat sekalian.

Berikutan dengan berlakunya kejadian-kejadian ini, saya telah mengadakan sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar disiplin. Tetapi Barisan Nasional sekali-kali tidak berniat hendak menggunakan Fasal tersebut bagi memecat PAS.

Barisan Nasional masih lagi, jika boleh, berkehendakkan PAS tinggal kekal dalam Barisan Nasional. Sungguhpun demikian, disiplin parti mesti dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu melihat Barisan Nasional hidup berpanjangan. Oleh itu satu usul yang merupakan suatu tolak ansur sebagai jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi meyelesaikan masalah ini telah dikemukakan dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional itu.

Tolak ansur ini merupakan usul yang berkehendakkan supaya parti-parti anggota yang ahli-ahlinya didapati menentang arahan parti whip mengenai sesuatu masalah yang dibentangkan di dalam dewan rakyat, dewan negara atau dewan negeri hendaklah mengambil tindakan disiplin terhadapnya dengan memecat mereka itu daripada parti masing-masing.

Apabila semangat kerjasama yang tulus ikhlas itu luput dan disiplin parti telah diketepikan, Barisan Nasional sudah tentu akan pecah dan musnah. Jika ini berlaku tentulah tidak berguna lagi. Eloklah kekusutan yang berlaku ini diselesaikan sekarang juga kerana jika dibiarkan berlanjutan akan merugikan parti dan rakyat.

Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional, sembilan telah menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu. Keputusan suara terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi kepada pucuk pimpinan PAS.

Memandangkan betapa pentingnya masalah yang kita hadapi, saya telah mengadakan mesyuarat khas majlis Tertinggi UMNO malam tadi. Majlis tertinggi UMNO telah membincangkan dengan teliti segala akibatnya terutama sekali tentang sikap pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang, yang terang-terang menggugat perpaduan Barisan Nasional khususnya dan perpaduan orang Melayu amnya. Kami berpendapat bahawa haruslah diwujudkan kesungguhan dan keikhlasan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional.

Memandangkan kepada perbuatan, sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS selama ini, UMNO berpendapat kerjasama yang erat tidak mungkin dapat terus wujud di antara UMNO dengan PAS dalam Barisan Nasional.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pertelingkahan ini berpanjangan, yang akhirnya akan membawa perpecahan kepada Barisan Nasional, Majlis Tertinggi UMNO telah dengan perasaan amat dukacita mengambil pendirian, jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendaki di dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya pada 5 Disember yang lalu, UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional supaya dipersetujui resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional.

Pagi ini saya telah menyampaikan pendirian UMNO itu kepada ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional. Ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional dalam perjumpaannya pagi ini telah bersetuju supaya mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan pada 13 Disember yang akan datang ini.

Inilah tujuan kami mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian UMNO petang ini bagi menjelaskan pendirian yang telah diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO itu.

UMNO sudah membuat keputusan dan menentukan pendiriannya. Keputusan dan pendirian itu adalah dibuat dengan hati yang suci, demi kepentingan Barisan Nasional dan negara. Saya yakin dengan kesucian hati kita itu, Allah akan memberkati perjuangan kita.

Saya merayu kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan terus menjalankan tanggungjawab kita dengan lebih berhati-hati lagi, lebih bersungguh-sungguh lagi dan lebih berdedikasi lagi. Masa hadapan Barisan Nasional penuh dengan cabaran. Kita akan menghadapinya dengan meminta petunjuk dan keredhaan Allah.

Dengan ini maka kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah."

Credit to: Norhazamry Dato Hj Nawi




Sent from Samsung tablet

Thursday 23 August 2012

KERANA SIKAP SEMBRONO DAN TAKSUB BERPOLITIK PAS ISLAM DAN HUKUM ALLAH DI HINA

Walaupun sebelum ini PAS telah bersetuju untuk membuang Negara Islam, sekali gus 'hudud', dari perjuangan mereka demi kerjasama Pakatan Rakyat, tetapi kini PAS terpaksa berhempas-pulas untuk menunjukkan kesungguhan untuk melaksanakan hukum tersebut sekiranya mereka memerintah.

Ini kerana PAS sedar bahawa ramai dari golongan akar-umbi yang 'sedikit cerdik' merasa marah dan mula meragui perjuangan PAS gara-gara terlalu mengikut telunjuk DAP. Benar, bahawa majoriti akar-umbi PAS adalah buta-tuli-dungu yang mengikut sahaja ke mana arah pemimpin mereka pergi tetapi sokongan dari golongan ini tidak dapat meredakan tekanan dari golongan yang 'sedikit cerdik' yang mendambakan hudud tadi.

Justeru, 'hudud' dan 'Negara Islam' perlu dikembalikan ke dalam perjuangan PAS, sekurang-kurangnya untuk digembar-gemburkan oleh media massa supaya penyokong mereka percaya yang PAS akan melaksanakan hudud di samping dijadikan 'modal' untuk berkempen dan menyerang UMNO.

Mungkin ramai yang telah lupa atau tidak tahu bahawa PAS pernah mencuba untuk menggubal undang-undang hudud untuk digunapakai di Terengganu ketika mereka memerintah negeri tersebut. Tetapi ternyata hudud yang dibentangkan oleh PAS bukan berdasarkan Islam, tetapi berdasarkan nafsu pemimpin-pemimpin PAS yang mengakibatkan ianya ditolak mentah-mentah oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Antara perkara yang bertentangan dengan hukum Islam yang di dalam hudud Terengganu yang telah digazetkan ialah Seksyen 14 di mana menerangkan bahawa seorang suami dibolehkan untuk meliwat isterinya. Selain itu, terdapat juga enakmen yang membenarkan orang bukan Islam dilantik bagi undang-undang hudud dan juga perkara berkaitan qazaf yang melibatkan empat saksi bagi zina iaitu sekiranya salah seorang saksi menarik diri, maka tiga lagi saksi boleh dihukum.

Ini hanya 3 contoh mengenai betapa kejam dan tidak adilnya hudud ciptaan PAS. Mengikut Datuk Zulkifli Noordin di dalam Sidang Dewan Rakyat sekitar Oktober 2011, terdapat berbelas-belas lagi perkara di dalam hudud PAS Terengganu yang bertentangan dengan Islam dan menafikan keadilan.

Walau apapun, kita percaya yang Hukum Hudud tidak mustahil untuk dilaksana.

Yang menjadikannya mustahil ialah kesukaran untuk mencari para penggubal, hakim dan seluruh jentera penghakiman yang mempunyai keikhlasan, ketakwaan dan integriti yang tinggi dan sempurna. Selain itu, ia juga memerlukan keikhlasan, ketakwaan dan integriti yang sama tinggi dan sempurna, di pihak yang bertanggungjawab melantik mereka-mereka ini.

Hudud Terengganu dengan sendirinya telah membuktikan betapa PAS langsung tidak layak untuk menggubal hukum hudud.

Sikap PAS yang berat sebelah sehingga sanggup menutup mata atas maksiat yang dilakukan oleh pemimpin sendiri, contohnya Mat Sabu yang ditangkap khalwat tetapi dijulang sehingga menjadi Timbalan Presiden, pula menunjukkan yang PAS bukanlah pihak yang layak untuk melantik hakim ataupun penggubal hukum hudud.

Tindakan PAS menggunakan alasan hukum hudud yang memerlukan 4 saksi untuk menolak saksi dan bukti kes liwat/zina yang diperolehi melalui teknologi seperti rakaman video dan forensic sains menjadikan orang bukan Islam semakin 'cuak' terhadap hudud.

PAS mempertontonkan kepada bukan Islam bahawa hudud adalah sesuatu yang akan membawa kita ke belakang ke zaman jahiliah sebelum penemuan sains dan teknologi serta cenderung menganiaya wanita dan memberi kuasa penuh kepada lelaki untuk memenuhi nafsu serakah mereka sebebas-bebasnya.

Selain itu, hujah PAS bahawa hudud akan mengekang jenayah juga tidak dapat diterima oleh bukan Islam kerana beberapa negara yang mengamalkan hudud berada di tempat tercorot di dalam indeks jenayah dunia. Kebanyakannya juga memaparkan kekejaman yang tinggi terhadap wanita.

Antaranya, Afghanistan, Sudan, Somalia, dan Nigeria. Manakala, Pakistan pula yang mengamalkan undang-undang Islam bersama dengan undang-undang lain juga merupakan antara negara yang mundur dan juga banyak melakukan ketidakadilan terhadap wanita. Sedangkan umum sedia maklum bahawa Pakistan merupakan antara negara yang paling digemari oleh puak-puak PAS untuk menghantar anak-anak mereka melanjutkan pelajaran agama. Gelaran 'mujahidin' dan gerakan jihad di Pakistan menjadikan mereka teruja walaupun beberapa kali terjadi kes di mana anak-anak mereka terutamanya yang perempuan menjadi trauma sejurus tiba di sana.

Secara keseluruhannya, sikap, pandangan serta kecenderungan PAS dalam memperkatakan Islam dan undang-undang Islam membawa gambaran yang mundur, tidak adil serta menakutkan.

Kerana PAS, Islam dan undang-undang Islam dilihat sebagai mempromosi ketegangan, syak-wasangka dan keganasan. Kerana PAS, Orang Islam dilihat sebagai golongan yang sentiasa waspada, tidak ikhlas, sukar bergaul, memusuhi ketenangan, menolak keceriaan dan sebaliknya sering mencari pasal terhadap orang lain – bukan Islam dan juga sesama sendiri.

Oleh itu sebelum PAS meneruskan lakonan menyerang Karpal Singh, adalah lebih baik PAS melihat dahulu ke dalam diri sendiri. Sedarlah bahawa di mata umum, termasuk bukan Islam, PAS itu sinonim dengan nafsu - berkahwin 2,3,4, berkhalwat dan berzina. PAS itu sinonim dengan sifat kampungan yang suka mencarut, memaki dan menghamun. PAS itu sinonim dengan lelaki tidak berguna yang siang malam kononnya 'berjihad' sedangkan isteri yang menanggung semuanya.

Dengan itu, kita ingin bertanya PAS, 'jihad' apa?

Jihad yang paling utama adalah jihad menentang iblis di dalam diri sendiri. Laksanakan jihad yang utama itu dahulu sebelum berjihad melaksanakan hudud kerana selagi iblis menguasai diri, selagi itulah hudud yang ingin digubal menjadi hudud yang berdasarkan nafsu dan bukannya berdasarkan Islam.




Sent from Samsung tablet

MP PAS : SEKARANG BUKAN MASA YANG KONDUSIF UNTUK MELAKSANAKAN HUDUD

Seminggu dua kebelakangan ini isu Hudud bergema semula, sekaligus menggegarkan kembali arena politik negara dimasa yang sama ramailah yang akan tampil bersama hujah masing-masing bagi pihak kelompok yang disokong.

Sekitar tahun 1990 hinggalah pilihanraya umum tahun 1999 dulu, isu Hudud juga pernah mencuri tumpuan umum walaupun kerapkali ia hanya panas semasa menjelang pilihanraya dan mulai sejuk selepas keputusan pilihanraya diketahui.

Semasa isu hudud hebat dimanipulasi oleh PAS untuk kepentingan politik kepartiannya, banyak fatwa politik bergentanyangan dari mulut mereka termasuklah menjatuhkan hukum kafir, anti Islam dan sesat terhadap penyokong dan pemimpin UMNO.

Segalanya dilakukan hanya kerana UMNO berpendapat belum tiba masanya untuk negara kita melaksanakan hukum hudud disebabkan halangan populasi penduduk, kekangan kedudukan ekonomi ummah, liku-liku perundangan yang rumit serta suasana semasa yang belum mengizinkan perlaksanaannya.

Malah untuk menonjolkan kononnya PAS begitu serius memperjuangkan Hudud sebagai perundangan utama negara, PAS pernah secara tergesa-gesa membentangkan Draf Hudud di DUN Kelantan dan Terengganu walau hakikatnya dari segi persediaan praktikalnya satu bayang pun tidak kelihatan.

Lebih dari itu, PAS juga pernah mengwar-warkan konon hukum Hudud akan terlaksana serta merta sebaik ayam jantan belum habis berkokok tapi kemudiannya walau ayam jantan sudah beribu kali melaungkan kokokannya hingga kini draf hudud hanya kekal sebagai draf semata-mata.

Tapi semuanya itu masih tidak menghalang PAS untuk terus bersembang pasal Hudud dan memanipulasikan sebagai umpan politik bagi menandingi pengaruh UMNO dikalangan orang Islam malah strategi fatwa politik termasuk menududh UMNO telah sesat dan anti Islam terus digunapakai hingga sekarang.

Namun kini, apabila seorang pemimpin PAS yang datangnya dari kelompok pro Anwar Ibrahim dan dikenali sebagai puak Erdogan turut berkongsi pandangan sama dengan UMNO dalam isu perlaksanaan Hudud tentunya kita tertanya-tanya apakah hukum atau fatwa politik yang akan dihambur keluar oleh pemimpin PAS yang lain terhadap Dr Dzulkifli?

Dalam kenyataannya, Dr Dzulkifly Ahmad yang juga Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor secara terbuka menyatakan "sekarang bukan masa yang kondusif untuk hudud dilaksanakan kerana proses untuk merealisasikan undang-undang itu memerlukan perbincangan secara terbuka serta membabitkan banyak proses perundangan".

Tambah beliau lagi, "isu hudud kini semakin menjadi permainan politik. Dalam keadaan ini, jika ia tidak ditangani secara baik, banyak pihak akan terus tidak faham malah mungkin terkeliru mengenai hudud".

Membaca kenyataan beliau di atas yang disiarkan oleh Sinar Harian 23 Ogos 2012, jelas senada dengan alasan penangguhan perlaksanaan Hudud yang seringkali disebut oleh pemimpin UMNO, peliknya hingga sekarang tiada satupun komen balas atau kritikan keras yang menghentam Dr Dzulkifly.

Tapi bila sahaja UMNO yang menyebut sedemikian rupa bagi menjawab persoalan kenapa Hudud tidak dilaksanakan di Malaysia maka tidak semena-mena ramai pemimpin PAS akan segera memanipulasi ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis untuk menghalalkan hukuman kafir, sesat dan anti Islam yang ditujukan terhadap UMNO.

Entah apa respon rasmi PAS kelak, tapi rasanya fatwa politik mereka yang pernah menuduh UMNO telah sesat, kafir dan anti Islam masih boleh diguna pakai terhadap Dr. Dzulkifly kerana nadanya dalam isu Hudud mirip kepada alasan UMNO, tidak begitu?

Barangkali PAS hanya akan berdiam diri dari mengulas kenyataan Dzulkifly itu dan penyokongnya pula akan buat-buat tidak tahu, atau paling tidakpun mereka akan menganggapnya sebagai kenyataan peribadi sahaja, taktik biasa untuk mengelakkan jadi semakin terhimpit dan tersepit.




Sent from Samsung tablet

Friday 17 August 2012

APAKAH NILAI PAS DALAM PR, BENARKAH PAS PARTI YANG DOMINAN DALAM PR?

Setelah menjadi keldai tunggangan DAP dan PKR untuk sekian lama, pemimpin PAS masih tidak mengerti dan faham bahawa mereka sebenarnya telah dipergunakan untuk menjayakan agenda liberalisme, pluralisme serta penghapusan kepentingan dan hak-hak Melayu di negara ini.

Sentiasa sahaja PAS akan mempertahankan kedua-dua sekutunya dalam Pakatan Rakyat apabila mereka diserang tetapi adalah parti itu benar-benar faham apa yang mereka cuba pertahankan?

Takkan pemimpin PAS seperti Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz Nik Mat begitu bodoh dan bebal sehingga tidak dapat membaca perancangan DAP dan PKR yang akan menyisihkan masa depan Islam dan Melayu sekiranya mereka berkuasa?

Dalam isu fatwa haram mengundi dan menyokong DAP yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Abdullah Sama'ah, PAS begitu beria-iya mempertahankan DAP.

Pernahkan kita lihat DAP melakukan perkara yang sama mempertahankan PAS dalam mana-mana isu selama ini?

Yang kita dengar hanya amaran demi amaran dari DAP jika PAS masih berkeras untuk menegakkan Negara Islam serta melaksanakan Hukum Hudud.

Akhirnya PAS kecundang di gelanggang sendiri - Negara Islam bertukar menjadi Negara Berkebajikan dan Hukum Hudud terus lenyap sekali daripada agenda Pakatan Rakyat.

Kalaulah DAP iklhas menyokong PAS mengapa parti cauvinis Cina itu selama ini tidak pernah mahu duduk semeja dengan PAS bagi berdialog atau berbincang mengenai Hukum Hudud atau Negara Islam?

Ini membuktikan DAP tidak berminat langsung untuk mengkaji mengenai Islam dan ini telah ditegaskan puluhan kali oleh pemimpinnya, yang dungu hanya PAS.

Dituduh pula Umno menolak Hukum Hudud sementara DAP hanya sekadar menentangnya.

Sekali lagi pemimpin jumud PAS tidak tahu membezakan antara maksud perkataan tolak dan tentang.

Tolak maknanya tidak menerima manakala tentang pula membawa erti melawan atau menyanggah.

Walaupun kedua-dua istilah membayangkan maksud yang hampir sama, 'menentang' adalah lebih kuat maksudnya daripada 'menolak'.

Justeru, Umno hanya 'menolak' Hukum Hudud bukan kerana parti Melayu itu 'menentang' hukum Allah swt tetapi tidak menerima pendekatan dan cara ianya mahu dilaksanakan oleh PAS.

Berlainan dengan DAP yang bukan setakat menentang Hukum Hudud malah menghina hukum Allah serta memperlekehkannya.

Pelik sekali Abdul Hadi selaku Presiden PAS membuat perbandingan dengan mengatakan perlembagaan parti itu mempunyai peraturan untuk memecat mana-mana ahli yang meminum arak dan memakan babi, sesuatunya yang dikatakan tidak ada dalam Umno.

Bagi PAS kalau ahli minum arak dan makan babi amat merbahaya tetapi jika pemimpin PAS balun RM50 juta wang caruman ahli dalam Kohilal tidak mengapa atau berkhalwat dengan isteri orang dan kemudian mengahwininya bila-bila masa pun boleh dihalalkan, malah boleh dipilih sebagai Timbalan Presiden!

Sebab itu Nik Aziz boleh keluarkan pelbagai fatwa sesat seperti pangkah PAS masuk syurga atau hatta boleh bersekutu dengan syaitan sekalipun kalau syaitan boleh beri kemenangan kepada parti itu atau Abdul Hadi boleh keluar fatwa mengkafirkan ahli Umno!

Mungkin PAS terlepas pandang melihat sikap sebuah parti Islam bernama Parti Keadilan dan Pembangunan, AKP yang kini berkuasa di Turki di bawah Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan.

Erdogan seperti semua maklum adalah penyokong kuat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan seringkali memberi dana besar kepada PKR untuk menjalankan aktivitinya.

AKP pula adalah sebuah parti Islam liberal yang tidak peduli atau 'angkat pot' samada anggota parti atau wakil rakyatnya kaki botol, taik judi atau kaki perempuan.

Bagi DAP dan PKR, hak kesamarataan dan kebebasan beragama semua penganut mana-mana agama atau kepercayaan di negara ini menjadi tunggak dan prinsip perjuangan Pakatan Rakyat.

Bagi Anwar dan Karpal Singh, PAS perlu keluar daripada Pakatan Rakyat jika terus bermimpi mengenai Hukum Hudud dan Negara Islam.

Bagi Umno, keadaan realiti masyarakat majmuk di Malaysia hendaklah dijadikan asas dalam menggubal hukum syariah sedemikian rupa.

PAS mengganggap Malaysia seperti juga mana-mana negara Arab seperti Arab Saudi, Pakistan atau Sudan yang melaksanakan Hukum Hudud.

Lihat sahaja dalam kes Sudan yang memperkenalkan undang-undang syariah sejak tahun 1983 oleh presiden ketika itu, Ja'afar Numeiri.

Pergolakan terus berlaku disebabkan sebahagian rakyatnya yang beragama Kristian dan animis (pemuja elemen alam seperti pokok, batu dan sebagainya) menentang pelaksanaan hukum tersebut bukan kerana faktor agama tetapi kerana Islam telah dipergunakan oleh pemimpin negara itu untuk tujuan politik peribadi.

Akhirnya Sudan, sebuah negara Islam dan mempunyai keluasan terbesar di benua Afrika, berpecah dan kehilangan wilayah selatan (kini sebuah negara merdeka di panggil Sudan Selatan) yang amat jaya dengan minyak.

Adakah di Sudan, Islam menang dan syiar agama itu menjadi semakin kukuh dan kuat serta umat Islam menjadi lebih maju dan kaya setelah pelaksanaan Hukum Hudud ala Ja'afar Numeiri?

ends




Sent from Samsung tablet

Friday 10 August 2012

ISLAM ATAU PUTRAJAYA

Telah difatwakan oleh seorang ulama dari sebuah pondok di Kelantan bahawa adalah haram bagi orang Islam mengundi parti cauvinis Cina, DAP kerana ia menentang undang-undang hudud yang merupakan hukum Allah.

Menyusul pula sokongan padu terhadap fatwa Tuan Guru Abdullah Sa'amah, Pengasas Pondok Geting, Tumpat daripada para mufti dan golongan muda.

Yang benci akan fatwa tersebuta sudah tentunya DAP dan terkunci mulut yang selama ini celupar memaki hamun kerajaan dan Umno ialah PAS, sekutu kuat parti yang secara konsisten menentang pelaksanaan hukum Islam di Malaysia.

Jikalau PAS selama berpuluh tahun lantang mengkafirkan pemimpin dan ahli Umno hanya disebabkan perbezaan ideologi politik, adakah parti itu kini berani mengkafirkan Tuan Guru Abdullah kerana mengeluarkan fatwa menegah umat Islam menyokong sekutu politiknya?

Apakah PAS atas dasar kegelojohannya untuk menawan Putrajaya sanggup mengenepikan fatwa soeang ulama pondok yang dihormati kerana mahu terus tidur setilam dan sebantal dengan musuh Islam?

Sudah tentu fatwa Tuan Guru Abdullah berlandaskan hujah agama yang kukuh yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa hatta PAS sekalipun.

Namun Ketua Dewan Ulama PAS, Daud Iraqi, yang terkenal dengan fahaman Wahabi ekstrim yang tebal terus mahu partinya memegang erat tangan DAP atas alasan 'tahaluf siyasi'.

PAS berselindung disebalik istilah Arab untuk mengelirukan umat Islam tetapi dalam erti yang lebih mudah pendekatan ini hanyalah kaedah sekular Machiavellian iaitu 'matlamat menghalalkan cara'.

PAS menutup mata dan memekak telinga kepada hakikat sebenar bahawa sebelum berlakunya kerjasama politik yang dipanggil Pakatan Rakyat, DAP paling tegar menentang segala dasar Islam yang dibawa parti itu.

Akhirnya DAP dan satu lagi sekutu, PKR, berjaya menundukkan PAS untuk menghumban perjuangan 'Negara Islam' kepada 'Negara Berkebajikan' yang diterima pakai oleh Pakatan Rakyat.

Bagi pemimpin PAS yang gilakan kuasa dan bersikap hipokrit, haram bagi mereka bermuzakarah serta jauh sekali menjalinkan kerjasama dengan saudara seIslam dari Umno tetapi halal untuk 'cium mulut' dengan DAP.

Tidakkah PAS sedar, pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang mereka sanjung dan julang itu pernah memaki serta menghalau orang Melayu dari Tanah Melayu ini ketika tragedi 13 Mei 1969 dahulu?

Lupalah PAS akan sejarah hitam DAP yang telah dibuktikan sebagai pencetus utama kepada rusuhan kaum yang meragut lebih 2,000 nyawa itu?

Tidakkah insiden terbaru di mana ADUN Kota Shah Alam, M. Manoharan menghina jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menunjukkan sikap biadap parti itu terhadap mana-mana pencapaian negara hanya kerana kejayaan itu berlaku di bawah kerajaan Barisan Nasional?

DAP membenci dasar-dasar kerajaan yang pro-Melayu tetapi apabila berjaya menguasai Pulau Pinang, mereka menukar taktik untuk menonjolkan imej yang lebih lunak terhadap orang Melayu.

Lalu tiba-tiba pemimpin Cina DAP di Pulau Pinang dan Perak beriya-iya mengambil hati orang Melayu dengan memetik hadis dan ayat suci Al-Quran dalam ceramah mereka.

Lim Guan Eng pula mengangkat Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola ciri-ciri pentadbiran negeri malah menganjurkan seminar mengenai tokoh Islam tersebut.

Berduyun-duyunlah pemimpin Cina DAP memasuki masjid, surau dan madrasah untuk memperdayakan orang Melayu bahawa parti itu tidak merbahaya dan bukan perkauman.

Maka pemimpin PAS pun terpegun dan terkesima dengan permainan wayang kulit sehingga mengatakan Islam DAP lebih baik daripada Islam Umno!

Daripada pembenci bangsa Melayu dan penentang hebat undang-undang Islam, kini DAP mahu muncul sebagai pembela bangsa dan agama pula.

Ciri-ciri musuh dalam selimut ini tidak lain tidak bukan hanya terdapat dalam golongan yang muncul dalam sejarah Islam yang dikenali sebagai puak Khawarij.

Kumpulan Khawarij adalah satu golongan ekstrim agama yang bertanggungjawab dalam pembunuhan Khalifah Ar Rashidin keempat, Saidina Ali ibn Abi Talib ra.

Maka tidak jauh daripada paksi kebenaran jika dikatakan bahawa DAP adalah golongan Khawarij Cina di Malaysia.

DAP menunjukkan sifat yang ekstrim dan tidak mahu berkompromi dengan mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengannya.

Lihat sahaja isu berlainan tema sambutan Merdeka ke 55, bagaimana DAP memainkan peranan mereka untuk memecah belahkan perpaduan rakyat di negara ini.

Jika mereka boleh mencetus tragedi berdarah 13 Mei, memporak perandakan masyarakat yang hidup dalam aman dan harmoni selama ini, bukanlah perkara yang susah bagi DAP.

Dalam pada DAP memujuk orang Melayu menyokong mereka, parti itu juga tidak putus-putus menyerang semua dasar dan program kerajaan yang menguntungkan orang Melayu.

Mereka mengkritik keras UiTM, Mara, MRSM, IPTA, , pentadbiran awam, Dasar Ekonomi Baru, Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Kerajaan, PDRM, institusi kehakiman dan segala apa yang berkaitan dengan kepentingan Melayu.

Golongan Khawarij DAP ini hanya mempunyai satu tujuan iaitu untuk menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan menjadikan orang Melayu merempat sebagai kelas tiga di negara sendiri.

Golongan yang samalah juga yang didewa-dewa oleh PAS sehingga mereka sanggup menggadaikan agama untuk kepentingan politik yang sempit dan jumud.

ends




Sent from Samsung tablet

PANDANGAN MENGENAI HUKUM HUDUD

Sesiapa yang masih keliru berkaitan isu hudud yg sering di gembar-gemburkan oleh pembangkang selama ini sehingga UMNO dan penyokong2nya di anggap kafir kerana tidak melaksanakan hukum hudud, di bawah ada penjelasannya. Di harap seluruh umat Islam dapat menafaat dan boleh membuat penilaian seadil mungkin.

artikle di bawah adalah ihsan sahabat saya En JASNI LEE: Terima kasih jasni di atas maklumat anda. semoga memberi menafaat kepada sahabat2 kita yang lain:-

Siapa kata UMNO TOLAK Hukum Hudud? UMNO cuma nak laksanakan hudud secara menyeluruh iaitu termasuk golongan bukan Islam pun tak terkecuali..tapi PAS x setuju..PAS hanya akan laksanakan hukum hudud untuk umat Islam sahaja..mcm mana nak laksanakan hudud sedangkan negara kita sekarang menggunakan undang2 sivil (common law)? jika hudud dilaksanakan, kedua2 jenis undang2 ini x sama antara satu sama lain..maksudnya jenis hukuman pun x sama walaupun kesalahan yang dilakukan adalah sama..

Memanglah di zaman Rasulullah s.a.w dulu menggunakan hukum hudud mengikut Al-Quran manakala kaum yahudi pula menggunakan undang2/hukuman mengikut kitab Taurat..pun begitu, kedua2 hukuman ni (antara Al-Quran & kitab Taurat) menggunakan kaedah serta hukuman yang sama..contohnya dalam kes zina antara lelaki dan wanita yg dah berkahwin, mengikut kitab Taurat mereka akan direjam di mana ianya adalah bersamaan dengan hukuman dalam hukum hudud..jadi, walaupun kaum Yahudi menggunakan hukuman mengikut kitab Taurat, tapi hukumannya sama seperti hukuman dalam hukum hudud..

Jika hukum hudud digunapakai di Malaysia, maksudnya kita akan ada dua jenis hukuman yang berbeza..org Islam yang melakukan zina (bagi yang dah berkahwin) akan dihukum rejam, manakala orang bukan Islam yang berzina plak mungkin akan didenda ataupun x kena apa2 denda pun..masalah ni akan menjadi lebih rumit bila pasangan zina itu adalah penganut agama Islam dan pasangannya pulak bukan beragama Islam..pasangan yg bukan Islam itu mungkin x dikenakan hukuman berat pun, dan pasangannya pula yg beragama Islam akan direjam sampai mati (jika pesalah sudahpun berkahwin)..kat sini kita akan dapat lihat masalahnya bila tiada asas hukuman yang sama.

Oleh itu, hanya ada satu cara utk laksanakan hukum hudud secara menyeluruh, kita kena meminda undang2 sivil terlebih dahulu..yakni kita perlu selaraskan dahulu hukuman sivil selari dengan hukuman hudud..baharulah nanti wujud persamaan dari segi hukuman..masalahnya, mahukah golongan bukan Islam di kabinet seperti MCA, MIC, Gerakan dan DAP menerima cadangan pindaan ini?? Adakah hak meminda undang2 di Malaysia terletak di tangan menteri2 UMNO secara total?? Tentulah tidak kan?? Dan jangan ingat semua penyokong2/pemimpin PKR akan bersetuju untuk melaksanakan hukum hudud sebabnya PKR mengamalkan dasar liberal yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk memilih agama.

Kita harus ingat, segala pindaan undang2 atau perlembagaan negara perlu mendapat sokongan majoriti di parlimen termasuk sokongan dari MCA, Gerakan, DAP, MIC, etc...jika sokongan majoriti diperolehi, baharulah kita boleh meminda undang2..UMNO tidak boleh sesuka hati meminda undang2 tanpa sokongan majoriti di kabinet.

Kalau negara kita ini semuanya terdiri dari orang Islam, memanglah tidak menjadi suatu masalah langsung jika undang2 hudud dilaksanakan..masalahnya negara kita terdiri dari pelbagai kaum, etnik dan agama..memang benar, zaman nabi pun ada kaum kafir, tapi golongan kafir zaman nabi iaitu kaum yahudi pun guna undang2 mengikut kitab Taurat..jenis hukuman kedua2nya antara hudud dan hukuman mengikut Taurat adalah sama..kalau kesalahan yang dilakukan adalah sama; jika dalam kitab Taurat menjatuhkan hukuman bunuh, hudud pun sama juga..sebab tu lah tiada masalah ketika di zaman rasulullah s.a.w.

ada yang bertanya pulak kenapa hukum hudud nak dikenakan ke atas golongan bukan Islam sedangkan ibadah solat tidak diwajibkan ke atas mereka..nampaknya pembangkang tak belajar ttg rukun Islam iaitu :-

Para ulama menetapkan setiap umat Islam mesti mematuhi 5 perkara asas dalam Islam yang dikenali sebagai Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara iaitu:-

1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Menunaikan solat fardu lima waktu
3. Berpuasa pada bulan Ramadan
4. Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta
5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu

Jadi, solat hanya wajib utk orang Islam sahaja, bukan Islam tak diwajibkan pun..hukum hudud adalah undang2 untuk mencegah manusia dari melakukan maksiat dan segala kejahatan..

Perlu direnungkan juga tentang kaedah membuktikan seseorang itu bersalah atau pun tidak. Kita x nak nanti ada yang tak bersalah tapi dijatuhkan hukuman bersalah. Ini adalah kerana fitnah amat senang untuk dilakukan ketika ini memandang keca...nggihan teknologi yang dapat menewaskan kemampuan fikiran kita untuk menilai yang mana satukah fakta/bukti yang benar dan yg mana satu bukti/fakta yang direka2 sahaja..Inilah yang kita selalu ckp kaedah perlaksanaan hukum hudud..Rakyat nak tahu mcm mana kaedah melaksanakannya, kaedah pembuktian dan juga kaedah hukuman..sampai skrg PAS sendiri pun x berani nak jelaskan kepada rakyat tentang kaedah perlaksanaan hukum hudud..

Jasni Lee : Cuba bayangkan dah berapa lama PAS telah mencanang cerita kununnya UMNO menolak hudud sedangkan PAS sendiri pun xtau kaedah nak laksanakan hudud..baru skrg je Hadi Awang mengaku kalau nak laksanakan hudud perlukan masa, kena kaji, ekonomi rakyat perlu stabil dulu..jadi, dulu2 PAS x tahu apa satu laa..main canang2 nak laksana hudud dalam pilihanraya je lah..kesian, rakyat ditipu lagi oleh pemimpin2 PAS yang hanya gilakan kuasa..

Persoalan :

1. kenapa Khalifah Umar Al-Khatab tidak memberikan zakat kepada muallaf qulubhum pada zamannya walaupun jelas ada nas dlm ayat Al-Quran mengenai hak mualaf tersebut?

2. Kenapa Khalifah Umar Al-Khatab tidak melaksanakan hukuman hudud pada masa Madinah dalam kesusahan/kemiskinan?? bukan sahaja UMNO, malah Khalifah Umar Al Khatab sendiri tidak melaksanakan hukum hudud ketika Madinah dilanda kemiskinan..jadi, adakah Khalifah Umar boleh dikatakan menolak hukum Allah?? Tahukah anda apakah hubungan Khalifah Umar dengan Rasulullah s.a.w??Aku tak perlu sebutkan di sini lagi, sebabnya semua org tahu kan..jika Khalifa Umar sendiri tidak laksanakan hudud ketika itu, kenapa UMNO yang tidak laksanakan hudud dikatakan menjadi kafir??? Siapa PAS nak jatuhkan hukum??

3. Dalam pembahagian harta rampasan perang, jelas dlm Al Quran menyatakan ia perlu dibahagikan kepada 5 bahagian, tapi kenapa beliau hanya berikan 1/5 kpd baitulmal sahaja, dan selebihnya diberikan kpd sebahagian tentera sahaja??

4. Persoalan terakhir, adakah Khalifah Umar membelakangkan Al-quran dan Sunnah? Puak PAS silalah jawab!!

Kita sedia maklum bahawa UMNO hanya ada 77 kerusi parlimen daripada 222 kerusi parlimen yang ada di Malaysia. Bagaimana UMNO nak mendapatkan sokongan 2/3 di parlimen? Secara kasar, 2/3 daripada 222 kerusi adalah bersamaan dgn 148 kerusi sedangkan UMNO ketika ini hanya ada 77 kerusi sahaja? Kalau dicampurkan dengan jumlah kerusi parlimen UMNO, PAS & PKR (77+23+25) baru berjumlah 125 kerusi parlimen sahaja..maksudnya masih memerlukan 23 kerusi untuk menyokong perlaksanaan hukum hudud..jadi, adakah kegagalan mendapat baki 23 kerusi ini adalah salah UMNO?? renung2kan, jangan main ckp ikut sedap mulut je..

Akhir sekali, jika negara kita melaksanakan hukum hudud hanya melibatkan orang2 Islam, manakala org2 bukan Islam pula menggunakan hukuman mengikut undang2 sivil, adakah jenayah tidak akan berlaku langsung di kalangan golongan bukan Islam?? Adakah negara kita tidak akan ada lagi jenayah seperti berzina, berkhalwat, merompak, menyamun, merogol dan sebagainya di kalangan orang2 bukan Islam? Ini adalah kerana golongan bukan Islam tidak dikenakan hukuman berat sama seperti hukuman hudud. Seterusnya sudah pastilah mereka tiada rasa takut langsung untuk melakukan lagi aktiviti jenayah ataupun maksiat. Sudah pasti golongan bukan Islam akan mentertawakan orang2 Islam kerana mereka (orang2 bukan Islam) buat salahpun xkan kena hukuman berat sedangkan kalau orang2 Islam buat salah akan dikenakan hukuman berat. Pada masa ini akan wujud gejala ejek-mengejek, rasa tidak puas hati di kalangan umat Islam dan tidak mustahil akan wujud suasana ketegangan kaum dan agama.

Kesimpulannya; jenayah tetap akan berlaku walaupun hukum hudud telah dilaksanakan. Ini adalah kerana hukum hudud hanya dilaksanakan untuk umat Islam sahaja. Alasannya, hanya org2 Islam sahaja yang takut untuk melakukan maksiat ataupun jenayah, sedangkan golongan bukan Islam masih bebas melakukannya sebab tidak akan dikenakan hukuman berat pun..sedarkah anda bahawa di Malaysia ni wujud gangster2 yang terdiri dari golongan bukan Islam??? Oleh yg demikian, hudud tidak akan dapat membendung golongan bukan Islam dari melakukan maksiat serta aktiviti jenayah..




Sent from Samsung tablet

Wednesday 8 August 2012

PAS : UMNO LEBIH HARAM DARI DAP

Sokong DAP Haram, itu kata putus para Ulama. Sebabnya, DAP menentang Islam dengan tegas dan lantang. DAP juga sudah terserlah sebagai parti yang tegar memperjuangkan agama Kristian serta mempunyai agenda jelas tidak menerima Raja-raja Melayu (yang melindungi kedudukan agama Islam di Malaysia) serta tidak senang dengan Islam sebagai agama rasmi.

Kemungkinan besar, tidak salah jika dikatakan bahawa DAP berada di belakang isu murtad di Selangor kerana jelas mereka memberi sokongan kalau pun tidak membela atau menjadi dalang dalam isu ini.

Namun, PAS tetap teguh bersama DAP, cuba menutup dan memperkecilkan isu murtad malah sanggup menyepak keluar Dato' Dr. Hasan Ali yang lantang membangkitkan isu tersebut.

Maka seluruh umat Islam di Malaysia menjadi hairan bagaimana PAS yang begitu takbur mendabik dada sebagai parti Islam ekstrem, yang pernah bermimpi untuk memisahkan wanita dan lelaki di pasaraya, bas, kolam renang dan menghukum sesiapa saja yang tidak berpakaian mengikut 'standard' pemakaian mereka serta menganggap selagi terdapat botol arak di Malaysia, maka kerajaan Malaysia wajib ditentang kerana sekular atau kafir, kini memandang sebelah mata sahaja akan isu murtad.

Sedangkan 'murtad' adalah sehabis besar isu bagi umat Islam kerana ia melibatkan umat meninggalkan agamanya. Tiada apa lagi yang jauh lebih besar atau lebih tragik daripada seorang Muslim menjadi murtad.

Oleh itu, kita hanya mampu menggelengkan kepala melihat bagaimana PAS telah memperkecilkan isu yang sebegitu besar, hanya kerana ingin terus bersama DAP.

Namun, apa yang nak dihairankan dengan sikap PAS sedangkan prinsip untuk menegakkan Negara Islam juga sudah lama digadai mereka gara-gara begitu teruja atau 'gila' untuk bersama bergandingan tangan dengan DAP menuju ke Putrajaya. Hanya akhir-akhir ini, soal hudud dipolitikkan semula memandangkan Pilihanraya sudah semakin hampir.

Kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud mengenai hukum haram bekerjasama dengan DAP membuktikan 'kegilaan' PAS demi mengejar kuasa politik. Menurut beliau, "adalah haram mengundi golongan yang menentang Islam pada dasarnya namun ia dibolehkan bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO".

Ertinya, beliau mengaku adalah haram untuk bekerjasa dengan DAP yang menentang Islam tetapi ia dibolehkan bagi menentang UMNO/BN yang didakwanya menentang Islam juga.

Nampaknya, PAS meletakkan UMNO/BN yang telah membina beribu-ribu masjid, melahirkan begitu banyak 'Ulama' dalam berbagai bidang, menjaga kebajikan rakyat, memelihara keamanan dan menyeru kepada perpaduan sepertimana yang dituntut Islam, sebagai jauh lebih 'kafir' dari kafir harbi DAP.

Dalam ertikata lain, PAS sanggup menjatuhkan saudara seagama demi untuk berkongsi kuasa dengan kafir harbi.

Ini adalah pendirian PAS seperti yang telah ditegaskan oleh Ketua Dewan Ulama mereka sendiri. Ia diungkapkan dalam ayat yang mudah untuk difahami, jelas serta tidak diputar-belit oleh sesiapa.

Kini, para Ulama telah pun menyatakan hukum bekerjasama dengan DAP mengikut Islam iaitu haram, dan Dewan Ulama PAS juga telah menyatakan hukumnya mengikut ideologi PAS iaitu harus.

Jelas, PAS telah memilih untuk mengutamakan politik dari agama maka dengan itu tiada guna lagi bagi kita mempersoalkan pendirian mahupun hala tuju parti tersebut selepas ini.

Justeru, mulai hari ini, kita semua wajar berhenti dari merasa hairan dengan segala tindak tanduk PAS yang bertentangan dengan Islam.

Kita wajar menerima hakikat bahawa PAS sudah begitu selesa, gembira dan tenang bergandingan dengan DAP untuk menjatuhkan UMNO, menuju ke puncak kuasa bersama-sama. Untuk itu, Islam dan hukum-hakamnya sentiasa perlu diubah untuk disesuaikan dengan kehendak Kristian-DAP agar kerjasama mereka kekal utuh.

Apa yang tinggal kini ialah terpulanglah kepada para Muslimin Muslimat di dalam PAS untuk memilih Islam ataupun PAS.




Sent from Samsung tablet

Tuesday 7 August 2012

KEJAYAAN PERTAMA PENDOKONG LGBT : PADERI GAY DAN PASANGAN ADAKAN RESEPSI DI KL


Tahun lalu, seorang rakyat Malaysia keturunan Cina, Ngeo Boon Lin yang juga seorang paderi gay telah mengambil keputusan mengahwini rakan sejenisnya di sebuah gereja di Amerika.

Pasangannya seorang lelaki kulit hitam, Phineas Newborn III adalah seorang produser pementasan muzikal Broadway. Perkahwinan pelik itu dilaporkan telah didaftarkan di New York.

Semasa di awal meletusnya berita perkahwinan gay mereka berdua, pelbagai lapisan masyarakat Islam, Hindu dan Buddha telah meluahkan bantahan, kecaman dan kemarahan mereka terhadap tidakan luar tabie tersebut.

Selepas hampir setahun kisah mereka reda dari perhatian umum, tidak semena-mena timbul semula apabila kedua-duanya tampil meraikan majlis resepsi perkahwinan mereka di sebuah restoran makanan Cina di Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataannya kepada AP, Boon Lin mengakui isu gay cukup sensitif di Malaysia tapi peliknya seperti sengaja pula mahu mempromosikan kisah perkahwinan gay apabila turut menjemput sekumpulan wartawan ke majlis tersebut.

Jika pada tahun lalu banyak pihak tampil ke hadapan menyuarakan bantahan dan mengecam perlakuan songsang tersebut, kini bantahan yang sama juga patut diluahkan segera terhadap majlis respsi itu.

Tambahan pula sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai adat budaya serta resamnya yang tersendiri, amat tidak bersesuaian sekali kita membiarkan sahaja kelakuan paderi dan pasangan songsangnya itu menambah biakkan lagi aktiviti sejenis sebegini.

Masyarakat Kristian di Malaysia sewajarnya bangkit menyuarakan kecaman dan bantahan mereka serta tidak sepatutnya membiarkan saja rakan-rakan agama lain sahaja yang memprotes perkahwinan dan majlis resepsi gay itu.

Setidak-tidaknya dengan bantahan tersebut dapat memberi isyarat jelas kepada Boon Lin dan pasangannya bahawa rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama sama sekali tidak akan merestuai amalan luar tabie tersebut.



Sent from Samsung tablet

Monday 6 August 2012

KARPAL SHOULD BE GRANTED MURSYIDUL AM

It is quite funny when only Karpal Singh becomes the only target for PAS on the hudud issue when Karpal was not making any personal statement but it was for the party. Everyone knows, this includes leaders and PAS supporters, that Karpal Singh brings DAP's opinions which are often consistent and strict especially when it comes to going against hudud, rejecting Islamic nation, anti-Malay and Royals.

That is why if PAS wants to show that they are raged over Karpal, they should do it consistently as well.

But what is happening here is, back then, PAS seems very mad at Karpal for saying that PAS need to go over his dead body before making Malaysia an Islamic nation, then, PAS accepted Karpal and DAP. Even Hadi Awang hugged Lim Kit Siang as they were together in the Alternative party even though Kit Siang goes against hudud just as same as Karpal.

Then in 2001, DAP announced their resignation with PAS in the Alternative party (BA) with the excuse that PAS still bring about the hudud issue in their campaigns.

Do remember tha DAP was the one who left BA, not PAS. This showed that DAP remained consistent with their stand on hudud and as for PAS, things are the other way around.

Up until now, in every single confrontation, only DAP threatens that they would get out of Pakatan Rakyat (PR) but PAS never does. That is why PAS do not dare to scream at DAP but they only target on Karpal alone.

PAS is hoping that DAP would not leave them hanging in PR.

Despite that, too bad for PAS because this 'PAS being mad at DAP' is no longer working. Even though there are still pressure from PAS themselves, to get the party out from PR, but we all know that it would never happen. PAS craves for power and they would never leave PR if they do stand the chance to win the next GE.

That is why PAS's 'rage' to Karpal is simply a play. That is the fact that everyone knows but tried to be denied by their supporters. PAS is actually scared of Karpal.

Even though Karpal could only talk and not stand up, slap or kick PAS in the butt, PAS is still scared of him. PAS is scared because they know that Karpal represents DAP and he is not alone. PAS is scared of losing DAP once more and they would do anything as long as DAP remain with them for the fight to Putrajaya.

The clash regarding hudud would not stop until the GE to ensure that Malay voters would not question how Islam PAS is. This is agreed by DAP to retain their non-Muslim support to them. That is why the party is letting Karpal to be used by PAS while waiting for the coming GE.

But, behind the curtain, the story between PAS and DAP is just as same where DAP remain consistent in rejecting hudud, Islamic nation, Malay and Royals while PAS remain as a loyal slave who would do just about anything just so that they would get the chance to be at Putrajaya.




Sent from Samsung tablet

UNISEL BUKTI PENTADBIRAN BUKAN SETAKAT JUAL AIR LIUR

Jika pada tahun 2009, kerajaan PR Selangor telah menunjukkan kelemahan dengan terpaksa memohon bajet tambahan sebanyak dua kali dalam masa enam bulan selepas bajet dibentangkan, ia mungkin disebabkan mereka tidak mempunyai pengalaman mengurus negeri.

Tetapi apabila sudah hampir sepenggal memerintah dan kerajaan PR Selangor masih lagi melakukan kesilapan dan terlepas pandang di sana-sini, terutamanya dalam soal yang membabitkan pendidikan yang menjadi tonggak janji mereka kepada rakyat, maka tidak salah jika kita mengisytiharkan secara rasmi bahawa PR sememangnya tidak mampu dan tidak layak memerintah negeri, jauh sekali negara.

BN 'melepaskan' Selangor kepada PR dalam keadaan negeri tersebut mempunyai simpanan berjumlah RM1.4 billion. Selangor merupakan negeri yang kaya dengan penjanaan ekonomi yang pesat saban tahun sejak dari pemerintahan BN sekian lama.

Pada tahun ini pula, kerajaan PR Selangor mengumumkan simpanan berjumlah RM2.2 billion.

Dengan itu, Dato' Seri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, dalam beberapa kenyataan medianya sering bermegah dengan kemampuan kepimpinannya menambah pendapatan negeri. Begitu juga dengan Azmin Ali dan beberapa pemimpin PR yang lain sering mendabik dada sebagai bijak mentadbir kewangan sehingga mampu menjanjikan pendidikan percuma kepada semua sekiranya mereka memerintah Malaysia.

Namun, hari ini terbuktilah sudah, jangankan mentadbir negeri, tetapi sebuah universiti pun mereka tak mampu. Jangankan memberi pendidikan percuma kepada lebih 600 buah pusat pengajian tinggi seluruh negara tetapi membayar kos penyelenggaraan dan asrama UNISEL dalam tempoh tidak sampai 2 tahun pun mereka tak mampu.

Ini terjadi kerana kerajaan Selangor begitu berharap kepada yuran yang dibayar oleh pelajar untuk menampung semua kos yang terlibat dalam mengendali dan mengurus universiti itu tanpa mempunyai perancangan awal untuk mengatasi kekurangan bajet. Akibatnya, yuran yang dibayar oleh pelajar berjumlah RM15 juta kepada UNISEL tidak sampai ke tangan Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang bertanggungjawab menguruskan kediaman dan penyelenggaraan asrama.

Akibatnya, pejabat operasi JNSB ditutup pada ketika sessi pendaftaran bermula kerana kakitangan mereka tidak menerima gaji.

Tentulah pelik sekali apabila PR memperjuangkan pendidikan percuma dan penghapusan hutang PTPTN kerana "mementingkan pendidikan" tetapi di masa yang sama "mengabaikan kepentingan pendidikan" sehingga membiarkan pelajar-pelajar UNISEL dan kakitangan JNSB menjadi mangsa.

Perkara yang hampir sama juga berlaku di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kedah yang ditadbir oleh kerajaan PAS sehingga membawa kepada demonstrasi menuntut perletakkan jawatan rektor setelah kecewa dengan kerajaan negeri yang tidak ambil peduli.

Kegagalan kerajaan Selangor untuk mendahulukan simpanan negeri yang didakwa mereka sebagai banyak bagi menangani masalah UNISEL membuktikan bahawa PR tidak mengutamakan pendidikan. Sama ada ini benar, ataupun sememangnya PR enggan membayar hutang kepada JNSB kerana berpegang kepada prinsip bahawa hutang tidak perlu dibayar sepertimana pendirian mereka dalam isu PTPTN.

Atau mungkin juga kerajaan negeri sememangnya tidak ada wang dan segala apa yang diumumkan dalam bajet mereka hanyalah penipuan semata-mata.

Namun, ini juga tidak mungkin benar kerana kerajaan negeri Selangor telah mengesahkan akan menyumbangkan sejumlah RM500,000 untuk menampung kos guaman Rafizi Ramli dalam kes melanggar BAFIA. Dan ini bukan kali pertama kerajaan negeri menyalahgunakan wang negeri untuk menampung kos guaman pemimpin atau wakil rakyat PR yang melanggar undang-undang. Sebelum ini, kerajaan negeri telah pun menanggung kos guaman ADUN Seri Muda yang dihadapkan ke mahkamah atas kes menghina Sultan.

Menggunakan wang negeri untuk menanggung kes peribadi dan kes politik yang tiada kena mengena dengan rakyat sudah cukup untuk menunjukkan yang kerajaan negeri Selangor amatlah tidak bertanggungjawab sekali. Bukankah lebih baik wang ini digunakan bagi mengatasi masalah UNISEL dan masalah-masalah lain yang berkaitan secara langsung dengan hidup rakyat?

Apa yang berlaku membuatkan rakyat semakin curiga dengan kerajaan negeri Selangor. Rata-rata menyatakan kehairanan kenapa Menteri Besar gagal menangani masalah yang sebegitu kecil, seperti bayaran hutang kepada kontraktor penyelenggaraan di sebuah universiti? Jawapan kerajaan negeri bahawa tumpuan diberikan kepada operasi universiti dan enggan menyusahkan diri dengan masalah penyelenggaraan asrama menunjukkan yang beliau langsung tidak prihatin dan menganggap perkara ini remeh.

Justeru, kita ingin bertanya, siapa atau apakah 'rakyat' di mata PR? Babu? Hamba? Anjing yang hanya perlu mengikut cakap mereka?

Apakah erti slogan PR 'Demi Rakyat' jika rakyat yang perlu berkorban 'Demi Pemimpin'?

Sunday 5 August 2012

PAS PARTI DAYUS

Isu Hudud dan Negara Islam timbul lagi gara-gara debat antara Ketua Pemuda PAS dan Ulama Muda UMNO, yang mana dalam debat itu ketua pemuda PAS menempelak Ulama Muda UMNO kononnya tidak "updated" tentang isu ini bilamana di pertanyakan tentang amaran Karpal Singh "over my dead body for Islamic State".

Ketua Pemuda PAS mengatakan itu ucapan Karpal 20 tahun dulu dimana hari ini Karpal sudah boleh menerima Negara Islam dan Hudud seperti yang dikatakan di dalam konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Dan seperti biasa dan sudah dijangkakan kenyataan dari DAP akan dikeluarkan keesokan harinya membantah isu Negara Islam dan perlaksanaan Hudud. Dan seperti biasa satria-satria PAS yang berdegar-degar dalam ceramah termasuk Husam Musa sebelum ini, tunduk patuh dan membisu. Begitu hebatnya DAP ini hingga mampu mencorakkan perjalanan politik PAS yang selama ini dilihat tidak akan mengalah walau seinci pun bila menganyang UMNO dalam isu Negara Islam dan Hudud ini.

Memang terserlah PAS hanya parti "cukupkan korum" dalam pakatan rakyat dan hanya dikudakan untuk dipergunakan ahli-ahlinya yang taksub dan sanggup berbuat apa sahaja atas nama parti. Jadi slogan "PAS ganti UMNO" hanyalah satu fatamorgana untuk pendokong-pendokong tegar PAS. Jika dilihat dari segi kerusi dan dominasi UMNO dalam BarisanNasional, PAS secara dayusnya telah merelakan diri mereka di perendahkan, diperkotakkatikkan dan di pergunakan dalam pakatan rakyat. Memang sah antara perjuangan Islam mereka dengan menjaga hati Karpal, DAP dan PR, PAS lebih menjaga hati Karpal DAP dan PR. Inilah nilai PAS, sampai bila-bila pun PAS tidak akan dominan. Dan jawatan mursyidul am wajar dipertimbangkan untuk Karpal Singh




Sent from Samsung tablet

Friday 3 August 2012

FITNAH MAKAN DIRI...TAKDIR!!!

Tindakan kerajaan mendakwa Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan bekas kerani Public Bank di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA) berhubung pendedahan butiran transaksi akaun milik Pengarah National Fidlot Corporation (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail adalah amat tepat sekali dan kena pada masanya.

Sudah sekian lama perkakas dan lain-lain pemimpin pembangkang telah diperalatkan oleh Anwar Ibrahim untuk menabur fitnah dan mereka cipta pelbagai cerita karut marut terhadap kerajaan dan institusi awam.

Tujuannya adalah satu iaitu untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang sah dipilih rakyat melalui proses pilihan raya.

Dalam keadaan tangan bergari, kedua-dua Rafizi serta balacinya, Johari tersenyum dalam sedu apabila cuba menonjolkan imej yang menyakinkan bahawa tindakan mereka adalah 'demi rakyat'.

Sebenarnya mereka telah dipergunakan sepenuhnya oleh Anwar untuk matlamat politiknya mahu menjadi Perdana Menteri.

Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim dengan bangganya mengumumkan kerajaan negeri akan menanggung segala kos guaman Rafizi dalam kes ini daripada geran Selangorku.

Sekali lagi Pakatan Rakyat mengguna wang rakyat untuk agenda politik mereka kerana umum tahu bahawa Rafizi tidak lagi menjadi kakitangan kerajaan negeri setelah meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Bagaimana pula dengan Johari, siapa pula akan menanggung kos guamannya?

Setelah dipergunakan, nampaknya Johari akan dipinggirkan begitu sahaja oleh pembangkang, seperti kata pepatah habis madu sepah dibuang.

Keseoranganlah ia dalam memikirkan sara hidup anak dan isteri setelah kehilangan pekerjaan.

Setelah NFC, Rafizi kini beralih kepada isu pemberian kontrak projek penyambungan LRT Ampang kepada Konsortium George Kent.

Dalam hal ini beliau juga dengan bangganya menunjukkan kepada umum kononnya surat sulit Syarikat Prasana Negara Berhad mengenai penilaian para pembida proek tersebut.

Atas informasi itu sahaja Rafizi membuat tuduhan berat bahawa Perdana Menteri sendiri terbabit dalam penganugerahan kontrak tersebut.

Tindakan itu juga adalah atas arahan Anwar dengan sasarannya bukan George Kent tetapi Perdana Menteri.

Anwar mahu menanam perasaan benci rakyat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana di dakwa terlibat dalam pelbagai jenayah rasuah tetapi jika dikaji satu persatu fitnah yang dilemparkan, tidak ada satu bukti pun dikemukakan oleh pembangkang untuk menyokong dakwaan mereka.

Begitu juga dalam fitnah kes kapal selam Scorpene.

Isu yang dibawa oleh satu lagi perkakas Anwar, Suaram, ialah dakwaan rasuah dalam urusan pembelian dua kapal selam itu tetapi fokusnya adalah kepada pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Malah pembangkang tidak langsung mempunyai moral dan integriti walau sedikit pun dengan menuduh isu itu juga melibatkan penjualan rahsia ketenteraan negara.

Mereka cuba menjadi hero tetapi hakikatnya merekalah yang selama ini yang mendedahkan rahsia negara kepada pihak asing serta mencaci pemimpin dan memburuk-buruk imej negara.

Kini terserlah dengan fakta-fakta dan keterangan yang jelas dari kerajaan bahawa semua yang didakwa Suaram adalah pembohongan jelas semata-mata yang bermotifkan politik kotor.

Di sini juga tujuan pembangkang bukan untuk menegakkan keadilan dan mencari kebenaran tetapi menyerang Perdana Menteri untuk melemahkan kepimpinannya.

Begitu juga dengan dakwaan anak Anwar, Nurul Izzah yang membuat dakwaan palsu dalam blognya berhubung projek Network Centric Operations (NCO) yang sedang dibangunkan oleh Sapura Secured Technologies Sdn Bhd untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Tindakan Nurul Izzah juga bukan mensasarkan syarikat bumiputera tersebut tetapi matlamatnya adalah meruntuhkan kredibiliti Kementerian Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap dasar-dasar keselamatan negara.

Senario yang sama boleh dilihat apabila Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail membuat dakwaan bahawa pihak polis gagal mengurangkan kadar jenayah.

Dengan memberi satu atau dua contoh, beliau membuat kesimpulan jumlah kes jenayah semakin meningkat disebabkan sebahagian besar peruntukan Program Transformasi Kerajaan dibelanjakan untuk perhubungan awam daripada menangani permasalahan jenayah.

Walaupun kerajaan telah mengemukakan data yang sahih menunjukkan kadar jenayah telah menurun, namun pembangkang terus memberi persepsi negatif terhadap pihak polis.

Jika Pakatan Rakyat sanggup menipu, berbohong, memfitnah, mentohmah, mereka-reka cerita palsu apa agaknya senario negara jika mereka memerintah? Fikir-fikirkanlah dengan akal yang sihat.




Sent from Samsung tablet

Thursday 2 August 2012

PAS TERPERANGKAP : HAPUSKAN AGENDA ISLAM/MELAYU DALAM PR


Walaupun mendakwa Presiden PAS, Andul Hadi Awang partinya sebagai yang terkuat di dalam rangkaian kerjasama dengan PKR dan DAP namun andaian ini tidak tercermin dalam realiti politik pakatan tersebut.

Hujah utama mengapa PAS bukan parti terkuat di dalam Pakatan Rakyat adalah faktor bagaimana kedudukan dan status Islam dipertahankan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

Apabila ketiga-tiga pemimpin Pakatan Rakyat - Anwar Ibrahim, Abdul Hadi dan Lim Kit Siang mempersetujui serta menanda tangani penegasan bersama apa yang dikenali sebagai Kerangka Dasar Bersama atau 'Common Policy Framework (CPF)' pada Disember 2009, antara yang disetujui ialah persetujuan untuk tidak melaksanakan Hukum Hudud sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa.

Pendirian jelas ini kemudiannya telah diperkukuhkan lagi di dalam Buku Jingga yang dilancar pada Mach 2011.

Di dalam CPF, PAS terpaksa (baca: dipaksa) mengorbankan tuntutan berhubung Hukum Hudud yang telah menjadi teras perjuangannya selama ia berada sebagai sebuah entiti politik yang independen.

Tidak ada Hukum Hudud bermakna tidak adalah Negara Islam seperti yang diidamkan oleh PAS.

Sekiranya PAS adalah parti terkuat dalam Pakatan Rakyat sudah tentu Hukum Hudud akan termaktub di dalam CPF dan Buku Jingga tetapi kenyataan adalah sebaliknya.

PAS terpaksa menukar istilah Negara Islam kepada Negara Kebajikan untuk memuaskan hati pemimpin-pemimpin PKR dan DAP.

Ini telah dinyatakan oleh Abdul Hadi pada Muktamar ke-57 parti itu Jun tahun lalu.

Pada 8 Jun lalu juga Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat berkata keputusan parti itu mengubah fokus kepada Negara Kebajikan dan menggugurkan istilah Negara Islam adalah langkah yang betul.

Alasan DAP dan PAS 'bersetuju untuk tidak bersetuju' mengenai undang-undang hudud adalah bagi menutup malu PAS bahawa parti itu telah kalah dalam mempertahankan prinsip.

Jikalau pada tahap perundingan mengenai Hukum Hudud PAS sudah kecundang, bagaimana mungkin ia akan melindungi Islam apabila Pakatan Rakyat berkuasa?

Lama sebelum menyertai Pakatan Rakyat, DAP sudah pun jelas menentang Hukum Hudud. sebagaimana dilihat pada kenyataan Karpal Singh, 'Islamic state over my dead body' pada 1990.

Tetapi yang lebih musykil ialah pendirian Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum PKR yang juga dianggap pemimpin utama Pakatan Rakyat yang juga bersekongkol dengan DAP untuk mengenepikan bukan sahaja isu Hukum Hudud tetapi apa-apa sahaja yang berkaitan Islam di dalam CPF dan Buku Jingga.

Agenda bersama PKR-DAP untuk melemahkan kedudukan Islam terserlah dalam ucapan dasar Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku presiden pada November 2010 di Kongres Nasional Tahunan Ke 7 yang mahu konsep Ketuanan Melayu dihapuskan.

Selepas ucapan tersebut, malangnya tidak ada seorang pemimpin Melayu di dalam PKR pun yang bangun membantah, malah mereka turut serta memberi tepukan gemuruh bersama-sama pemimpin DAP dan PAS.

Menghapuskan Ketuanan Melayu bermakna juga menghapuskan Ketuanan Islam kerana kedua-duanya adalah saling berkait antara satu sama lain.

Menghapuskan Ketuanan Melayu juga bermaksud PKR mahu menghapuskan institusi raja-raja Melayu yang menjadi payung kepada bangsa Melayu dan Islam di Malaysia.

Inilah yang diperjuangkan Umno bermatian sejak 66 tahun lalu agar Islam dan Melayu menjadi tunggak segalanya di dalam negara ini baik politik, ekonomi, pendidikan atau agama dengan institusi raja menjadi pelindung kepada keutuhannya.

Pemimpin Melayu yang berada di dalam Pakatan Rakyat semuanya boleh diibaratkan sebagai lembu atau kambing yang telah dikasi, kerana mereka amat takut sekali menyentuh isu-isu perihal Islam atau Melayu, takut-takut nanti DAP akan melenting.

Kini PAS juga tersepit dengan desakan Persekutuan Kristian Malaysia berhubung hak kebebasan agama.

Golongan Kristian kini menuntut hak ini haruslah merangkumi kebebasan untuk menganut, mengamal, menyebar dan mengembang agama tanpa sebarang batasan undang-undang, penegahan ataupun larangan.

Sehingga kini PAS membisu dan tidak menjawap cabaran yang telah diberi kepadanya berhubung isu ini.

Pastinya pemimpin parti itu tidak akan mampu menjawab kerana realitinya PAS telah menanda tangani perjanjian setan dengan DAP dan PKR atau dalam bahasa Inggerisnya, 'PAS have sold its soul to the devil'.

ends




Sent from Samsung tablet